Monday, 9 April 2018

Cerpen : ❤ ( BAB 3 )

Assalamualaikum. Yg ni bab 3 yaaa.  Trima kasih kepada yg sudi membaca. ❤❤❤



" Kenapa tercegat kat situ? " soal Syafiq lemah. Lenguh satu badan akibat memandu seharian. Kalau ikutkan hati dia , saat ini juga dia ingin naik ke atas dan terus tidur rehatkan badan. Tapi bila terfikir yang Nurina baru saja menjejak kan kaki ke dalam rumah ini dia terpaksa gagahkan juga mata dari terlelap.

" Saya takutlah encik. " luah Nurina sambil menyeka peluh yang sudah mula menitis di atas dahinya. Wajah Syafiq yang jelas kepenatan ditatap penuh resah. Kenapa lah saya baru terfikir semua ni? Desis hati Nurina.

" Takut sebab apa ? Aku tak kan buat apa-apa dekat kau lah. Jom lah masuk, aku penat ni. " bagasi Nurina diletak kan di atas lantai lalu tubuhnya yang lemah dibawa mendekati Nurina yang masih berdiri tegak di tepi kereta honda civic berwarna merah milik nya.

" Encik, " panggil Nurina bila Syafiq mula menggengam tangan nya .

" Saya takut ibu dan ayah encik marah nanti . " perlahan Syafiq melepaskan genggaman tangan nya dari tangan kecil Nurina. Nafas berat dihembus perlahan. Itu pula yang Nurina takutkan sekarang. Patutlah tangan sejuk semacam.

" Umi dan walid aku dah lama tak ada Nurina . Lagipun , kalau umi dan walid masih ada aku yakin mereka pasti akan faham. Kenapa? Aqil tak pernah bagitahu ? " jelas Syafiq lalu mula melangkah ke hadapan. Ingatkan takut apa tadi. Mati-mati Syafiq ingat yang Nurina takutkan dia tadi.

" Jom lah masuk Nurina. Aku penat ni . " ujar Syafiq bila Nurina hanya diamkan diri. Beg bagasi milik Nurina dicapai lalu ditarik semula .

Nurina hanya mengangguk perlahan. Langkah mula mengekori Syafiq yang sudah pun masuk ke dalam.
Sejurus saja kaki memijak permaidani ruang tamu , pandangan mata terus meliar ke segenap ruang tingkat bawah rumah itu. Mewah dan indah bak istana . Perkataan itu cukup menggambarkan betapa Nurina terpegun dengan setiap ruangan rumah ini.

Potret besar yang ada di tengah dinding ruang tamu itu ditatap penuh perhatian .Nampaknya keluarga Syafiq memang orang yang berada. Pasti segala nilai barangan dalam rumah ini berharga ribuan sehingga jutaan ringgit.

" Tu gambar keluarga terakhir yang kami ambil . " terang Syafiq sambil merebahkan tubuhnya di atas sofa. Lega pula bila dapat sandarkan belakang di tempat yang empuk begitu.

" Encik mirip dengan arwah umi encik kan. "

" Tu sebab aku yang paling hensem " penuh bangga Syafiq memuji diri sendiri. Dia dan Aqil memang mirip dengan arwah umi mereka. Cuma kulit putih arwah umi mereka saja yang mereka tidak warisi. Syaziq saja yang berkulit cerah di antara mereka bertiga tapi wajah pula saling tak tumpah dengan arwah walid mereka.

' Along dengan acik hitam manis bukan hitam biasa-biasa. Jadi kena bangga , tak baik merungut. '
Sehingga kini Syafiq bisa senyum sendiri bila teringat betapa mereka amat nakal dan betapa arwah umi mereka pula sangat hebat mengambil hati mereka dahulu.

" Yang dekat sebelah arwah walid tu, angah . Dekat tengah tu Aqil, sebelah arwah umi tu baru aku. Jangan salah orang. " tanpa sedar bibir Nurina mula ukirkan senyuman. Tahu-tahu sja yang dia sudah salah meneka tadi.

" Jom naik atas, rehat kejap. Lepas tu baru keluar, cari makan. "

" Ke kita makan dulu baru rehat ? Aku lapar ni. " Nurina memandang wajah Syafiq dengan senyuman. Boleh tahan kuat makan juga suami saya ni. Gumam hati Nurina. 

" Tahupun senyum, ingatkan beku dua puluh empat jam. " Nurina menyelak rambutnya di celah telinga. Mengutuk nampak?

" Encik penat kan? Biar saya masak, sementara tu encik rehat dulu. Dah siap saya panggil. "

" Mana dapur ? " soal Nurina.

" Tapi masalahnya aku tak boleh tidur pula kalau perut tengah lapar. " gurau Syafiq dan tanpa sedar membuat Nurina sekali lagi ukirkan senyuman. Tadi tak boleh berfikir, sekarang ni tak boleh tidur pula. Nampaknya Syafiq memang tak boleh buat apa-apa kalau tengah lapar. Nurina mula membuat andaian sendiri.

" Saya masak ringkas aje untuk encik. " cadang Nurina.

" Jom masak maggi kari spesial. Cepat, ringkas tapi sedap. "

" Encik yang masak? " duga Nurina sambil mengekori langkah Syafiq ke dapur. Boleh tahan luas juga kawasan dapur rumah ni. Ingatkan ruang tamu kedua tadi.

" Hari ni aje . " usik Syafiq lalu mula mencapai dua paket maggi kari yang sengaja diletak kan nya di atas kabinet paling hujung . Ni disebabkan takut Syaziq balik tetiba lepas tu dapat tahu , nanti terpaksa lah dia dengar ceramah doktor tak bertauliah tu.

" Adik encik yang satu tu mana? " soal Nurina ingin tahu. Yalah dari tadi tak nampak batang hidung. Waktu akad nikah mereka pun macam tak ada.

" Dari semalam kau panggil aku encik. " lain disoal lain pula yang dijawab. Peti sejuk dibuka, sayur sawi yang masih segar kehijauan itu dicapai dan dihulurkan kepada Nurina.

" Tolong potong "

" Panggil aku Syafiq aje lah . Kalau panjang sangat panggil Fiq. " sayur sawi yang sudah dipotong Nurina dicapai lalu dimasuk kan ke dalam air yang sudah mendidih.

" Tapi kalau nak lagi romantik, panggil abang. Hubby ke? " Usik Syafiq bila Nurina hanya diamkan diri . Mood nak mengusik datang lagi. Ni yang buat Nurina tak senang duduk.

" Wangi nya, tak sabar nak makan. " dua mangkuk dicapai lalu di letak kan di atas meja. Maggi kari yang sudah masak tadi diletak kan di atas meja bersama bekas nya sekali. Nurina pula masih lagi tercegat tanpa kata. Usik sikit pun tak boleh.

" Aku cuma tak selesa kau panggil aku encik. Lagipun angah ingat kita kahwin sebab cinta. " melihat kerutan dahi Nurina . Syafiq faham sangat yang Nurina rasa pelik dengan kenyataan yang baru diluahnya tadi.

" Jangan salah faham. Semalam ngah call Pak long tanya khabar, lepas tu pak long pula terlepas cakap yang aku dah kahwin. "

" Pendek cerita pagi tadi, ngah call aku nak kan kepastian. Aku cakap kita kahwin sebab suka sma suka. Aku bukan nak nafikan hakikat. Aku cuma tak nak jejaskan pelajaran dia kat UK. Angah tu tak boleh dengar cerita tak elok lebih-lebih lagi bila melibatkan hal Aqil ni . " jelas Syafiq panjang lebar dengan harapan agar Nurina faham dan tak terasa . Lagipun lepas semua dah pulih dia akan berterus terang juga. Dia bukan nya boleh berahsia sangat dengan Syaziq.

" Dia tak tanya kenapa kita kahwin tanpa bagitahu dia dulu ? " soal Nurina sambil memandang wajah Syafiq. Rasa bersalah pula mula bertandang di hati. Kalau tak sebab dia yang pentingkan diri. Mesti semua ni tak akan terjadi.

"Ada , aku cakap la kau takut kehilangan aku.  Tu yang sanggup nikah tanpa majlis.  " jawab Syafiq selamba. 

Nurina mencebik.  Suka merepek la Syafiq ni. 

" Nasib baik,  Pak Long tak terlepas cakap hal sebenar.  " gumam Nurina perlahan namun cukup jelas pada pendengaran Syafiq. 

" Nasib menyebelahi kita untuk kali ni. Tapi untuk kali yang seterusnya aku tak tahu. " ujar Syafiq sambil mengunyah. Lapar sangat lah tu.

" Jadi kau kena panggil aku Syafiq. Biasakan diri. Sebab hujung minggu ni Ngah balik. Cuti seminggu nak jumpa wanita yang dah curi hati along dia katanya ." sambung Syafiq sambil menjongketkan sebelah keningnya.

" Hujung minggu ni? Lusa? "

" Hati-hati. Ngah tu tegas sikit. "

" Tak payah lah buat muka macam tu. Tegas-tegas ngah tu, tapi tak pernah makan orang lagi. "

" Tahu, tapi kalau dia cari Aqil ? "

" Tu masalah Aqil dengan angah. " selamba Syafiq menjawab. Walaupun dia sendiri juga tidak tahu apa mahu dijawab bila Syaziq bertanya nanti.

" Makan lah, rugi tak rasa masakan cef Syafiq. Menyesal kau nanti. " sambung Syafiq bila sekali lagi Nurina hanya melihat sjaa makanan yang ada dihadapan nya.

" Aku ada, jangan risau sangat lah . " ujar Syafiq akhirnya lalu mula mengangkat mangkuk nya ke dalam singki. Dia dah habis . Nurina pula baru nak mula satu suapan. Adoi! Syafiq yang kebulur sangat ke Nurina yang terlebih ayu? 

Friday, 23 March 2018

Cerpen : ❤ ( BAB 2 )

~ Assalamualaikum , yang ni bab 2 yaa.  Slmat mmbca . 😘  







" Pakcik, Fiq nak bincang sesuatu boleh? " pinta Syafiq kepada ayah mertua nya yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu. Ruangan rumah ini memang cantik dan teratur, segenap ruang rumah ini juga ada perabot kukuh seakan barangan antik. Sebab itu, masuk saja ke dalam bilik Nurina semalam dia tergamam. Ingin bertanya takut isterinya itu terasa hati pula. Cukup lah penderitaan terserlah di kedua mata wanita itu , dia tidak mahu menambah lagi derita yang sama.




" Nurina mana? " soal Tuan Halim tanpa mengalihkan pandangan nya ke arah Syafiq. Menantu tidak dijangka itu. Mujur saja keluarga lelaki yang merosak kan anak perempuan nya itu sanggup bertanggungjawab. Walaupun bukan si pesalah yang menanggung akibatnya. Tapi dia tetap berpuas hati. Sekurang-kurang nya dia tidak perlu menanggung malu lagi. Kalau tidak mungkin hari nikah itu juga Nurina akan merasa akibatnya.




" Dekat bilik pakcik. " jawab Syafiq lalu mula mengambil tempat di hadapan Tuan Halim. Lelaki di hadapan nya ini memang nampak tegas dan bengis dari luaran. Memang terserlah keperibadian seorang pesara tentera darat berpangkat dalam diri Tuan Halim. Walaupun sudah berumur kekacakan pada wajahnya juga memang tidak dapat disangkal. Patutlah Nurina boleh jadi secantik itu. Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi , bukan? Tanpa sedar Syafiq mula memuji.




" Kerja dekat luar belum usai lagi , dia dah berkurung dalam bilik . " surat khabar dilipat dua lalu pandangan terus jatuh ke arah Syafiq yang sedang memandangnya. Entah apa latar belakang keluarga lelaki muda ini, dia sendiri tidak ambil tahu. Lagipula bukan dia yang terhegeh memilih, semua ini kemahuan anaknya sendiri. Jadi baginya semua itu tidak penting lagi.




Syafiq hanya tersenyum tawar lalu mula mencari kata yang sesuai untuk diberikan kepada ayah mertua nya ini. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata. Itu bahaya. Silap-silap wajah tampan nya akan rosak dengan sekali tumbukan saja. Aduhai! Kenapa lah Aqil cari pasal dengan orang tua macam harimau ni?




" Kamu nak bincang pasal apa? " air kopi yang ada di hadapan nya dicapai lalu dihirup perlahan.





" Fiq nak bincang pasal Nurina. Kalau boleh, Fiq nak bawa Nurina pindah rumah Fiq hari ni. Sebab esok lusa dah mula kerja. Kalau nak ulang alik pergi pejabat dari sini, jauh sangat. " cukup tertib alasan diberikan. Jantung pula sudah mula berdegup kencang. Adoi! Senyumlah sikit pakcik.



" Kamu suami dia , pakcik tak kisah kamu nak bawa dia ke mana pun. "




Syafiq mengangguk perlahan . Semudah itu? Dia tak takut ke aku bawa anak perempuan dia ni lari dari sini lepas tu jual dekat negara jiran nanti? Dia bukan kenal aku sangat pun. Akal jahat Syafiq mula berbisik. Tapi semua tu tak penting sekarang ni. Yang penting dia dah boleh bawa Nurina jauh dari sini. Seperti mana Nurina minta semalam.




" Kalau macam tu Fiq masuk dalam dulu. Tolong Nurina kemas apa yang patut. "



Tuan Halim mengangguk perlahan sambil menyentuh dagunya yang sudah mula ditumbuhi janggut.




" Kamu jaga dia elok-elok. Apapun terjadi jangan hantar dia balik sini lagi. " terhenti langkah Syafiq. Senyuman yang terukir tadi mati begitu saja. Pesanan tadi betul-betul mengejutkan hati lelakinya. Apalah perasaan Nurina bila mendengar ayah sendiri berkata sebegitu?




" Pakcik jangan risau, Fiq akan jaga dia macam mana sepatutnya seorang ayah menjaga anak perempuan nya. " penuh perasaan kata itu diluahkan. Air mata yang mengalir di bawah kelopak matanya diseka dengan ibu jari. Entah untuk apa air mata itu. Tapi apa yang pasti dia benar maksudkan kata yang baru diluah nya tadi. Dia benar pasti.



_



" Nurina tengah fikirkan apa tu ? " tegur Syafiq kepada Nurina yang sedang leka membuang pandangan ke arah tingkap kereta. Entah apa lah yang indah sangat di luar tu, sampai suami ada di sebelah pun tak diendahkan . Tahulah aku ni suami tak dijangka.




" Tengah fikirkan Aqil ke? " soal Syafiq sengaja memancing tumpuan Nurina. Terlalu banyak persoalan di minda saat ini yang dia ingin tahu sangat jawapan nya. Mana tahu Nurina ingin bercerita.




" Encik nak bawa saya pergi mana? " perlahan suara itu namun cukup jelas pada pendengaran Syafiq. Tahupun bersuara, ingatkan ada lombong emas dalam mulut tadi . Sampaikan susah sangat nak buka mulut bercakap .





" Balik rumah . Kenapa ? Nurina ada nak singgah kat mana-mana lagi ? " rambut yang jatuh di atas dahi diseka ke atas. Patutnya tempoh hari dia nak potong rambut. Tapi disebabkan sibuk ingin menyelesaikan masalah adik bongsu bertuahnya itu. Dia terpaksa abaikan diri sendiri.





" Tak apa ke saya ikut ke rumah encik? " soal Nurina sambil menoleh ke arah Syafiq. Diperhati wajah itu dari sisi. Memang amat seiras dengan Aqil. Masa pertama kali mereka bertembung mata tempoh hari pun dia menyangka Syafiq dan Aqil adalah kembar seiras. Tapi sangkaannya meleset bila mendapat tahu bahawa Syafiq adalah anak sulung dan Aqil pula adalah si bongsu dari tiga adik beradik.







" Ada apa dekat muka aku ni Nurina? " teguran Syafiq membuat Nurina terus membuang pandangan ke luar semula. Tahu-tahu saja yang Nurina sedang tekun merenung wajahnya.




Senyuman manis terukir di bibir Syafiq lalu kereta di berhentikan di bahu jalan. Perut yang berbunyi meminta diisi dari tadi perlu dilayan. Kalau tidak dia boleh pengsan menahan sakit gastrik nanti.




" Kenapa berhenti? " soalan itu dibiarkan saja. Jari telunjuk menunjuk ke arah gerai yang berada di seberang jalan.




"Kau tak nak ikut aku balik rumah kan. Jadi aku tinggalkan kau kat gerai tu. Nanti senang kau nak minta tolong dekat orang . " jelas Syafiq lalu mula mematikan enjin kereta. Pintu dibuka lalu tubuhnya dibawa keluar dari situ.




" Jom lah. " pelawa Syafiq sambil mengetuk cermin tingkap kereta honda civic berwarna merah miliknya.




Senyuman terukir lagi bila melihat Nurina sudah pun tercegat di hadapan nya. Tangan kecil Nurina dicapai lalu digenggam erat. Saja lah nak mengusik, nak tengok bagaimana reaksi Nurina.




" Saya boleh jalan sendiri lah encik. "




" Memang lah boleh jalan sendiri, kalau kau tak boleh jalan. Aku dah dukung tadi. " bisik Syafiq dekat dengan telinga Nurina. Bila selamat melintas jalan raya , genggaman tangan dileraikan lalu dia terus melangkah ke arah gerai.




Nurina hanya mengekor dari belakang. Kata tadi nak tinggalkan dia kat situ. Yang dia sibuk ikut turun sekali kenapa ?



" Kau nak makan apa? " lapar rupanya.



" Saya tak lapar. " Nurina menjawab bersama gelengan. Dia memang tak kuat makan. Dia dah biasa sehari sekali saja mengalas perut. Kadang sampai dua hari tak jamah apa-apa.



" Kau duduk sini , aku nak order makanan dulu. " Nurina hanya mengangguk kan kepalanya.
Pandangan pula mula diliarkan ke arah sekeliling. Kot ada muka orang yang boleh dipercaya yang boleh tolong dia kat situ. Senang lah dia nanti.



' Seorang isteri ni long , tempatnya di sisi suami. Jadi macam mana pun ayah kamu, ibu tak boleh pergi tinggalkan dia . '



' Tapi ibu dah lebam-lebam macam ni. Sampai bila ibu nak bertahan? '




' Sampai ayah kamu lafazkan talak dan buang ibu dari hidup dia . ' Itulah jawapan arwah ibunya bila arwah abangnya mula tidak tahan melihat ibu mereka dibelasah oleh ayah mereka dahulu. Waktu itu dia hanya berusia sepuluh tahun. Cuma budak kecil yang hanya bisa menangis dan melihat ketidak adilan seorang suami kepada isteri.




Tanpa sedar air mata mula menitis . Rindu kepada kedua insan yang paling dia sayangi itu memang tidak pernah pudar walau seinci . Selama ini pun hidupnya tidak henti dengan bayangan kenangan yang pernah mereka lalui bersama dahulu. Tidak pernah walau sehari dia tidak merindu.



" Kau ni memang suka mengelamun kan? " tegur Syafiq sambil menarik hujung rambut Nurina yang terbang ditiup angin. Berkerut dahi Nurina memandang wajah Syafiq .




" Percuma encik, kalau berbayar saya tak kan mampu . " pedas jawapan itu namun Syafiq hanya lemparkan senyuman kepada Nurina. Cantik, ayu persis gadis melayu zaman dahulu. Tapi sayang, mata itu tiada cahaya gembira, bibir itu pula tidak murah dengan senyuman. Entah apa lah yang pernah dilalui wanita ini sehingga dia jadi sebeku ini.



" Saya nak minta sesuatu lagi boleh encik? "



" Kalau saya mampu . Saya cuba usahakan. " penuh makna Syafiq menjawab. Manakala pandangan tidak henti dari menatap wajah Nurina. Tak kan sakit itu berpindah dengan nya pula?




" Saya nak encik lepaskan saya. Boleh kan? "



" Saya yakin encik cuma nak selamatkan Aqil saja. Sampai sanggup menikahi saya. Dan sebab tu encik jangan risau , saya tak kan dakwa sesiapa. Saya janji . " separuh berbisik suara itu, takut sekiranya orang sebelah terdengar perbualan mereka. Nanti apa kata mereka?



" Sebelum encik tinggalkan saya kat sini. Saya nak encik lafazkan talak. " entah kenapa kata itu boleh meluncur laju dari bibirnya. Wajah Syafiq pula masih tenang mendengar.




Baru saja Syafiq ingin bersuara, pesanan makanan nya sudah sampai.



" Kita akan bincang pasal hal ni. Sekarang ni kita makan dulu. " ujarnya akhirnya.



" Tapi encik. "



" Lagipun aku tak boleh berfikir kalau perut tengah lapar. " sambung Syafiq sambil menghulurkan garfu ke arah Nurina. Char kuey teow kerang di hadapan nya kini lebih menarik perhatian nya. Lapar!




" Kenapa ? Kau tak makan char kuey teow ke? " soal Syafiq bila menyedari yang Nurina tak sentuh secalit pun makanan di hadapan nya. Sedangkan dia pula dah nak habis , malah rasa macam nak order satu set lagi. Memalukan betul.



" Sedaplah, cuba makan sikit . Lagipun kita jalan jauh . Ni baru separuh tahu , ada lima jam lagi baru sampai bandar. Nanti perut kau masuk angin. "



" Bukan encik nak tinggalkan saya kat sini ke? " Suapan terakhir dikunyah perlahan. Lalu air teh tarik di hadapan nya diteguk rakus. Nurina ni, aku gurau je pon.




" Gila ke nak tinggal isteri sendiri dekat tempat yang macam ni? " soal Syafiq dengan wajah yang serius.




" Lagipun, penyebab aku kahwin dengan kau. Tak mengubah tanggungjawab aku sebagai suami. Aku masih waras lagi Nurina. " sambungnya lagi bila melihat wajah Nurina seakan menunggu kata nya yang seterusnya.




" Saya pun tahu seorang isteri tempatnya di sisi suami . Selagi bergelar isteri, dia tak boleh ingkar dan berdosa besar sekiranya dia menderhaka ."




Mendengar Nurina berbicara begitu, tanpa dipinta senyuman manis terukir lagi di bibir Syafiq.



" Tahu pun. " potong Syafiq bersama tawa kecil.




" Arwah ibu saya yang cakap. Bukan saya. " sampuk Nurina dengan wajah yang sudah merah menahan malu. Mulut ni pun, entah sejak bila pula lantang berbicara.




" Sebab tu saya nak encik lepaskan sya. Jadi kita tak perlu risau pasal tangungjawab. " itu pula yang ada dalam fikiran Nurina. Apa yang Nurina tuturkan ada betulnya, tapi kenapa kini dia yang seakan tidak mahu melepaskan pula ?




" Sekarang ni aku nak kau makan dulu. " arah Syafiq yang membuatkan Nurina menghembuskan nafas lelah. Benda senang, kenapa Syafiq susah sangat nak beri kata putus?



" Tapi encik. "



" Selagi bergelar isteri aku, kau tak boleh ingkar. "



" Sebab tu lah saya nak encik , "



" Dan dosa besar sekiranya kau menderhaka. " sengaja ditekan sebutan ' dosa besar ' itu untuk membuat Nurina terasa .




Dia bukan sengaja membuli perasaan Nurina. Dia cuma perlukan ruang untuk berfikir. Kerana ternyata melepaskan seseorang tidak semudah untuk menerima . Apalagi seseorang itu adalah Nurina. Ya! Itulah yang membuat Syafiq makin bingung sendiri saat ini..








Cerpen : ❤



Prolog I




Dari jauh , Haqiem memerhati susuk tubuh Syafiq yang sedang berbincang dengan pihak keluarga pengantin perempuan. Entah apa penghujung perbualan sehingga Syafiq melangkah ke arahnya dengan wajah yang sukar untuk ditafsirkan. Tapi apa yang pasti keadaan sekarang memang cukup membuat sahabat baiknya ini menanggung malu yang teramat.


" Aku tak tahu mana Aqil dan Wahid menghilang . Haziq pun dah cari area sini , tapi tak jumpa ." jelas Syafiq sambil memandang ke arah saudara mara pengantin perempuan yang sedang beransur pulang . Entah apalah yang merasuk fikiran Aqil, sampai sanggup memalukan keluarga mereka begini.

" Yang kau benarkan budak berdua tu dalam kereta , kenapa ? "

" Aku pergi kedai emas kejap tadi beli cincin. Lepas tu singgah butik Mak long ambil dulang hantaran. "

" Lagipun kau tahu kan semua ni berlaku drastik sangat. Aku tak mampu nak handle semua benda serentak . Kalau arwah umi dan walid ada senanglah. " jelas Syafiq dengan rasa sedih yang ditahan. Kalau kedua arwah masih ada sudah tentu masalah tak akan jadi serumit sekarang.

" Aku ada suruh Haziq ikut sekali , tapi Aqil yang tak nak. Aku pun benarkan aje , sebab Haziq dengan Aqil tu mana satu kepala. "

Haqiem mengangguk tanda faham. Budak berdua tu walaupun sepupu dekat memang tak pernah nak berbaik . Bila bertembung mata ada saja lah topik yang nak dibuat sebab bergaduh. Perangai pun boleh mengalahkan budak-budak, kadang-kadang Haqiem pun boleh pening lalat mendengar pertelingkahan mereka berdua.



" Jadi keluarga perempuan tu macam mana? " soal Haqiem yang sebenarnya lebih ingin tahu apa keputusan pihak perempuan bila pengantin lelaki lari dari pernikahan sendiri begini.



Syafiq memandang wajah Haqiem lalu mengeluh perlahan. Aqil memang tak tahu berfikir sebelum bertindak. Sekarang ni dia sendiri sudah kehilangan akal. Sudahlah pak long nya pula tidak habis-habis menyalahkan nya. Budak Wahid tu pula tak sangka boleh termakan dengan hasutan Aqil.



" Keluarga perempuan tu nekad nak buat report polis kalau kami tak bertanggungjawab.  "

" Masalahnya pengantin lelaki tak ada , macam mana? "

Syafiq tunduk kan pandangan lalu meraup wajahnya.

" Aku terpaksa ganti tempat Aqil " ujar Syafiq setelah beberapa minit mendiamkan diri.

" Kau biar betul? "

" Itu kalau pengantin perempuan setuju. "

" Pak long kau macam mana ? "

" Tu nanti aku minta tolong Haziq . " lagipun Haziq anak kesayangan Pak long nya. Jadi senang sikit mahu memujuk hati tua lelaki itu.

" Tak kan tak ada jalan lain. " Haqiem bersuara lemah. Simpati pula dengan nasib Syafiq. Rasa bersalah pun ada juga, bila dia sikit pun tak tahu apa cara nak ringangkan beban Syafiq.


" Apa lagi jalan yang aku ada? " akhirnya soalan yang menghimpit dirinya dari tadi terluah juga. Dia tidak tahu apa lagi jalan penyelesaian yang ada. Ini pun Syaziq belum tahu apa-apa lagi. Kalau semua yang terjadi ni sampai ke telinga adiknya yang satu itu. Dia pun tidak tahu alasan apa pula yang mahu diberi.





" Sekarang ni aku cuma ikut rentak naluri aku. Selebihnya aku serahkan kepada Allah. Apapun yang akan terjadi lepas ni aku redha . " penuh perasaan kata itu diluah. Perasaan gundah cuba ditepis sekuatnya. Dia yakin semua yang berlaku ada hikmah. Dan dia kena kuat mengharungi segala kemungkinan. Ya! Dia kena kuat.










Prolog II






"  Bahagia nampak?  " penuh sinis kata itu diluah . Leher yang dilitupi selendang itu dicekik perlahan.  Dia waras lagi,  dia cuma mahu memberi amaran.  Kalau perempuan ni mati sebab tangan dia,  silap hari nanti dia diheret ke penjara oleh abang sendiri.  Dia bukan tak tahu betapa abang sulungnya mencintai wanita penipu ini.




"Apa salah saya?  "  air mata sudah mula menitis,  entah kemana pula Syafiq menghilang.  Sudah lah tempat ini pun dia tidak tahu di mana.  Ke mana dia mahu larikan diri?




" Lepas apa yang kau dah fitnah aku.  Kau boleh tanya apa salah kau?  " dengan tawa sinis dia menyoal.  Topeng yang ada di wajah dibuka perlahan.




" Ke kau dah lupa dengan aku Nurina ? "  dah lama dia tunggu saat ni.  Dah lama dia nak tahu apa reaksi Nurina lepas tahu yang dia masih hidup dan bernyawa lagi.  Dan muka Nurina sekrang ni tak ubah macam baru nampak mayat hidup.



Leher Nurina dilepaskan lalu hujung tudung itu disentuh lembut.  Ayu wajahnya,  tapi sayang semua itu aset untuk menipu sjaa.  Dan paling parah dia pernah menjadi mangsa.  Sekarang ni abang dia pula.  Hebat!




" Aqil!  " bergetar bibir Nurina demi menyebut nama itu.  Air mata mengalir semakin deras. Tangan itu cuba dibawa untuk mencapai tubuh Aqil.  Namun di rentap kasar.



" Aku akan hancur kan hidup kau Nurina,  Ingat tu! "


" Aku tak akan duduk diam tengok kau bodoh-bodohkan orang yang aku sayang Nurina.  Aku tak akan duduk diam!  " kaki diundur ke belakang beberapa langkah.


Dari jauh kelibat tubuh Syafiq yang berlari anak ke arah mereka mula kelihatan .  Secepatnya dia terus melarikan diri.  Dia bukan takut untuk membela diri. Dia cuma perlu waktu untuk menunjuk kan diri isteri kesayangan abang sulungnya itu yang sebenar. Dia cuma mnunggu waktu yang sesuai dan dia akan mengatur langkah untuk menyerang.








BAB    1 






Bingung. Itu lah satu kata yang Syafiq dapat rasakan bila melihat suasana rumah keluarga Nurina. Belum pernah seumur hidupnya dia mendengar pengantin yang baru di ijab kabulkan mengemas rumah dan mencuci periuk dan piring di dapur seorang diri lalu adik beradik yang lain pula sibuk masuk ke dalam bilik mengalahkan pengantin. Belum pernah, namun kini sudah berlaku di depan mata dan terjadi pada isteri sendiri.




" Belum siap lagi? " sapa Syafiq dengan baju melayu warna biru langit yang masih kemas tersarung pada tubuhnya. Senyuman tipis cuba diukir dan tubuh Nurina yang masih sibuk mengemas dihampiri.




' Kurus kering nya bakal adik ipar tak jadi aku ni , ' dalam diam Syafiq mengutuk. Dan tanpa sedar tawa kecil terlepas di bibir bila teringat bakal adik ipar tak jadi dia ni dah sah pun jadi isteri dia petang tadi. Kekok juga dengan suasana baru ini, tapi rasa bersalah atas kebodohan adik sendiri membuat dia memaksa diri untuk berbicara dengan Nurina.



" Nak aku tolong? " tanya Syafiq bila Nurina menoleh ke arahnya. Tergamam dan seperti nya terkejut dengan kehadiran nya di situ.



" Ada apa-apa yang aku boleh tolong ke ? " sekali lagi Syafiq menyoal, nmun kali ini diikuti dengan senyuman yang ikhlas. Khas buat si sang isteri yang masih memandang wajahnya penuh teliti. Tahulah hensem tapi jangan lah pandang lama-lama.



" Saya .. saya .. saya "



" Saya? " sakat Syafiq bila wajah itu sudah mula berkerut sana sini .



" Aku tak makan orang lah . Jangan buat muka macam tu. " Syafiq cuba melawak, tetapi hampa bila Nurina hanya memandang wajahnya tak berkelip. Dan yang lebih parah hatinya juga seakan turut terpana melihat pancaran mata itu.




" Ehem. " Syafiq cuba membetulkan kotak suaranya. Lalu terus mengambil penyapu yang ada di tepi peti sejuk. Tanpa melihat reaksi Nurina dia terus melangkah.



" Encik, " panggil Nurina akhirnya dengan suara yang bergetar. Langkah Syafiq terhenti. Perlahan dia memusingkan tubuhnya lalu menoleh ke arah Nurina. Menanti bicara yang seterusnya dari bibir merah itu.



" Kejap lagi kau smbung lah pantau muka aku yang indah ni. Sekarang aku nak tolong kau kemas rumah dulu. Boleh kan? "



" Encik, " panggil Nurina sekali lagi setelah Syafiq membelakanginya. Tersekat semua huruf di celah kerongkong. Satu ayat pun tak terhambur keluar.



" Tak pe " belum habis Syafiq menjawab , penyapu tadi sudah tertanggal dari batangnya.



" Penyapu tu dah patah sebenarnya. " jelas Nurina dengan senyuman tawar. Lalu menghampiri tubuh Syafiq dan mencapai penyapu yang sudah jatuh ke bawah. Dengan debaran yang masih hebat menghentam jiwa dia tetap gagahkan hati untuk menatap wajah suaminya.



" Encik, tak perlu buat apa-apa. Saya dah biasa.  "



" Tu sebelum aku ada . Sekarang ni kau dah ada aku. Jadi biar aku tolong. " laju meluncur perkataan itu dari bibir Syafiq. Ikhlas dan tulus sehingga tanpa sedar bibirnya mengukirkan senyuman manis sekali lagi buat wanita itu. Dan Nurina tergamam tanpa menjawab sepatah perkataan pun. Dan persoalan mula mengisi ruang minda. Mengapa wajah lelaki ini seakan magnet pada pandangan nya?




_






Tiada hiasan seperti bilik pengantin. Malah yang ada hanya lah sebiji bantal dan tikar kecil yang terbentang dalam bilik yang baru dimasukinya ini. Patutlah Nurina berkeras tidak mahu mereka berkongsi bilik.
Patutlah banyak alasan yang diberikan bila dia bertanya arah biliknya di mana. Kalau tidak dia yang berkeras untuk mencari sendiri pasti Nurina tetap akan berkeras untuk menyuruhnya berehat di ruang tamu.



" Nurina. " panggil Syafiq perlahan kepada Nurina yang sedang mencari sesuatu dalam almari. Entah apa lah yang dicarinya dari tadi. Kaki yang sudah kebas berdiri dari tadi direhatkan lalu duduk bersila di satu sudut bilik yang bersaiz besar sederhana ini. Bilik tidak lah sempit mana, cuma isinya saja yang membuat hati Syafiq tertanya-tanya. Apa sebenarnya yang terjadi dalam keluarga Nurina ini?



" Nurina "




" Nurina ! " tiada sahutan dari Nurina sehingga Syafiq mengeluh perlahan. Tak kan Nurina ni pekak pula. Mata sudah pun berat dan akhirnya dia membuat keputusan untuk menarik bantal kecil lalu terus baring di tepi tikar tadi. Badan sudah pun berbau semacam tapi untuk mandi sepertinya itu bukan jalan yang terbaik saat ini. Dia pun tidak terfikir untuk mengambil pakaian dlu sebelum mengambil keputusan untuk ikut pulang ke rumah keluarga isterinya ini. Memang apa yang berlaku sekarang ini semua nya tiada dalam jangkaan.



" Encik, " panggil Nurina perlahan. Baju dalam gengaman nya dipeluk kejap sebelum dihulurkan kepada Syafiq.



" Apa ni ? " soal Syafiq lalu mula duduk bersila.  Tak sempat pejam mata Nurina dah bersuara. Tadi dia duk panggil tak menyahut pula.



" Kalau encik nak bersihkan diri, encik boleh pakai baju tu. " ujar Nurina tanpa memandang wajah Syafiq. Malu dan gementar . Dua rasa itu benar-benar mengongkong pergerakan nya saat ini. Saat akad nikah tadi pun lehernya sudah hampir patah akibat
terlalu menunduk.



Syafiq mengangguk perlahan . Mata pula tidak lepas dari memandang tubuh Nurina yang baru saja membelakanginya. Dari tadi Nurina memang banyak berdiam saja. Tiada kata dari bibir merah itu melainkan mata redup itu saja yang seakan tidak berhenti menatap ruangan wajahnya. Sehingga dia pula yang menjadi tidak tentu arah.



Mungkin Nurina masih marah dan terasa dengan keadaan sekarang ini. Mungkin Nurina rasa diperbodohkan sebab tu lah dari tadi tiada sedikit senyuman pun yang terukir di wajahnya. Tanpa sedar Syafiq sudah mula membuat kesimpulan sendiri.



" Kau kenal acik dah berapa lama ? " soal Syafiq yang sengaja memecahkan kesunyian di antara mereka.



" Maksud aku Aqil. Kau dah lama kenal dia ? " tiada jawapan dari Nurina.


" Kau mungkin marah sebab bukan Aqil yang bertanggungjawab , yang kahwin dengan kau Nurina.  Kalau aku berada dekat tempat kau pun aku mengamuk juga.  "


" Cuma aku pun tak tahu benda ni akan jadi macam ni.  Tapi aku janji aku akan cari Aqil sampai dapat dan minta dia bertangungjawab. Kau jangan risau.  "


" Aku minta maaf Nurina. " pinta Syafiq akhirnya bila Nurina dari tadi hanya mendengar . Keluhan tipis dilepaskan.  Mana budak Aqil ni?



" Boleh saya minta sesuatu dari encik? " soal Nurina dengan suara yang bergetar. Diberanikan diri untuk menghadap tubuh Syafiq lalu mata yang sudah merah menahan tangis itu cuba digagahkan untuk membalas pandangan Syafiq yang jelas kebingungan.




" Apa dia? " soal Syafiq dengan debar di dada. Jangan dia minta aku bunuh adik aku sendiri, sudah. Akal Syafiq mula berbisik.




" Tolong bawa saya keluar dari rumah ni. " separuh merayu Nurina meminta kepada Syafiq.



" Jangan risau, saya tak minta Encik bawa saya tinggal dengan encik. Saya cuma nak pergi jauh dari sini. Itupun kalau encik nak tolong . " jelas Nurina bila Syafiq hanya diamkan diri.



" Kalau encik... "



" Aku akan bawa kau keluar dari rumah ni. Tapi bukan sekarang lah, sekarang ni aku penat . Nak mandi lepastu tidur. Boleh kan? " tiada anggukan dari Nurina tapi dia mula mencari sesuatu lagi dari dalam almari.



Kenapa lah kau misteri sangat ni Nurina?



" Ni selimut tebal ni Encik boleh gunakan alas untuk tidur nanti. Maaflah sebab ..... "



" Tak apa. Aku tak kisah, " potong Syafiq bila melihat wajah itu sudah mula muram. Entah kenapa saat ini hatinya seakan tidak rela melihat wanita ini dalam kesusahan. Dia pun sudah mula pelik dengan diri sendiri.



" Aku pergi mandi dulu. "



" Biar saya sediakan air mandi. " ujar Nurina lalu mula mengatur langkah ke pintu bilik.



" Kalau nak mandi sekali pun tak pa. " usik Syafiq lalu menepuk dahi nya sendiri. Ish! Baru sehari kenal mulut dah gatal cakap yang bukan-bukan. Buat malu saja.



Tapi Nurina hanya diam walaupun hatinya mula berdetak kuat , muka pun sudah merah menahan malu . Lalu langkah terus diatur tanpa menoleh ke belakang lagi.






-  Assalamualaikum  ,  terima kasih kepada yang sudi baca dan yang tinggalkan komen.  Saya sangat hargai semuanya πŸ˜„  Insha Allah saya akn pos bab yang seterusnyaaa.  ❤❤❤

Saturday, 25 March 2017

Cerpen : Tiada syarat untuk cinta





Sang bayu meniup tubuhku . Dingin hingga aku mengetap bibir . Bunyi ombak menemani pemikiran ku yang kaku . Hingga tak terucap dek kata. Tak terfikir dek akal . Kerana mana mungkin insan di hadapan ku ini mempunyai perasaan suka kepadaku .

 Dari bicaranya seolah-olah serius dan tiada gurauan . Namun hatiku ragu dan diulit bahagia pada masa yang sama . Mungkin kerana dia si pemuda tampan dan datang dari sebuah keluarga yang berada . Sedangkan aku wanita tak berupa malah tiada apa yang boleh dibangga-bangga . Ya ! itu bukan keluhan tapi kenyataan hakikat yang sudah lama aku redha . 

" Kau tak kenal aku lagi "

" Hati tidak punya syarat untuk mencintai "

" Tapi aku tak layak . "

"Poyo ,  kalau saya ucapkan kata-kata manis saja . Tapi cuma satu saya pinta . Percaya dan bagi saya peluang , "  

Kata akhir itu membuat aku mendongak dan menatap wajahnya . Wajah yang aku idamkan itu sedang menatap wajahku . Jujur aku katakan aku juga menyukainya . Tapi sesaat pun aku tidak pernah bermimpi untuk berjalan seiring dengan nya . Kerana aku sedar . Aku tidak sepadan dan tidak layak dengan nya . 

Namun hati aku tewas . Perlahan hati aku mula berangan . Memujuk segala prasangka buruk dan percaya bahawa cinta tidak mengenal rupa . 

Si tampan mencintai dan menerima baik buruknya dia si wanita hodoh . 

Sehingga aku lupa untuk menoleh . Dan menyedari bahawa sekeping hati juga mampu untuk beralih arah . Kini aku yang jatuh . Kini aku yang merasa . Aku yang terkena sakitnya ditusuk serpihan kaca . Kerana hatinya yang meninggalkan aku si wanita hodoh yang ternyata hanya sampah baginya . Pahit ,  sakit . Namun siapa aku untuk mempersoalkan segalanya ?  

Aku yang tidak punya malu untuk menganyam cinta . Aku yang tidak sedar diri ingin menumpang kasihnya . Ya ! Aku lah wanita itu .

_


"  Dina ,  kau nangis lagi ,   "  tegur sahabat ku entah untuk yang keberapa kali .

Aku kesat air mata ku . Kenapa hati ni degil sangat ?  Kenapa dia menyayangi seorang lelaki yang tak sudi ?

" Its enough babe . Jangan nangis untuk lelaki macam dia . "  sambung Syira lagi lalu duduk di sebelah ku .

" Aku cuba . Tapi hati ni lebih rela bertahan . Walaupun dah terang lagi bersuluh . Yang dia dah tak nak kat aku . "  jawabku sayu . Kenapa hati ni sakit sangat ?  Jawabnya sebab dia yang degil . Degil dan tak ikut rentak akal fikiran .

" Aku tak tahu nak cakap apa lagi . "  jawab Syirah hampa . Mungkin kecewa dengan sikap aku .

" Kau tak perlu cakap apa-apa . Just always be my side . It more than enough . "  ucapku ikhlas . Lalu tersenyum simpul . Tapi dia tunduk kan pandangan nya memandang bawah lantai lalu perlahan menggenggam tangan ku seolah memberi kekuatan . Ya ! Dia lah ibu dan juga ayah bagiku . Kerana hanya dia yang sudi untuk bersahabat dengan anak yatim seperti aku   .


_



" Saya tak mahu semua ni . Tapi keluarga saya yang mahu saya berkahwin dengan pilihan mereka . "  ujarnya tanpa menatap wajahku .

Saat dia meluahkan kata-kata manis dia menatap wajah ku untuk menyakinkan aku . Tapi saat ini dia berpaling wajah sebagaimana hatinya sudah berpaling dariku . Sakit namun aku ukirkan senyuman untuk menutup perasaan kecewa yang menggigit hati aku . Kerana apa ?

Kerana aku malu untuk nampak kan kekecewaan aku.  Teruk dan sesak di dada . Kini itu yang aku rasakan .

 Salah aku kerana terlalu memuja dia . Salah aku kerana memberi segala rasa cinta hingga tiada yang tinggal untuk aku simpan . Ya semuanya salah aku . Bukan dia .

"  Saya mohon maaf atas segalanya . Dua tahun waktu kita bersama . Saya tak kan lupakan semua tu . "  luahnya lagi . Namun aku masih kelu .

Dua tahun kami bersama . Namun setahun  aku saja yang mempertahankan . Bertepuk sebelah tangan .

Kenapa aku bertahan ?   Kerana percaya dan peluang aku berikan sepenuhnya . Tanpa berfikir akibatnya .

Setahun aku berpura bahawa hatiku bahagia . Aku sedapkan hati aku dengan perkataan bahawa dia akan berubah . Tapi kini terbukti yang pengorbanan aku adalah sia-sia . Apa gelaran yang layak aku dapat ?

"  Saya minta maaf Dina ,  " luahnya namun kali ini dia menatap wajahku .

Aku ukirkan senyuman .
" Tak pe ,  aku doakan kebahagiaan kau . "  balas ku selamba .

Ku lihat matanya membesar . Terbeliak . Mungkin terkejut dengan reaksi aku . Ataupun gembira kerana dia sudah boleh pergi begitu sja ?

"  Dina okey ?   "  soalnya .
Aku angguk kan kepala . Saat ni aku tak tahu nak kata apa . Adil tak kalau aku nangis depan dia dan kata yang aku tak relakan dia kahwin dengan siapa-siapa selain aku ? Adil tak bila aku merintih depan dia dan mengemis cinta dari dia ?

"  Saya minta maaf Dina   . " sekali lagi aku angguk kan kepala ku .

"  Tak pe . Sekuat mana kita genggam pun bila Allah takdirkan perpisahan . Ia akan terlerai juga . "  balas ku . Ayat Syira ni lah yang memberi sedikit sebanyak kekuatan kepada aku .Dan hari ni dia jadi pelengkap lakonan aku .

_


" Cantik tunang Adib kan ,  memang patutlah dia tinggalkan aku . " luahku dengan airmata yang mengalir .

" Aku dah agak benda ni akan jadi macam ni . "Balas Syira seakan-akan marah dengan tindakan Adib .

" Dah dah lah stalk mamat tu . Biar lah dia dengan life dia . Lelaki macam tu . Tak layak pun untuk kau . "  marah Syirah lagi sambil mengambil telepon bimbitku .

" Aku yang tak layak untuk dia . " ujarku perlahan . Lalu membenamkan wajahku di bawah bantal . Sakit hati ,  sakit hingga tak ada cahaya lagi yang bisa aku lihat . Dulu aku menghina habis habisan orang yang rela  bunuh diri akibat cinta . Namun tanpa aku sedari ,  kini aku juga sedang membunuh jiwa aku perlahan-lahan .

_

Dua hari lagi ,   Adib akan menikah . Puas aku lupakan dia . Tapi pandangan mata ini tidak pernah lupa tatapan matanya . Mungkin ,  jika saat ini dia kembali dan inginkan aku lagi . Aku tidak akan berfikir untuk menerima kembali . Mungkin aku akan ketepikan segalanya demi dia . Ya ! Mungkin .

" Adina ,  " ada suara yang memanggil ku .

Aku menoleh dan cuba seka air mata aku yang mengalir . Namun air mata itu mengalir lagi saat wajah dia yang aku lihat . Kenapa aku tak pernah membenci walaupun hakikatnya dia yang mengkhianati ?  Kenapa aku masih teruja bila menatap wajahnya ?

" Adib , "  panggil ku perlahan . Tak sangka wajah yang aku rindu kini sudah ada di hadapan ku . Kini persoalan demi persoalan mengisi kotak fikiran . Namun aku hanya mampu diamkan semua . Aku sedar dia kini sudah menjadi hak orang .

" Awak apa khabar ?   "  soalnya dengan senyuman . Aku balas senyuman nya . Lalu air mata yang mengalir ku seka secepatnya .

" Alhamdulillah ok . "  balas ku lalu menghampirinya .

" Sunyi je butik . Syirah mana ?   "  soalnya sambil duduk di atas sofa yang berada di tepi pintu masuk ke butik .

" Syira cuti . "  jawab ku lalu cuba untuk berlagak selamba .

" Boleh saya bercakap dengan awak sekejap ?   "  soalnya yang membuatkan hatiku berdegup kencang .Perlahan aku angguk kan kepala lalu duduk di hadapan nya .

" Sebelum saya menikah ,  "  kata-katanya terhenti di situ . Dan aku . Hanya mampu menahan tangis menanti perkataan nya yang seterusnya . Apapun yang akan dia katakan . Aku tak ingin menangis . Kerana kenyataan yang dia akan menjadi milik wanita lain , walaupun sakit tapi itulah hakikat yang aku kena terima .

"  Saya nak bagi ni pada awak . "  ujarnya lalu menghulurkan satu kotak berwarna merah . Ku dongak kan kepala menatap wajahnya .

" Apa tu ?   "  soal ku teragak-agak .  Ku lihat dia menyeka air matanya . Dia menangis ,  tapi kenapa ?

" Tu kotak yang Adib nak bagi dengan awak . " ujarnya yang membuatkan aku tidak faham . Apa maksudnya ?

" Saya bukan lelaki yang awak cintai . Adib Hanafi . Dia adik kembar saya . "  ujarnya serius . Aku hanya mendengar . Saat ni aku rasa seperti aku sedang bermimpi . Apa kah penipuan yang Adib ingin lakukan sekarang ?

Apakah dia fikir hidup aku seperti permainan sehingga dia boleh menganggap ianya cerita sinetron yang boleh diputar belit olehnya ?

"  Saya tahu susah untuk awak nak percaya . Tapi saya tak tipu . Saya bukan Adib Hanafi .Saya Adib Hanif "

" Adib , "  panggil ku . Lalu menarik nafas panjang . Air mata yang ingin mengalir akhirnya jatuh juga . Dengan kudrat yang ada aku cuba untuk ungkapkan kesakitan yang aku rasa .

" Cukup . " ujarku .

" Saya minta maaf . "potongnya .

" Aku tahu aku wanita hina di depan kau . Tapi cukup . Cukup permainkan perasaan ni , "  ujarku lalu menyentuh dada ku yang terasa membengkak .

" Adib Hanafi . Lelaki yang awak cinta dah tak ada . Inilah hakikat yang saya tak sanggup bagitahu awak   . "

" Sebelum Adib pergi dia titipkan kotak ni untuk awak . Dia suruh jelaskan pada awak perkara yang sebenar . Tapi saya tak sanggup . Saya tak sanggup lukakan hati wanita yang adik saya cintai . Saya yang salah sebab anggap diri saya boleh menjadi Adib . "  ujarnya lagi .

Kotak merah tu aku capai . Lalu ku buka satu kotak cincin yang ada di dalam nya . Ada satu kad diselitkan di dalam nya .

' Hati tidak punya syarat untuk mencintai .
Kerana itu jangan tanya .Kenapa saya cintakan awak . My princess ,  will you marry me ?  '

Ku tutup kad itu dengan hati yang berdebar-debar .  Lalu satu gambar ku capai .

' We are twin .  Terkejut tak ?   Saje nak bagi surprise  . My princess , can you find the man that truly loving you ?  '

Itu kata-kata yang tertulis di belakang gambar itu . Saat ini aku kaku . Saat ini aku hilang akal . Lelaki yang aku cinta sudah tiada ?

" Adib aku mana ? " soalku . Tiada kata yang dapat menggambarkan rasa sakit yang aku rasa kini . Sesal yang teramat kini bersarang di dalam jiwa .

Kenapa selama ni mata aku buta ?  Kenapa selama ni aku tidak boleh menilai hati  lelaki yang aku cintai .

" Adib dah tak ada Dina . Dah setahun dia pergi .  " balasnya .Aku gelengkan kepala ku tidak percaya .

" Adib aku masih ada lagi . " balas ku dalam tangisan . Sungguh aku amat berharap bahawa semuanya hanya mimpi saja . Kalau aku diberi pilihan . Aku rela dikhianati nya  . Aku rela . Asalkan dia ada di hadapan ku kini .


Selama ni aku tercari-cari tatapan mata yang penuh cinta . Selama ini aku tercari-cari senyuman manis yang aku puja .

Kini aku tahu mengapa semua itu hancur punah . Kerana bukan lelaki itu yang menerima segala baik buruknya si wanita hodoh seperti aku . Bukan hati itu yang berdegup setia untuk mencintai aku . Bukan dia . Tapi Adib Hanafi . Ya dialah lelaki yang mempunyai hati dan senyuman itu .

Sesungguhnya aku yang salah menilai cinta dia . Ya !  aku yang salah .





Tamat . 



Monday, 16 January 2017

Setia si tanda tanya ♡~♡

Di pinggir laut hakikat terserlah
Betapa ia amatlah setia 
Menendang kuat arah tepian nya
Lalu kembali tanpa pun dipinta .

Tenang sungguh terlihat luaran nya
Senyap bagai tiada penghuni nya 
Namun cuba kau tenung sebetulnya 
Ada nyawa hidup di sebaliknya  .
.
Tidak kah kau menyedari 
Hatiku ibarat pantai 
Yang menyimpan kebenaran
Keindahan tak ternilai .

Sebahagian secebis kejujuran 
Lalu dikhianati  harapan punah
Kerana impian itu tak sepadan
Ditangisi penyiksaan tanda tanya .

CikDhulhijjah_
Tuesday
17Jan17
12:55am

Wednesday, 5 October 2016

Cerpen : Sebaris kata yang terindah

Idea asal : Cik Adziya
Ditulis oleh : Cik Dhulhijjah



" Helo , boleh saya duduk sini ? " soal lelaki yang datang entah darimana kepada Esha .Esha hanya menganggukkan kepalanya lalu menyambung pembacaan buku yang tergendala tadi .

" Cantik awak ni kan " usik lelaki itu lagi .

" Ye ke ? Terima ksih lah "balas Esha .

Bagi Esha , three word for him , rich , handsome , sweet  . Baru kenal dah nilai orang .Tapi macam tiga perkataan tu padan dengan dia .

"Saya Carl Zafran . " ujarnya

' Saya tengah baca buku ni .Boleh tak jangan gangu ? ' soal Esha , tapi dalam hatilah .

"I know your name well , Adeeva Afshien Myesha . Right ? "

"Awak cuma tahu nama saya je pun .Tapi berlagak macam dah kenal sepuluh tahun pula."perli Esha .

"For now , Yes ! only your name my dear , but if you dont care .I realy hope that i know more deeply about you .Lets friend .Will you ? " soalan itu membuatkan Esha menutup buku lalu memandang tepat ke  arah wajah Zafran .

" Yeah sure , why not . Friends ? " -  balas Esha sambil memandang wajah Zafran dengan senyuman.

"If more than friend ? "  lama Esha terdiam .
Mamat ni nak siku ni .

"Sorry , saya gurau je awak .Just let be friend and it will be more than enough for me."ujar Zafran lagi .

 Esha menarik nafas lega .Apa punya mamat lah , baru je kenal dah ajak couple .Helo ? Esha tak semudah tu tau  .

"Okey , i have to go .Bye  " balas Esha lalu terus pergi meninggalkan Zafran di situ .



_

' And i really dont know what to do . Im just a little too not over you ' ada call masuk .Mulalah lagu David Archuleta ni berkumandang .Esha just suka dengar lagu tu sebenarnya .Setakat ni tak pernah frust lagi kot .

" Hye sweety " kedengaran suara lelaki di ujung talian.

" Hye , siapa ni ? " heran pula Esha .Mamat bangla mana pula yang call dia tengah malam buta ni .

" Saya lah awak . Zaf . Kawan baru awak " usik Zafran .

" oh . Number  saya macam mana awak tahu ?" Soalan ni lah kena tanya dulu kan .Suspen pula.

" Kat kawan saya , awak tak perlu tahu kot ." Balas Zafran lagi .Kedengaran Esha ketawa di hujung talian .

" Are you laughing ,  What wrong my dear ? " soal Zafran .Tiba-tiba ketawa , siapa yang tak hairan kan .

" Nothing , just forget it . So , kenapa call ? Saya banyak kerja nak buat ni .Bertimbun homework nak siapkan " panjang ucapan Esha kan .Siapa suruh call malam-malam buta .Orang semua dah tidur , dia ni macam tak ada kerja lain selain  dari mengacau hidup orang .

" Just want to wish goodnight .And sweet dream my dear "

"Ok " balas Esha selamba.

" ok je ? Awak tak nak say i love you ke ?" Usik Zafran.Meluat Esha dengar .Dengan sepenuh hati Esha menekan gagang telepon yang berwarna merah di sreen handphone nya .Semangat kan .Malas nak layan orang macam tu .Nonsense !

_

Dah masuk dua minggu si Zafran ni duk kacau hidup Esha saja .Hantar bunga lah , bagi coklat lah , siap nyanyi depan rumah Esha lagi .Sampai jiran sebelah mengamuk sebab bising .

Apapun Esha nampak kesungguhan Zafran .Sampai satu tahap Esha pun mengalah .Dia bagi peluang untuk Zafran .

" Thank you sayang ." Ucapan tu saja yang mampu terucap di bibir Zafran .Hari ni hari yang paling bahagia bagi Carl Zafran sbb Esha dah terima dia .Memang bersusah payah juga Zafran untuk dapatkan hati Esha .Tapi semua tak sia-sia akhirnya Esha kini sudah jadi teman wanita nya.

" Sayang kita keluar nak ,  Tengok wayang ke ? " soal Zafran kepada Esha yang sedang menyuap mee goreng ke dalam mulutnya .Lapar gile , dari semalam tak makan sampai pagi tadi sekarang baru dapat makan.Malas nak layan Pakcik Zafran ni .Haha ..Orang lapar , dia duk sibuk nak bawa jalan .

" Pelan-pelan lah makan tu sayang .Bukan nya ada orang kejar sayang pun ."

 " Honey , masa ni tembaga tahu " balas Esha .Lalu meneguk air milo di dalam cawan besar yang dibancuh Zafran tadi .Gentleman kan boyfriend Esha ni ? Tapi gentle dia tak dapat pahala sebab belum halal lagi ,kalau dah nikah pahala berlimpah-limpah .Siapa tak nak kan ?

Kalau nak pahala sila halalkan hubungan kalian okey ?

Lagi satu, korang mesti hairan apasal panggilan dah bertukar kepada honey .Sebabnya adalah c Pakcik Zafran yang tampan ni nak Esha panggil dia Honey .Katanya baru sweet .Sweet lah sangat .


_

"Sayang rasa kita kena kurangkan masa bersama " ujar Esha tiba-tiba .Selalunya kalau boleh nak dua puluh empat jam sama-sama dengan honey dia ni .

Hari ni dah lima bulan mereka bersama , Half anniversary lah katakan.Tapi mereka just sambut kat tepi pantai saja. Sambil bawa makanan sikit.Zafran yang masak , tu yang Esha tambah sayang tu .Apalah .


"Kenapa sayang , why ? "ujar Zafran sambil mencapai tangan kecil Esha .Haram sentuh-sentuh ni sebenarnya .Zafran tahu tapi nafsu sudah menutupi mata hatinya .Segala ilmu agama yang dididik ibu ayahnya dicampak jauh begitu saja.Zafran bagai menganggap hidup di dunia ini adalah untuk selamanya .

" Sebab exam nak dekat .So , sayang rasa kita patut luangkan masa kat rumah , Study ." Jelas Esha lalu melentok kan kepalanya di atas bahu Zafran .Adoi , korang jangan ikut apa yang Esha buat ni tahu .Kalau nak buat sangat sila halalkan hubungan .

Zafran hanya diam , nak kata setuju macam tak sanggup .Nak kata tak nak tapi Esha kata ada betulnya juga .Kalau tak study exam nanti nak jawab apa ? tak kan nak tiru jawapan kawan kot , tu cari masalah namanya .

"Boleh lah honey , lagipun sayang kata just kurangkan masa bersama .Bukan nya tak sama langsung " pujuk Esha .

" Honey , boleh lah . Okey ? " pinta Esha .Lalu mencapai keropok ikan yang dia beli tadi.Sedap ni ,kalau Esha sebungkus pun tak cukup .Hoho

" Okey ,"sambung Zafran .

" Betul ni ? " soal Esha dengan senyuman gembira .Lepas ni kena start study dah .

Melihat senyuman Esha , cair lah pula hati si Zafran .Ish ish ish .

" Ye sayang , betul lah " sambung Zafran .

"Thank you my honey ." Ucap Esha dengan senyuman.

"Sama-sama " balas Zafran dengan senyuman hambar.Nampak sangat tak ikhlas.



_

Esha dan Zafran memang dah jarang jumpa sekarang.Sebab Esha busy sangat study .Kadang sampai tak makan. Zafran pun dah pesan banyak kali study hard tak ada masalah yang penting jaga kesihatan .Tapi Esha pun boleh tahan degilnya .


"Sayang janganlah sampai tak makan .Kena makan .Jagalah kesihatan sikit sayang.  " ujar Zafran di hujung talian .

" Honey , exam kan tinggal berapa hari lagi ."Jawab Esha sambil membelek-belek buku laporan nya .Esha tekan Loudspeaker .On call sambil study setiap malam ,  ni lah keja dua pasangan merpati sejoli sejak kebelakangan ni .Dah jarang jumpa kan. So , dengar suara melalui telepon pun jadilah .

" Honey tahu exam berapa hari lagi .Tapi kalau sayang tak sihat ,  siapa yang nak jawab exam nanti ? " marah dah ni .Kalau boleh nak je Zafran pergi rumah Esha .Tengok sihat ke tak , dah mandi ke belum.

 Sayang betul Zafran ni dengan si budak Esha tu kan .Tapi sayang dia ni melalaikan  .Minta-mintalah dapat hidayah nanti .

"Yelah , yelah .Sayang makan ok ? Honey ni, bukan nya sayang tak makan langsung pun .Sayang just lambat makan je ." Jawapan selamat Esha ni .

"Sayang ni menjawab je kan , honey just takut sayang tak sihat nanti ." Luah Zafran .

" No worry lah honey . Sayang makan nanti okey ? " susah ada teman lelaki terlalu over caring ni .

" Okey ,makan tahu .Promise me ? "Pinta Zafran .

"Yes honey ,I promise " balas Esha dengan senyuman.

  "Okey , honey nak sambung buat homework ni . Love you sayang ." Ucap Zafran .Bila dengar Esha sanggup janji macam tu .Senang sikit hati Zafran.

" Ok study hard honey , love you too ." Jawab Esha lalu matikan talian .


_

Alhamdulillah Esha dah habis exam .Lepas ni nak buat apapun tak apa .Harap-harap lah keputusan tak menyedihkan nanti .

Esha mencari bayang Zafran , dari pagi tadi macam tak muncul diri .

"Esha busy ke ? jom lah join kita orang ." Sapa Liyana kawan sekelas Esha .

"Tak busy juga , kau ada nampak Zafran tak ? " soal Esha .Kata nak date hari ni .

"Tak ada , jom lah join kita orang ." Liyana ni tak habis-habis nak ajak orang jalan .Cuba lah diam-diam kat rumah tolong mak masak kat dapur .Tak ke molek gitu ? Ni tak !  sibuk je lepak kat luar .Ni lah remaja zaman moden ni .Hidup bebas sangat .Mohon muhasabah diri.

" Korang nak ke mana ni ? " soal Esha lagi .Dia nak ikut tapi nanti Zafran sampai sini , dia pula yang tak ada .Macam mana ?

Tapi biarlah! Siapa suruh datang lambat .Orang dah tunggu lama tahu.

" Nak ke Kbox , lepas tu tengok wayang . " jelas Liyana .

" Jomlah , basi aku tunggu Zafran kat sini ." Omel Esha .

"Jom ." Jawab  Liyana .

" Eh , Esha pun ada ikut sekali " Zaid ni tak berubah langsung , awek dia kat sebelah pun ada hati usyar perempuan lain .

" Ha' ah " jawab Esha selamba .Seriously , dia malas nak layan lelaki yang gila-gila ni .

" Esha nak nyanyi lagu apa ? " soal Sarah pula , nilah awek Zaid .Sporting gile .

" Tak pe lah Sar , korang je lah nyanyi .Aku malas nak nyanyi ." Jawab Esha .Menyesal Esha ikut .Tak enjoy langsung kalau jalan tanpa Zafran .Bagus duk rumah tidur lagi best.

"Liyana ,Sar , Mel aku balik ehy ? " Esha dah berdiri .Pening kepala dia .Bising .

"Lah , awal lagi lah Sha " jawab Mel lalu menghentikan lagu mereka seketika .

"Pening kepala aku .Nanti ada masa kita lepak lagi erk ?" Pinta Esha .Kepala dia pening sebab bising .Lagipun dia tak sedap hati ni .Sebab Zafran tak muncul-muncul lagi .Dia mesej tak balas , dia call tak angkat .Tak kan tak sihat pula .Semalam ok je .

" Yelah , hati-hati je " Pesan Liyana la
lu tersenyum hambar .Baru je nak enjoy nyanyi ramai-ramai .Tiba-tiba pula Esha nak balik .

"Aku minta maaf sangat , aku pergi dulu ." Esha dah keluar dari tempat bising tu .Dan ikutkan hati nak balik terus .Penat juga study beberapa hari ni .Kalau tak sebabkan Zafran yang ajak dia  keluar, mesti dia masih terperap kat rumah tidur.Penat wei .Sangat sangat .


 _

Lepas je exam tu , Zafran dan Esha dapat jumpa sekali je lepas tu Zafran macam dah tak layan dah si Esha .Esha call macam susah sangat dia nak angkat .Bila Esha tanya kenapa,  Zafran akan bagi alasan yang sama  'Honey busy' .Masalahnya alasan dia tu boleh percaya ke tidak .


"Eh sayang , kenapa tak bagitau dulu kalau nak datang ? " soal Zafran lalu membuka pintu pagar .Terkejut Zafran ,  tiba-tiba saja ada orang yang bunyikan hon tak pandai henti .Rupanya si Esha .Kalau tak fikirkan jiran sebelah Zafran mungkin tak kan ambil peduli .Datang rumah orang dengan cara macam tu .So rude.

"Macam mana nak bagitau , sayang mesej tak balas , call tak angkat .Sayang risau tahu " luah Esha .

Esha dah penat menunggu.Nasib baik Zaid yang bagitau rumah dia kat mana .Kalau tak , mungkin tunggu tahun depan baru muncul .

"Honey sehat je pun ,kenapa tak balas even mesej je ,  Honey dah tak sayangkan sayang ke ? " soal Esha .Air mata dah mengalir .Kecil hati pula bila Zafran hanya sibuk kan diri dengan kereta kesayangan nya  .Tak kan tak ajak masuk rumah dia kot .

Zafran hanya biarkan Esha membebel sendirian .Orang ada nak buat benda lain juga tak kan lah nak layan dia saja dua puluh empat jam .

" Honey busy sayang , " alasan yang sama diberi , telinga Esha pun dah naik jemuh nak dengar .

" Busy busy busy , dulu tak macam ni pun ." Merajuk dah Esha ni , jadi sila berikan laluan untuk Encik Zafran memujuk .

"Dulu tu lain , sekarang lain ." Ujar Zafran lalu  mengalihkan perhatian sepenuhnya kepada Esha.Takutlah tu .

"Jom masuk dulu , " baru nak pelawa orang masuk . Aduhai.

"Honey dah berubah , " ujar Esha lagi .Air mata ni pula buat hal .Macam budak kecil saja .

"Im sorry sayang , dont cry please ." Pujuk Zafran .Risau pula tengok kekasih hati dia nangis .

Esha seka air mata .
'Hish , air mata ni ' aduh Esha dalam hati.

"Honey just need time to rest ." Alasan tu yang buatkan hati Esha tambah sebal.
Dulu , masa Esha ajak kurangkan masa bersama , Zafran macam nak tak nak je .Sekarang ni ? Memang tak faham betul jiwa lelaki ni .

"Kalau nak rehat , then tell me .So , sayang akan faham . "Ujar Esha lagi .

Zafran diam .
Esha dah tunjuk kan muka malas nak ambil tahu .Tapi dalam hati nak tahu juga .Hahaha

" Im sorry sayang. .." pujuk Zafran lagi , kali ni dia buka pagar lalu mendekati Esha . tapi Esha buat tak layan je.

" Ok fine , Lepas ni no more busy .And my attention only for you . "

" Sayang please ,im realy sorry ." pujuk Zafran.Pening kepala Zafran dari tadi duk pujuk Esha tapi Esha macam tak ambil tahu je .Tak kan merajuk sangat kot. Dah pujuk ayat jiwang pun tak berkesan .Habis tu nak buat apa ? Siapa yang tahu mohon berikan bantuan kepada Encik Zafran kite yg comel ni yea. Padan muka.

" Ok , this time i forgive but " jawab Esha .

"But what sayang ?" Ni yang buat Zafran geram ni .

" But make sure it will never happen again . "
 sambung Esha.Lalu pergi meninggalkan Zafran .Kita tengok apa yang Zafran sanggup buat untuk pujuk Esha .Adakah lautan api pun sanggup dia renang ? .Jom kita selidik sama-sama.

_

Bangun saja dari tidur , Esha rasa dahaga pula .Dia susun langkah ke bawah nak minum .Time dahaga macam ni kalau minum jus avocado yang sejuk berabis tu mesti best kan..

Mama dan papa Esha kalau jam begini memang belum balik lagi .Kat rumah pun sunyi semacam yang ada cuma Mak Sue tukang gaji dalam rumah tu , dengan Esha lah .Boring kan ?

"Eh , Cik Esha rupanya ." Sapa Mak Sue .Ingatkan siapalah yang dalam dapur tadi .

" Mak Sue belum tidur lagi ? Dah lewat ni Mak Sue " jawab Esha .

"Yea cik , Mak Sue tengok tv tadi .Kejap lagi Mak Sue masuk tidur " jelas Mak Sue .

"Tengok tv , cerita apa Mak Sue ? " soal Esha .Nak tahu pula , cerita apa lah yang memikat hati tua Mak Sue ni hingga sanggup tidur lewat .

"Cerita cinta yang berlandaskan agama Allah , tajuknya Kerana Allah , Aku Cinta" terang Mak Sue dengan senyuman.

Lama Esha termenung ,

"Cik , Mak Sue masuk tidur dulu lah yea ? " pinta Mak Sue lalu menyentuh lengan Esha .

"Baiklah Mak Sue ," jawab Esha perlahan .

Esha habiskan minuman dalam cawan nya lalu kembali ke bilik.Nak sambung tidur .Lagipun esok cuti lagi  .



_


Zafran memang dah banyak berubah sekarang .Dan itu menyakitkan hati Esha .Kalau dulu buka je handphone mesej Zafran lah yang akan terus kelihatan .Tapi sekarang satu mesej pun tak ada .Kalau dulu sebelum tidur mesti Zafran akan call wish good night ,Tapi sekarang semua bagaikan membisu . Kata sayang dari pemuda itu pun sudah lama tidak kedengaran.

Entah apa salah Esha. Esha dah tak tahu nak buat apa .Dia buntu . Dia rindu semua tentang Zafran .

Esha melabuhkan punggungnya di atas pasir , air mata yang mengalir diseka perlahan.Esha memandang ke arah sekeliling akhirnya dia cma mampu mengeluh ,

Esha mengalihkan pandangan sekali lagi ke arah pasangan yang sedang berpelukan di depan nya .Perempuan tu memang Esha tak kenal , tapi lelaki tu dia kenal .Sangat-sangat kenal .

Esha berdiri lalu menghampiri mereka.
" Apa ni ? Carl Zafran ! " dengan sekuat hati Esha menolak tubuh Zafran .

"Sayang buat apa kat sini ? " kalut Zafran mencapai tangan Esha.Nasib baik Esha masih waras lagi ,  kalau tak memang comfirm dah ada orang free-free basah mandi air laut ni .

"What ! Sayang ? " air mata Esha dah mengalir .Zafran tipu dia , Zafran kata dia busy sebab dah nak mula praktikal .Tapi rupa-rupanya busy sebab dah ada awek baru .Bodoh betul Esha rasa selama ni .

"Kenapa ni  sayang?" Soal Zafran .Pura-pura tak tahu apa yang berlaku .Dia dah kata dengan Ila gilfriend baru dia ni .Jangan date dekat pantai ni, sebab Esha selalu juga lepak kat sini .Tapi Ila degil dia kata buat apa nak takut .

Tapi bila Esha dah muncul marah-marah macam ni , dia pula orang pertama yang lesap.

"Kau fikir aku bodoh ke ? Go to hell with your sayang lah .I dont need you love .And i hate you ."

"I hate you so much , " ujar Esha lagi lalu.

"If you dont love me , then say it .Stop making me like a stupid girl .Who just waiting for nothing . "  lirih suara Esha .Dia betul-betul kecewa .

" Im sorry , honey tak ada niat nak sakitkan hati sayang .Honey tak cintakan dia . My love only for you sayang.Just only you . " pujuk Zafran .Tapi Esha dah mula naik berang dan tanpa sedar tangan kirinya sudah selamat menampar pipi Zafran .

Zafran hanya diamkan diri .Memang patut pun Esha tampar dia .Dia yang sakitkan hati Esha.Dan dia nak betulkan semuanya.
Tapi nak ke Esha dengan dia balik ? .

"Lepas ni jangan tunjuk kan muka kau lagi , " ujar Esha lalu pergi meninggalkan Zafran yang kaku di situ .



_

Telepon bimbit Esha memang sangat sibuk kebelakangan ni .Zafran memang tak tahu mengalah .Dan Esha sangat rimas .Dah  berapa kali Esha tegaskan jangan contact dia lagi tapi Zafran degil .Dan kali ni Esha dah hilang sabar .
Telepon bimbit yang tak salah apa-apa pun jadi mangsa .

Hati Esha dah hancur dan tak mungkin dapat dicantum kembali.
Bagi Esha semua lelaki sama , penipu dan hanya tahu menyakitkan hati .

Dia marahkan takdir , dia marahkan Allah .Baginya dia tak minta banyak dia just nak Zafran tapi Allah tak bagi .Bagi dia Allah tidak adil.Cinta duniawi menutup mata hati Esha .Sehingga tidak boleh membezakan mana kaca dan mana permata .

"Allah , kau tak adil .Aku sayang dia "ujar Esha perlahan lalu air mata berderai lagi .

Allah Maha Adil sebenarnya , cuma manusia ni kadang tak faham .Allah Maha Adil dan lebih Maha Mengetahui. Setiap apa yang berlaku , baik ataupun tidak , Itu semua ada hikmahnya.Kita hanya mampu berusaha dan selebihnya kita serahkan kepada Allah .
Sebab , Kau hamba , kau tak ada upaya .Itu hakikat yang kau kena terima .Just follow the flow and be grateful .


_

Kebelakangan ni selera makan Esha memang dah hilang.Yang dia tahu cuma berkurung dalam bilik je..Dia tahu dengan berkurung macam tu bagai bodohkan diri dia sendiri .Cuma dia tak kuat lagi .Hati dia betul-betul sakit .


Esha menyeka air matanya .Kenapa dia jadi selemah ini ? Esha cuba cari cara untuk sibuk kan diri .Dia tidak boleh lemah .Dia tidak boleh biarkan Zafran menghancurkan hidup dia .

'Baik buka ni , dah lama tak main ' ujar Esha dalam hati .

Buka saja , gambar mereka berdua dengan Zafran kelihatan .Air mata Esha mengalir lagi .

' Tak guna aku nangis , untuk lelaki tak guna macam dia ' ujar Esha dalam tangisan lalu menyeka air matanya  .

Esha menukar semua view laptop miliknya .Semua gambar-gambar kenangan mereka bersama dengan Zafran dulu habis Esha dah format semua .Dan kini Esha menarik nafas lega  .

Esha mula membuka laman sosialnya. Budak sekarang panggil aplikasi tu Wechat.

Esha pos satu kata- kata .Tak lama juga, dah banyak friend yg like , Esha melihat komen-komen yang ditinggalkan .Dan satu komen ni menarik perhatian Esha .

-Cinta manusiawi memang selalu mengecewakan dik , -

Namanya The Litle Caliph . ' Siapa ni eh ? ' bisik hati Esha .

Esha pelik kenapa dia komen macam tu , Esha tak faham .Walhal Esha hanya post
'Cinta dan sayang aku hanya sia-sia  '


- Maksudnya ? Aku tak faham . - balas Esha .


Satu minit , tiga minit , dua puluh minit berlalu tapi tak ada juga reply.Esha jadi makin resah.Padahal tu hanya komen saja .Tapi hati kecil Esha tersentuh dengan perkataan tu .
' Ah , lantaklah .' Bisik hati Esha .


Esha pos agi .
'Semua lelaki memang sama , mereka hanya tahu menyakitkan'
Banyak yg like dan ada juga yang tinggalkan komen.Esha just baca dan reply apa yang patut.

Tetiba ada inbox masuk .

-Assalamualaikum dik , tak semua lelaki sama . Rasulullah adalah seorang lelaki .Tapi baginda tidak pernah menyakiti  .Malah baginda berpesan kepada umat baginda agar melindungi orang-orang yang lemah di sekeliling .-

Esha jadi rimas , tak hujan tak ribut .Tiba-tiba kena tazkirah .

-Kau siapa ? - soal Esha lalu punat send ditekan kasar .

- Saya siapa ? Jawab salam saya dulu .And then you will know my name .-

Setelah Esha baca pesanan tu , dia jadi marah .Memang nak kena ni .Kenapa lah dia friend kat Wechat dengan orang pelik ni .Kalau block ? Hish  , macam keterlaluan pula .


-Cinta itu suci dan fitrah dalam hidup seorang insan . Cinta yang suci adalah yang diredhai Allah . Yang mana ianya tidak dikotori dengan noda hawa nafsu semata , tapi cinta yang tiada sebab lain nya melainkan Allah .

                       The Little Caliph -

Usai membaca pos di laman sosialnya .itu , hati Esha resah .Air matanya mengalir .


'Apakah cinta yang aku rasa pada Zafran , diredhai Allah ? ' pertanyaan yang bisu tidak bertemu jawapan .

'Bila rasa ragu-ragu .Ambil air wudhu .Solat sunat . Tiada yang lebih baik selain mengadu pada yang Maha Mendengar '  tetiba pesanan Syaziana menerpa fikiran Esha .

Dengan lajunya Esha memulakan langkah ke bilik air .Pili air paip dipusing .Dengan kalimah basmalah Esha mula mengambil wudhu .Tanpa dipinta air mata Esha mengalir , baru sekarang Esha sedar ' Sudah lama dia terleka , sudah lama dia tidak sujud kepada yang Esa .

Usai mengambil wudhu , Esha melentangkan sejadah ke arah kiblat .Lalu mula dirikan solat.

' Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui , kau tunjuk kan lah aku jalan yang benar .Sesungguhnya hati aku penuh kekotoran , Aku mohon kau gantikan lah dengan hati yang penuh ketenangan .Aku mohon ya Allah, Aamiin , Aamiin Ya Rabbal Alamin '

Do'a Esha ditemani dengan air mata.Alhamdulillah , fikiran nya tenang seketika.
" Assalamualaikum cik " ujar Mak Sue di sebalik pintu .Pintu tak berkunci , cuma Mak Sue takut nak masuk terus. Nanti si Esha mengamuk tak ke naya tu .

"Wa'alaikumusalam Mak Sue , " jawab Esha perlahan .

"Masuklah Mak Sue , pintu tak kunci " jelas Esha .

Perlahan-lahan Mak Sue melangkah ke dalam , kelihatan Esha sedang menghadap laptop nya .Facebook kot teka Mak Sue.

" Cik makan lah dulu yea ,Mak Sue masak khas untuk Cik Esha tau , jangan tak makan pula .Nanti perut masuk angin ." Pinta Mak Sue .

" Kejap Mak Sue , Esha nak tanya sikit .Cerita yang Mak Sue selalu tengok kat tv tu masih ada lagi ke , belum tamat lagi? " soal Esha lalu menutup laptopnya.Rasanya bagai dah lama dia brkurung.Dan mungkin sekarang tiba masanya untuk dia bebaskan diri .

Langkah Mak Sue terhenti.Lalu menoleh kembali ke arah Esha.

" Belum tamat lagi , kalau Cik nak jom lah teman Mak Sue .Kita tengok sama-sama .Kalau Mak Sue tak silap ada dua episod lagi"terang Mak Sue dengan senyuman.

"Jam berapa Mak Sue ? " yakin betul Esha ni.

"Jam 10 malam cik .Tapi cik makan dulu lah yea , ada 30 minit lagi .Nanti dah siap makan. Cik turun lah ke ruang tamu Mak Sue tunggu ." Ujar Mak Sue .

"Ok Mak Sue " jawab Esha lalu mengambil dulang makanan yang diletak kan Mak Sue di atas meja soleknya.


Gembira pula Mak Sue dengar suara Esha yang sudah sedikit ceria.Sudah empat hari anak majikan nya itu berkurung dalam bilik.Entah apa yang menggangu fikiran Esha .Mak Sue sendiri tidak tahu .


_
Drama Kerana Allah , Aku cinta .Memang best .Banyak pengajaran yang Esha dapat.Esha kagum sekali cerita cinta Humaira dengan Umar.Sucinya cinta Humaira kepada Umar sehingga sanggup menahan rasa sayang selama enam tahun disebabkan saja mereka belum halal .Hebat kan ?

Hari ni episod akhir .Dan Esha tak nak ketinggalan .Awal-awal lagi dah duduk terpacak depan tv.Mak Sue pun ikut sama.

"Mak Sue , kenapa Umar tak pinang je terus Humaira ni , bukan dia suka juga ke dengan Humaira ? " soal Esha .Tengah iklan ni ambil kesempatan untuk tanya Mak Sue dulu .

Kesian Humaira menahan rasa selama 6 tahun .Lama tu .Kalau budak sekarang .Dah lama luahkan isi hati .Haha

"Sebab Umar lebihkan berjihad dulu , dia memang ada datang meminang Humaira.Tapi waktu tu Humaira dah kena lamar dulu .Jadi Umar pergi luar negara.Bawa diri .Lama dia menghilang."

"Kesian nye , habis tu Mak Sue .Humaira jadi ke kahwin dengan tunang dia ? "

"Tak jadi , sebab tunang dia meninggal dunia ." Terang Mak Sue.

" Kenapa dia meninggal Mak Sue ? " iye pula kenapa ehy ? Bagus soalan Esha ni.

"Dia meninggal sebab terlibat dalam kemalangan waktu nak balik Malaysia."

"Dasyat ujian dalam hidup Humaira ni.Tapi dia tak pernah mengeluh .Bila dia rasa lemah hanya Allah tempat dia mengadu.Bila orang tengok nampak gembira , bahagia .Tapi dalam hati ombak badai menjaja siapa yang tahu ? Hanya Allah yang tahu ." Panjang lebar Mak Sue beri penjelasan .

Esha hanya mengangguk tanda faham .Hebat Humaira ni .Dia pula , Allah hanya menguji sedikit sudah mula menyalahkan takdir .

'Allahurobbi , maafkan aku ' bisik hati kecil Esha .


_



Alhamdulillah dah habis tengok kisah Humaira dan Umar . Pengakhiran dia memang sangat bahagia .Akhirnya Humaira jadi milik Umar .


Air mata Esha dan Mak Sue berlinangan .Sedih, gembira semua perasaan bercampur baur .Tak rugi berjaga kan .Banyak pengajaran .

' Dan keranaMu ya Allah , Aku mencintainya ' ayat tu memang ayat paling terbaik pernah Esha dengar .Tidur pun boleh senyum-senyum bila ingat perkataan tu . Esha , Esha .

Malam ni mood bagus tahu .Boleh tidur dengan nyenyak .Sempat lagi Esha mengigau.

'Harap-harap dapat suami , peribadinya macam Umar ' Apalah . Hahaha .Buat jatuh saham  je .


_

Sekarang dah mula cuti semester pertama .Dan Esha banyak masa stay kat rumah .Dia takut kalau-kalau terserempak dengan  Zafran .Dia takut perasaan dia akan berputik kembali .Masa ni dia nak lupakan semuanya .Dia perlu kuat .Dan teruskan langkah ke hadapan .

Esha buka lock skrin handphone baru miliknya , dia dah download aplikasi Wechat .Nak tahu kenapa ? Sebab baru senang dia nak online.Kalau on kat laptop susah sikit nak bawa sana sini .

Dulu dia memang tak ada masa nak online sebab sibuk dengan Zafran .Sekarang ni lah dia ada masa banyak .Hoho .Dia nak sibuk kan diri .Sementara cuti ni Esha juga ambil peluang belajar memasak dengan Mak Sue .Banyak nasihat yang Esha dapat dari Mak Sue salah satunya adalah ,

'Kita perempuan ni kena pandai memasak!Kita tak selamanya hidup bujang .Ada masa nanti kita akan berumah tangga .Semua benda kita kena pandai .Itu lumrah seorang wanita.'

Jadi sekarang , wahai kaum hawa sekalian yang tak reti masuk dapur tu ,  mohon rajinkan diri ke dapur belajar masak ya .Hahaha


- Assalamualaikum Cik Adeeva Afsheen Myesha . Allah , Terbelit lidah saya nak sebut nama awak .Kalau saya nak panggil Afsheen , adik Afsheen maybe . Boleh? -
Inbox pertama sekali .Siapa lagi kalau bukan The Little Caliph.Haish , tak da kerja lain kan .Pagi-pagi dah chat orang .

-Kau ni siapa ? -
balas Esha .Marah ni .Pagi-pagi dah spoil mood orang .


-Bagi salam sesama Islam adalah sunnah , Tapi jawab salam adalah wajib .Tak  jawab berdosa dik. -

-Waalaikumusalam The Little Caliph .Kau siapa ? Just tell me .-
Naik berang dah si Esha .

-Alhamdulillah dia jawab salam kita juga akhirnya .Saya Muhammad Haritz .Boleh panggil Haritz or kalau nak mesra lagi you can call me Abang Haritz . -

Oh abg rupanya , patutlah Esha pos lelaki semua sama.Dia terus inbox.Terasa barangkali .


-Aku kenal kau ke ? Classmate maybe ?  -
Tanya Esha , manalah tahu deorang ni satu Kampus juga kan .


-Nope , saya kerja .Tak sekolah dah .-

-Oh , ok .- Lalu meletak kan kembali handphone nya .Haish malas nak ambil tahu pasal dia .


" Good morning my dear , " sapa papa Esha , Tuan Sharizan .Kebelakangan ni bagai ada keajaiban .Esha perasan macam dah kerap mereka bertiga sama-sama sekali makan semeja macam ni .

"Good morning pa , ma " ucap  Esha lalu duduk di sisi mamanya .Senyuman paling manis diberi .

"You look beautiful with your hijab ma , " puji Esha . First time nampak mama dia pakai tudung hari tu memang mengejutkan hati Esha .Tapi tiada siapa yang boleh menduga kerana hanya Allah Maha Pemilik Hidayah .

Semua orang boleh berubah. Cuma bezanya adalah , ada orang yang berubah ke arah kebaikan adapula yang berubah ke arah keburukan .

"Thank you sayang . " balas mama Esha , nama dia Puan Adiyana Maria .Tapi ,  pelanggan-pelanggan dia kat butik biasa panggil Puan Di je .

"Esha dah cuti semester kan ? " soal Tuan Shah sambil memandang ke arah Esha yang sedang menikmati nasi goreng yang dimasak Mak Sue tadi . Sedap tahu kalau Mak Sue masak .Kalau nak berguru silalah isi borang dahulu . Haha . Gurau je .

"Ha'ah pa , kenapa ? " jawapan bersulam soalan .

"Minggu depan papa nak buat kenduri do'a selamat .Tu yang papa tanya .Papa nak Esha dan mama ada sekali " terang Tuan Shah .

" Oh , Esha ok je . " jawab Esha  lalu senyum .

"Nice , nanti papa nak call Ustaz Fariz sekeluarga datang rumah nanti .Sekali nak jemput jemaah masjid datang rumah." Ujar Tuan Shah lagi .

Kan ? Tuan Shah memang banyak berubah.

'Siapa Ustaz Fariz ? Mcam pernah dengar nama tu .- soal Esha dalam hati .

" Kalau Esha nak , Esha ikut mama lah jaga butik sekarang ." Esha hanya senyum lalu anggukkan kepala perlahan tanda setuju .Tak pernah-pernah mama dia ajak jaga butik . Walaupun suasana ni baru lagi bagi Esha tapi dia gembira . Sekurang-kurangnya dia dapat lupakan Zafran seketika .

_

Hari ni lah kenduri yang Tuan Shah cakap tu .Dan semua orang dalam rumah tu memang sangat sibuk buat persiapan.Tuan Shah tengah jemput keluarga Ustaz Faritz , Puan Di dan Mak Sue pula ke pasar beli barang dapur .Esha pula memang nak ikut sekali ke pasar tapi Puan Di kata , baik Esha duk rumah saja jaga rumah.Kesian kan ?

 Sementara Esha menunggu mama dan Mak Sue balik dari pasar ,fikirnya lebih baik dia ke ruang tamu mereka dulu sambil mendengar qasidah yang dialunkan budak maahad tahfiz yang dijemput papanya ke rumah mereka .


Tersentuh hati Esha , bila mendengar mereka berselawat dengan penuh syahdu.Hati Esha bagaikan turut merasa kerinduan mereka terhadap Rasulullah.

'Terima kasih ya Allah , Kerana Engkau memberikan peluang untuk hati ini merasa indahnya merindui kekasihMu ' bisik hati Esha .Air jernih mengalir di pipi Esha.


"Cik ni , suka mengelamun ." tegur Mak Sue yang baru datang dari pasar  bersama Mama Esha .

Esha cepat-cepat berpaling mengesat air matanya.Sambil berdiri lalu melangkah ke arah Mak Sue dan mamanya yang sedang membawa barangan dapur yang tersangatlah banyak.Haha

"Mari Esha tolong " ujar Esha.

 Mengelamun jauh sangat , sampai kereta masuk perkarangan rumah mereka pun Esha tak perasan.

"Kan Mak Sue , Di pun perasan yg si Esha ni selalu sangat mengelamun ." Tambah mama Esha lagi .

"Mana ada . Mama dengan Mak Sue ni kan .Esha duk perhati budak-budak tahfiz tu je .Bukan nya mengelamun " Ujar Esha menidak kan.

"Yelah tu ," ujar Puan Di dengan senyuman.

"Ye mama , semua barang-barang dah habis angkat kan  ? " jawab Esha bersulamkam soalan lalu meletak kan kesemua barang yang dibawanya tadi ke atas meja.

"Yea  cik ." Balas Mak Sue .

"Mak Sue , Di naik lah dulu .Badan ni dah bau semacam ." Puan Di ni memang tak boleh tahan sangat kalau dah basah dengan peluh .Mesti kena cepat-cepat mandi.Kalau tak mulalah bintik-bintik merah menjelma. Samalah juga dengan Esha.

"Baiklah Puan " Puan Di sudah aturkan langkah ke atas.Tinggal Mak Sue dengan Esha lagi di dapur .

"Cik , Mak Sue pun pergi mandi dulu lah yea .Nanti kita masak sesama.Cik pergilah ruang tamu dulu dengar  qasidah ." ujar Mak Sue.

"Tak pe lah Mak Sue , Esha  start masak lah dulu apa yang patut .Tak lama lagi Papa dengan keluarga Ustaz tu nak sampai kan .Jadi supaya cepat , Esha masak lah dulu. " Esha memang sangat teruja .

Dengan keizinan Allah dan kesungguhan Esha yang super duper semangat nak belajar masak dengan Mak Sue ,akhirnya dia dah boleh masak  .Tapi , tak lah pandai sangat .Orang kata bolehlah.

"Kalau macam tu , Mak Sue pergi dalam dulu lah yea ." Pinta Mak Sue .Esha hanya angguk kan kepala tanda setuju.Tak kan tak setuju pula .Hahaha.

Setelah bayangan Mak Sue lesap dari pandangan .Esha mula  menyusun kesemua barang yang baru dibeli tadi ke tempat yang teratur.Baru senang nak ambil bila perlu nanti.



_
Sedang sibuk memasak tetiba ada anak kecil yang memberi salam.Esha menoleh ke belakang.

"Assalamualaikum kak " kata anak kecil itu.Comel je Esha tengok .Dengan serban putih jubah putih. Subhanallah comelnya.

"Wa'alaikumusalam sayang ,  " sambung Esha dengan senyuman.Anak kecil itu juga mengukirkan senyuman .Esha perlahankan sedikit api masakan nya.Lalu menuju ke arah anak kecil itu .

Kalau nak tahu Esha tengah masak ayam masak merah tau .Bau dah memang sedap dah .Rasa nya tak tahu lagi lah .Haha

"Akak , buat apa tu ?" soal anak kecil itu .Umur baru lima tahun kot , teka Esha.

"Akak tengah main masak-masak ." Usik Esha dengan senyuman.

"Nama adik siapa ? Comelnya" ujar Esha lalu mengangkat anak kecil itu ke atas kerusi.

"Nama ana Muhammad Qaritz Ar-Rayyan.Abang dengan kakak ana selalu panggil  Rayyan" Terang anak kecil itu dengan senyuman yang paling comel.Haha

"Ana ?  " soal Esha lagi . Berkedut dahi Esha , kenapa nama anak kecil tu ada Ana ? Macam nama anak perempuan je.Tak kan perempuan pula .Budak tu pakai serban kot .

"Ana tu bahasa arab kak ,  yang bermaksud 'saya'  "

"Aaaah " baru Esha faham .Cakap bahasa arab rupanya .Budak kecil lagi tapi dah pandai berbahasa arab.Malu pula Esha rasa.

"Kejap eh .Akak tengok masakan akak jap." Nanti hangus ke apa.Makan ayam masak  hangus lah jawabnya tetamu nanti bukan ayam masak merah dah.

'Mungkin dah masak ni' teka Esha.

Rasa sikit .

"Not bad , " komen Esha .
Puji masakan diri sendiri lah tu.Lepas ni Esha nak masak Nasi goreng kampung pula .

Tapi nanti lah ,Esha nak sambung sembang dulu dengan si Rayyan yang comel ni.

"Sedap tak ? " soal Rayyan tanpa berganjak dari tempat duduknya.

"Boleh lah , cuba Rayyan rasa ." ujar Esha lalu menyuap Rayyan.

"Masha Allah , sedapnya kak .Insha Allah nanti ana nak Umi rasa jugalah ." puji Rayyan .Terharu pula Esha .

 Terharu bukan sebab Rayyan kata masakan dia sedap .Tapi terharu bila mendengar anak kecil yang mulutnya sentiasa menyebut nama Allah.Sedangkan dia yang sudah dewasa pun masih lalai lagi .

Air mata Esha mengalir.Rayyan pun jadi takut bila melihat Esha menangis.

"Kenapa akak sedih ? " soal Rayyan teragak-agak.

"Mana ada sedih .Akak terharu .Terima kasih sayang ."ucap Esha lalu memeluk tubuh kecil Rayyan .

Rayyan hanya diamkan diri tapi Esha dapat rasa yang tangan anak kecil itu menyapu belakang nya .Seolah-olah memberi kekuatan.

Rasa tak nak bagi lepas dah anak kecil ni .Anak siapalah ni ? kalau mama dia bagi confirm Esha ambil punya.


"Rayyan... Rayyan ! " kedengaran suara seorang lelaki memanggil nama Rayyan .

Esha mula lepaskan pelukan , Lalu Rayyan turun dari tempat duduknya .

"Kejap kak , ana pergi dulu .Nanti kita jumpa lagi " ujar Rayyan dengan senyuman lalu pergi .


_

"Cik tengah buat apa ? " Soal Mak Sue .

"Tengah potong sayur ni Mak Sue ," Esha baru nak masak nasi goreng kampung .Ikan bilis dah cuci tadi .

" Keluarga Ustaz Faritz dah sampai tu cik " Esha hanya mengangguk .

"Mak Sue sediakan minuman .Nanti Cik tolong Mak Sue hantar ke depan ya .Mak Sue nak masak ayam masak lemak lepas ni ." terang Mak Sue .Dah jam 10 pagi dah , masakan pun ada berapa jenis lagi nak sediakan .Nasib baik 3 jenis makanan Esha dah habis masak .Hebat kan Esha ?

"Baiklah Mak Sue " balas Esha dengan senyuman .

" Di tolong masak apa ni Mak Sue ?" Soal Puan Di yang baru selesai bersiap .Wangi dah .

"Tak pe ke Puan masak ? " teragak-agak pula Mak Sue nak suruh majikan dia .

"Ish , Mak Sue ni .Esha boleh pula ."

Esha tersenyum melihat kemesraan Mak Sue dan mamanya.Esha akui mamanya memang sudah banyak berubah sekarang .

"Mama nak masak tu Mak Sue , Mak Sue bagilah " ujar Esha yang sedang mencuci sayur sawih yang dipotong nya tadi .

"Kalau tak pe , Puan masak rendang daging jelah " pinta Mak Sue teragak-agak.

Puan Di senyum lalu mendekati Mak Sue .
"Mak Sue anggap je saya ni anak Mak Sue ,dan si Esha ni cucu Mak Sue . "

"Eh boleh ke Puan ? "

"Boleh sangat Mak Sue , " ujar Esha .

"Tapi Esha tak nak panggil Nek Sue , Esha nak panggil Mak . Boleh tak Mak ? " tambah Esha lagi .

'Besnya ada dua ibu .Kenapa lah tak terfikir dari dulu lagi ' bisik hati Esha .

"Boleh cik "

"Ler , kenapa panggil cik lagi .Mak panggil je Esha ."Mak Sue tersenyum bahagia.

"Di pula nak Mak panggil Di Maria , istimewa sikit untuk Mak " haih Puan Di ni tak ada minta izin , terus panggil Mak Sue , Mak.


"Baiklah Maria , " balas Mak Sue lalu dapur itu penuh dengan tawa mereka bertiga .


_

Waktu Esha hantar minuman tadi  dekat ruang tamu, Esha terserempak dengan Zafran .Dan dia sangat benci .Tak sangka Ayah Zafran berkawan rapat dengan Papanya .Zafran ada juga berusaha mau mendekat , tapi Esha yang sengaja sibuk kan diri di dapur.Nasib baik Zafran tak ikut dia sampai ke dapur .Kalau tak , memang menderitalah si Esha .Bila mamanya mengajak ke luar .Dia hanya menolak dan berasalan tak selesa sebab ramai tetamu .

'Pada saat aku dah cuba melupakan kenapa dia harus muncul sekarang lepas dah sakitkan hati aku .Aku benci perasaan ni , kenapa aku masih sayangkan dia ? Ya Allah  ' kata hati Esha mula bermain di fikiran nya. Dan dia menangis lagi .

"Assalamualaikum awak " Esha menyeka air matanya .

"Wa'alaikumusalam " Esha memandang wajah si pemberi salam .Pemuda ni memang sebijik macam Rayyan .Abang Rayyan kot .Cuma yang ni tinggi hensem.Rayyan pula kecil comel .

"Kenapa a ... aaawak menangis ? " ujar pemuda itu .

Esha cepat menyeka air matanya lalu
senyum sambil gelengkan kepalanya .

"Tak de lah . Kenapa  ? Ada makanan yang nak tambah kat luar? " soal Esha .

"Tak , Mak Sue suruh ambil air kopi kat sini .Dia kata minta tolong Esha bancuh .Awak Esha kan ? Kat luar ramai tetamu ." Ujar pemuda itu .

"Oh , kejap " Esha hanya senyum ,tak nak jawab lah siapa Esha .Muehehe . Terlupa sekejap dengan Zafran .

Pemuda itu menuju ke meja makan lalu , duduk di atas kerusi yang ada di situ .

Selesai membancuh Esha letak air kopi itu di atas dulang lalu dia hulurkan kepada pemuda itu.

"Tak pe awak , letak atas meja tu ."

"Oh , ok " ujar Esha selamba lalu meletak kan dulang itu ke atas meja .

"Terima kasih awak , " ucap lelaki itu tanpa memandang ke arah Esha .Lalu mengambil dulang tersebut .Esha hanya menggangguk .Tapi manalah pemuda tu nampak kan .

"Sama-sama " ucap Esha perlahan , tapi masa tu dia tak dengar dah .Esha je yang mengada . Tak kan angau pula .Tak boleh jadi ni .


_

"Esha jom lah ke luar dulu .Dengar ceramah dari Ustaz Faritz . Sekejap je sayang .Lagipun tetamu yang lain dah balik .Papa kamu pun asyik tanya kamu kat mana." Pujuk Puan Di .Hairan pula dia dengan si Esha ni .Dari tadi lagi jadi penghuni dapur .Tak bosan ke ?

"Ceramah dah mula ke Ma ? " soal Esha .

"Belum lagi , jom lah " ajak Puan Di .


Esha memandang sekeliling , Zafran dah Ayahnya pun seperti sudah balik .Esha menghembus nafas lega .Syukurlah .

Esha duduk di sebelah mamanya .Dan di sebelah kirinya pula  seorang wanita yang bertudung labuh .Kelihatan wajah wanita itu berseri-seri.Terharu Esha , macam nak je tegur tapi segan .Esha mencari Rayyan , bila melihat ke arah  jemaah lelaki rupanya Rayyan tengah duduk di atas ribaan kembarnya .Haha .Kembar tak seumur.

Ceramah Ustaz Faritz tadi sekejap je .Sebab katanya sudah lewat .Dia ada urusan lain lagi .

Sebelum Ustaz tu balik Papa Esha sempat lagi memperkenalkan Esha dengan keluarga Ustaz Faritz dan saat tu baru Esha tahu  pemuda yang serupa dengan Rayyan tu memang abang Rayyan.Mereka ada tiga adik beradik dan ketiga mereka ada lah lelaki .Nama pemuda tu Ridwan .Siap tahu nama lagi tahu .Haha .Mestilah .

Dan rupanya  wanita disebelah Esha tadi adalah isteri Ustaz Faritz ,maknanya kakak ipar Rayyan lah .Semua mereka memang baik .Esha senang berkenalan dengan mereka.Esha bersyukur kerana Allah hadirkan keluarga Ustaz Faritz yang   banyak mengubah Papa dan Mamanya ke arah yang diredhaiNya .

Bukan senang tahu nak dakwah Tuan Shah , tapi kesungguhan Ustaz Faritz telah berjaya memujuk hati Tuan Shah untuk berubah .Puan Di pula , Tuan Shah lah yang ajar .Itu pun atas nasihat Ustaz Faritz juga yang selalu ingatkan Tuan Shah bahawa sudah tanggungjawab seorang suami untuk membimbing isteri dan anak-anak ke arah kebaikan.


_

Kenduri , Alhamdulillah dah selesai .Dan tiba masanya untuk mengemas rumah yang semak berabis .Kenduri tadi memang sangat meriah .Tapi Esha rugi tak dapat ke luar sebab si Pakcik Zafran ada hadir.Sepupu-sepupu Esha pun tertanya-tanya Esha kat mana ,akhirnya terpaksalah deorang sembang-sembang kat dapur sambil tolong apa yang patut .Hahaha ada hikmah juga kan.Ada yang terkejut sebab tengok perubahan Esha .Yalah dulu kan manalah Esha mahu masak-masak ni .Tiba-tiba kenduri tu berkurung pula kat dapur.Hahaha .

"Esha tak penat lagi ke ? " soal Papa Esha yang melihat Esha tak berhenti mengemas dari tadi .Rajin nya Esha . Contohilah wahai kawan-kawan .Hahaha.

"Tak pe lah papa , tinggal sikit je ni .Nanti dah habis kemas semua , Esha naik lah rehat." ni kalau landing kat katil ni dah tak bangun-bangun kot .Hoho .Melebih lah pula kan .

Tapi begitulah hakikatnya , kalau rumah kenduri ramai tetamu yang dijemput.Memang penat , lagipun kan keluarga Esha tak ambil katering .Deorang yang sediakan semuanya .Sebab tu lah rasa penat sangat.Tuan Shah nak ambil katering tapi  Puan Di yang tak nak ambil katering .Katanya macam tak ada usaha nak kenduri kalau ambil katering ..Ada-ada je kan .

Ambil katering ataupun tidak .Tu sama saja sebenarnya . Jangan saja ada pembaziran , dan yang paling penting sekali niat nak buat kenduri tu ikhlas kerana Allah .Ingat ! Kena ikhlas kerana Allah Ta'ala .



_

- Alhamdulillah dah pakai tudung awak kan , muka awak ni macam serupa dengan ustaza saya tahu - komen itu Esha baca dengan senyuman .Gambar tu masa kenduri beberapa hari yang lalu.Sempat lagi selfie dekat dapur.Haha

-Ler,setakat ustaza .Tak kisah pun- balas Esha dengan angkuh .Lelaki ni tahu bermulut manis saja bagi Esha , lepas tu bila dah puas mereka akan pergi mencari mangsa lain .Esha sudah lali untuk disakiti .Apa lagi untuk yang kedua kali .

- Saya kata muka macam ustaza .Tapi akhlak tak setanding dengan ustaza saya lagi awak .-
Inbox dah masuk .Esha tersenyum sinis .The Little Caliph ni memang suka sangat cari masalah .

-Peduli apa aku ? Kau jangan ganggu hidup aku boleh tak ? -
 Hish , entah datang dari planet mana ni ? Tiba-tiba je kan .

- Kata-kata ni kadang bukan sekadar kata .Tapi ada maksud yang perlu diri kita muhasabah -

-Kau bukan siapa-siapa dalam hidup aku lah Pak Ustaz .So , tolong jangan bagi ceramah kau dekat aku .Aku tak perlu .Kau boleh berambus .-

Kurang ajarnya ayat kan ? Esha tahu ayat tu macam ayat orang yang tak ada akal , tapi buat masa ni dia nak orang jangan ganggu hidup dia .Teruk kan Esha ni , orang bagi ceramah tak nak.

- (Senyum ) Nama saya Haritz dik .Bukan Pak Ustaz .Boleh panggil saya Pak Haritz-

-Nama aku Adeeva Afsheen Myesha . You can call me by my name .Because im not you sister -
Bahasa mat salleh dah yang Esha guna .Marah sangat ni .

Esha tunggu reply The Little Caliph , manalah tahu dah marah ke .Tapi bila mesej sampai dia reply emoticon senyum je .Dan Esha rasa nak je sepak lelaki yang bernama Muhammad Haritz tu .Hahaha.



_

"Apa ? " terkejut Esha bila papanya memaklumkan bahawa keluarga Zafran ada datang merisik .Dan yang paling mengejutkan keluarga Esha sudah terima dan kini dia sudah jadi tunang Zafran .

"Esha bertenang lah dulu sayang , anak Uncle Johari kamu tu baik sayang " terang Tuan Shah .

"Baik apa papa , dia dah sakitkan hati Esha dulu .Dan Esha tak nak ada hubungan apa-apa lagi dengan dia .Im too scared hurted again pa."  Air mata Esha sudah mengalir .Tak kan dia nak kahwin dengan lelaki macam Zafran .No way !

"Tapi orang boleh berubah sayang , just forgive him ." Ujar papa Esha lagi yang sedang duduk di hadapan nya .Puan Di pula hanya mampu menenangkan Esha .Dah pinangan tu suaminya sendiri yang sudah terima jadi , dia tidak boleh berbuat apa-apa.Selain patuh saja .

"Papa , i can forgive him .But to accept him back in my life .My answer will No papa ." Tegah Esha .

"Esha fikir  dulu , dan papa harap Esha dapat fikir guna akal fikiran bukan ikut kehendak hati saja ." - pesan Tuan Shah lalu pergi.

"Mama please do something , " ujar Esha dalam tangisan .

"Insha Allah i will sayang , tapi Esha tahu papa macam mana kan ?Just calm down and fikir betul-betul dulu apa alasan yang Esha kena bagi dengan papa." Pesan Mama Esha lalu membawa Esha ke dalam pelukan nya .

"Dont cry , semua ni mesti ada jalan penyelesaian , Allah pasti akan tunjuk kan " ujar Puan Di sambil menyapu belakang Esha.

Esha memang tahu sangat Tuan Shah macam mana , Papa dia memang susah nak ubah keputusan .Melainkan alasan yang diberi adalah munasabah.Tapi tak kan alasan Esha yang tak nak terluka lagi papa dia tak faham . Dan kerana itu hati dia tambah sakit .

'Kenapa Allah ,? ' persoalan itu mengisi ruang fikiran Esha . Jiwa Esha bagai kosong.Dia bagai lupa ujian itu tanda yang Allah sayangkan hamba-hambaNya .


Janganlah menjadi seorang hamba Allah yang tamak kan kebahagiaan.Yang hanya kerana sedikit sentuhan ujian dariNya iman goyah lalu terus mempersoalkan keadilanNya.

Bukan kah dunia ini memang lumrahnya penuh dengan helah ? Lalu mengapa engkau bertindak bagai hidup di isinya selama-lama ?

AllahuAkbar ! Sesungguhnya hamba tiada daya kecuali dengan pertolongan Nya .
Kita hanya mampu berserah .


_

Esha hari ni dah mula masuk kuliah .Kalau ikutkan hati nak je terperap kat rumah .

Tapi telinga Esha bagai bernanah bila Tuan Shah tidak henti bertanya tentang keputusannya .

Bagi Esha itu semua sudah tidak berguna .Bukankah pinangan keluarga Zafran sudah diterima ? Jadi untuk apa keputusan nya harus dipersoalkan .Lelah penat , Esha untuk memikirkan semua benda.Yang pada akhirnya hanya menyakitkan jiwa.



"Ya Allah , aku tahu kau frust .Tapi buat lh come back kat aku sikit .Ni tak , asyik termenung je ." ni Maira kawan baik Esha yang paling kuat berangan .Dia ni jenis orang yang kasar.Kalau cakap main lepas je . Gangster sikit .

Kalaulah Maira kat sini masa Zafran curang tu , comfirm dah ada orang masuk hospital.Garang gilerr Maira ni .Tapi walaupun dia garang hati dia baik tau , tu yang Esha sayang sangat.


"Selama aku praktikal kat Hospital yang jauh tu , banyak betul aku missed kan Ash " usik Maira sambil menyiku bahu Esha.Jangan hairan sebab Maira memang biasa dah panggil Esha ,Ash .Nama dah pendek begitu pun nak bagi pendek lagi .Nampak sangat malas nak memanggil nama panjang-panjang .Hoho

"Tu lah kau , mentang-mentang dah ada pakwe hensem kat sna .Terus tak ingat aku ."Esha buat muka merajuk. .Dan Maira macam nak sekeh je kepala Esha , biar sedar alam sikit .Jauh kot tempat dia praktikal .Dari Sabah pergi ke Selangor bukan nya boleh naik rakit nak ulang alik .


"Kau ni Ash , faham lah aku sikit .Aku tak kaya macam kau .Tiket flight nak ulang alik mahal tahu ," Kedekutnya ,hahaha.

Esha .hanya tersenyum hambar .
"Kau ni , berkorban lah sikit untuk aku .Nampak sangat kau ni tak sayangkan aku kan"


"Weiy , kalau aku tak sayangkan kau aku tak balik sini tahu .Kalau aku nak aku boleh je sambung study kat sana ,tapi ..."


"Tapi apa ? " soal Esha ..

"Aish , lupakan jak lah ." Maira memang malas kalau mood jiwang macam ni .Nanti dia tak henti-henti nangis , macam mana ? Huahuahua

Esha macam nak nangis je Maira tengok .Apalah ,macam budak-budak kan .

"Kau ni sensitif sangat lah Ash .Tak berubah langsung kan ." Esha dah mula susun buku .Merajuk lah tu.Haha

"Yelah , yelah .Aku sambung ayat aku tadi ." Tapi Esha macam nak pergi dah.

"Kau nak dengar ke tak ni? " soal Maira lagi .

"Ape? " soal Esha dengan muka yang macam nak je telan si Maira.Tapi Maira boleh bantai gelak pula .Esha dah pakai beg dah .

"Ok .Tapi ! " Maira kuatkan suara , tanda yang dia dah serius .Maira ni pun satu .Dah tahu si Esha ni memang kuat merajuk tapi dia boleh ketawa lagi.

Esha dah berhenti melangkah .Petanda yang baik tu .Haha

"Tapi ,  memandangkan kawan aku yang tercenta ada kat sini ,aku pilih sambung study sini." ujar Maira lalu senyum .Maira sebenarnya just ego je nak bagitau .Sebab dia tak suka jiwang-jiwang ni .Tapi bila tengok si Esha dah merajuk tahap petala langit yang ke tujuh dia terpaksa.Kerana terpaksa dia relakan .Sabar jalah .


_

-Assalamualaikum .Ada nak share apa-apa ke ? maybe saya boleh jadi pendengar yang baik . -
Berkedut dahi Esha membaca .Macam tahu-tahu je The Little Caliph ni yang dia ada masalah .

 -Wa'alaikumusalam , apa awak merepek ni ? -
Jawab Esha .

-Awak share kat moment wall ayat yang sedih-sedih .Kalau awak ada masalah saya sudi dengar luahan awak -
Oh tahu kat moment wall, ingatkan  The Little Caliph ni ahli nujum .

-Aku tak kenal siapa kau , dan kau tak kenal pun siapa aku .So my problem are none of your business-
Jawab Esha , fikirnya dia ada Maira tempat untuk meluah .Kalau meluah kat dia macam tak kena pula.

-Ok ( senyum ) -
Sekarang ni baru Esha perasan , asal dia buka je Wechat , mesti chat The Little Caliph tak pernah ketinggalan.


' Hairan aku mamat ni , kenapa walaupun aku selalu kurang ajar dengan dia tapi dia tak pernah marah aku and boleh lagi balas mesej emoticon senyum macam ni .Tak kan tak marah kot 'bisik hati Esha , tahu pula dia yang selama ni dia selalu kurang ajar dengan The Little Caliph kan ? ingat tak ada kesedaran dalam diri dah .



_

"Sayang , honey tahu sayang marah .But honey akan cuba berubah ." jelas Zafran .

Esha pun dah naik meluat , nasib baik kat ruang tamu ada family Zafran.Kalau tak , memang dah kena jerit ni .

"Im not your sayang , and you are not my honey anymore ." ujar Esha tanpa memandang ke arah Zafran.


"Boleh tak kau putuskan pertunangan kita ni ? aku tak nak kahwin dengan kau .Tau tak , I hate you , and i dont want to be your wife ." ujar Esha lagi .

"Sayang , " ujar Zafran lalu mencapai tangan Esha .

"Stop calling me sayang ,and dont you dare to touch me! " Esha dah tinggikan sedikit suaranya.

Zafran dah cuak dengan Esha .Dia tak sangka yang Esha sangat marahkan dia , sampai tak boleh bagi dia peluang kedua .

Zafran meraup mukanya .Kelihatan jelas di wajah Zafran yang dia sangat buntuh.Dia dah buat bermacam cara untuk pujuk Esha , tapi hati Esha bagai sudah tidak peduli dengan semua benda yang dia usahakan.Semua bagaikan sia-sia .

"Okey im sorry , now tell me .What can i do , to make you forgive all my mistake ? " soal Zafran dengan nada suara yang perlahan.

"Putuskan pertunangan kita , dan jangan tunjuk kan muka kau kat depan aku lagi ." Air mata Esha sudah mengalir , hatinya sakit bila melihat Zafran juga menangis di hadapan nya .Dia akui dia masih sayangkan Zafran , tapi rasa percaya dia sudah hilang.

Zafran hanya tunduk kan pandangan ke bawah lantai yang kosong.Hati dia sakit dan sangat menyesal.
Fikirnya dengan membawa ibu dan ayahnya ke rumah Esha , akan ada jalan penyelesaian.Tapi rupanya baru dia sedar hati yang hancur tak mungkin akan dapat dicantum kembali.

"Aku dah maafkan kau , tapi untuk terima kau balik dalam hidup aku .Aku  tak boleh Zaf." ujar Esha dalam tangisan.Esha memandang wajah Zafran dengan qudrat yang ada .

"Maafkan aku , aku dah cuba cari rasa percaya aku yang dulu .Tapi aku tak dapat ."pinta Esha .Tapi Zafran hanya kaku diamkan diri .Mereka berdua diam tanpa kata.


"Saya minta maaf sangat untuk semua kesilapan yang saya pernah buat kat awak .Walaupun semua dah tinggal kenangan tapi , "kata-kata Zafran terhenti seketika di situ .

"Tapi , terima kasih sebab pernah sayangkan saya dengan ikhlas dulu."ujar Zafran lalu terus menuju ke arah ibu dan ayahnya di ruang tamu .

Zafran membawa ayah dan ibunya balik.Dan Esha selepas menyalam tangan ibu Zafran dia meminta izin untuk naik ke atas.Papa dan Mama Esha hanya memandang Esha dan Zafran begitu juga dengan ibu dan ayah Zafran.Mereka ingin bertanya apa kesudahan perbincangan mereka .Tapi sepertinya kedua anak mereka masih perlukan masa.

Esha menutup daun pintu lalu terus baring ke atas katilnya .
"Allah , "perkataan itu meniti di bibir Esha .Air matanya mengalir deras.Hati dia yang sakit dia pasrahkan kepada Allah .Sesungguhnya dia inginkan hati yang tenang .Bukan hati yang penuh keresahan seperti sekarang .

_


Esha rasa sakit hati sangat , fikirnya selepas apa yang berlaku Zafran akan putuskan pertunangan .Tapi malangnya Zafran tidak putuskan apa-apa selain mendiamkan diri.Dan Esha sangat bingung .Tarikh perkahwinan mereka pun sudah hampir.

'Ya Allah , ' hati Esha tidak putus-putus dari mengucap nama Allah .Tu berkat dari nasihat The Little Caliph .
Katanya .

-Hati ni memang akan selalu resah bila dibendung masalah , sebab tu rajin-rajinkan diri untuk mengucap nama Allah -

Kebelakangan ni mesej dari The Little Caliph Esha dah tak balas .Bukan tak nak balas .Cuma dia perlukan masa untuk berfikir.Berfikir apa maksud yang tersirat di setiap kata-kata yang diucapkan Haritz kepadanya.

Bila saja Esha meluah dekat moment wall , The Little Caliph akan mesej dia seolah-olah memberi semangat.Walaupun Esha tak balas tapi Esha baca semua.Dan dia sangat hargai.


Tapi hari ni Esha rasa tetiba saja nak mesej Haritz.Dia perlu berterima kasih.

-Assalamualaikum . -
Esha memberi salam .Tidak lama kemudian inbox masuk.

-Wa'alaikumusalam , yea dik ? -
Esha senyum .Dah bagi warning hari tu pun tak serik-serik lagi Haritz ni.

-Tak de , just nak say terima kasih sebab bagi kata-kata semangat selama ni .-
Balas Esha.Akhirnya dah terbuka hati Esha untuk berbaik dengan Haritz.

- Sesama , Ingatkan nak marah saya lagi awak .-
Hish , Haritz ni spoil mood Esha je kan.

-Tu dulu , sorry lah sebab kurang ajar sangat kat kau .-
Esha memang segan nak minta maaf , tapi dia memang salah kan .Jadi dia patut minta maaf.

-Tak pe , saya pergi dulu awak .Class saya dah nak mula .Insha Allah nanti kita sembang lagi .(senyum)-
Esha garu kepala yang tak gatal dan biarkan mesej tu tanpa jawapan.

'Hari tu cakap dah kerja , Tak study dah , tapi tetiba ada kelas pula ' pelik pelik pelik .


Esha perasan yang Zafran dah lama tak masuk kuliah .Esha jadi tertanya-tanya ke mana Zafran menghilang.

Maira pula dah balik ke Sabah , katanya dia dah dapat tawaran kerja dekat hospital yang dia praktikal tu.Esha memang sedih , tapi Esha tak boleh menghalang sebab dah memang situ rezeki Maira dia kena lah terima.

Esha melangkah malas ke bawah.Kata Mak Sue tadi , ada perkara yang papa dan mama dia nak bincangkan.

"Kenapa pa ? " soal Esha lalu duduk di sofa berhadapan dengan papa dan mamanya.

"Keluarga Zafran dah putuskan pertunangan , "

Esha menarik nafas lega .Syukur Alhamdulillah .

"Tapi pernikahan tetap dilangsungkan juga ." sambung papa Esha lagi .Terbeliak mata Esha mendengar penjelasan papanya .

"Apa lagi ni papa ? " soal Esha .Pening kepalanya .

"Papa nak Esha menikah juga , jadi bila papa dan mama naik umrah nanti adalah juga yang jaga Esha kat sini."

"Jika kahwin dengan Zafran papa rasa hidup Esha akan terjaga .Esha redha pa . " ujar Esha dengan tangisan .Macam tak rela pula.

"Bukan dengan Zafran , tapi dengan Ridwan .Papa sudah lamar dia untuk jadi suami Esha." Jelas Tuan Shah lagi , Esha meratap wajah mamanya mohon pengertian.

"Iya sayang , lepas je keluarga Zafran putuskan pertunangan .Papa buat keputusan untuk lamar adik Ustaz Faritz  jadi suami Esha  ."

"Papa lamar dia jadi suami Esha ?" Ujar Esha lalu ketawa kecil .Lucu pula bila mendengar pihak perempuan yang melamar .

" Yea , dan lagi seminggu akad nikah Esha akan berlangsung ." Tambah Tuan Shah lagi yang membuat mata Esha membulat besar .Nasib baik biji mata tak terkeluar.

"Ya Allah ! Papa , kenapa tak tanya Esha dulu ? " kecewa Esha rasa, bila perkahwinan nya diatur sepenuhnya orang tuanya.Tanpa pengetahuan nya,tanpa persetujuan nya.Siapa yang nak berkahwin ni sebenarnya ?

"Ni yang terbaik untuk Esha ." Luah Tuan Shah .Mama Esha hanya ukirkan senyuman .Esha pula diam bagai terkunci kata-kata .



_

-Assalamualaikum , Haritz kau kat mana ni ? -
Esha menghntar mesej , dah bengkak mata dia menangisi keputusan papanya yang seperti tidak pedulikan perasaaanya .

-Wa'alaikumusalam , yea awak .Kenapa ni , Allah ada bagi kejutan ke ? Kejutan yang mana satu ? -
The Little Caliph membalas.Tahu-tahu je kan .

-Kejutan yang menyedihkan , papa aku nak jodohkan aku dengan lelaki lain lagi -
Dalam tangisan Esha menaip mesej .

-Selalunya pilihan orang tua ni adalah yang terbaik awak .Bila dia jadi suami awak nanti , anggap saja mungkin dia adalah yang terbaik untuk dunia akhirat awak.Awak kena terima dia seadanya sebab Allah yang plih dia untuk awak.-
Haritz tersenyum hambar.Untuk kedua kali dia terlepas peluang untuk meminang Esha . Mungkin dia bukan jodoh saya .Gumam hati kecil Haritz .

- Kuatkan hati awak untuk menerima sebarang kemungkinan.Sebab hidup ni kan memang penuh dengan kejutan. Jangan selalu mengeluh .Allah uji sebab Allah sayang .-
Haritz cuba memujuk hatinya dengan mesej sendiri.Dia kecewa sangat .

-Insha Allah . Terima kasih Haritz(senyum)-


-Awak jangan tinggal solat,rajinkan diri untuk berzikir.Mungkin malam ni kali terakhir saya mesej awak-

-Kenapa, kita boleh jadi kawan lagi kan ? - soal Esha sakit pula hatinya.

-Saya manusia biasa awak , saya ada hati , ada perasaan .Saya tak nak rasa yang tak sepatutnya hadir dalam diri saya .Saya minta maaf kalau selama ni saya sakitkan hati awak. Jaga diri baik-baik,Assalamualaikum-
Air mata Esha mengalir, dia tidak pasti kenapa .Tapi yang dia tahu hati dia sakit .

-Maafkan aku,sebab selalu kurang ajar dengan kau dulu.Terima kasih dengan kata-kata kau yang selalu beri semangat pada aku setiap aku lemah .Terima kasih sangat.-ucap Esha dalam tangisan.Mesej dihantar.

 -Wa'alaikumusalam Haritz -
ucap Esha lagi , bila Esha menekan butang send mesej tersebut sudah tidak boleh dihantar .Rupanya Haritz sudah menyekat Esha .Dan saat itu Esha hanya mampu menangis menahan rasa .Semuanya sudah terlambat.

Betul kata Mak Sue , manusia ni kalau ada orang yang dia sayang di sisi .Dia bagai tak nampak dan tidak reti menghargai .
Tapi bila orang tu sudah berganjak pergi .Baru hati meronta tercari-cari .


Untuk beberapa hari tanpa mesej The Little Caliph sudah cukup membuatkan hati Esha rindu .Ya ! dia merindui The Little Caliph .Tapi dia harus kuat dan teruskan hidup.

'Jangan selalu mengeluh ,Allah uji sebab Allah sayang '
kata-kata The Little Caliph yang selalu Esha ingat .


"Ya Allah kalau rasa ni salah , aku mohon lenyapkan rasa ini Ya Allah .Aku tak kuat , Sesungguhnya kau lah pemilik hati ini yang sebenarnya ,Kau hadirkan lah rasa sayang dan rindu di hati ini pada yang selayaknya. "
Esha menyeka air matanya .Hati yang resah ,solat adalah penenangnya. Dan jujur , Esha dapat rasa ketenangan itu .

_


Dengan sekali lafaz Esha kini sudah menjadi isteri yang sah kepada seorang lelaki yang bernama Muhammad Haritz Ar-Ridwan.Seingat Esha kali pertama dia bertentang mata dengan suaminya itu adalah waktu kenduri di rumah mereka beberapa minggu yang lalu dan ini kali kedua mereka berjumpa.

Pernikahan mereka dilangsungkan di rumah Esha saja.Pernikahan tanpa majlis resepsi yang gah dipenuhi atas permintaan Esha yang terpaksa dituruti papa dan mamanya .Perkahwinan yang sederhana , yang hanya dihadiri saudara mara yang terdekat sudah cukup bagi Esha .Dan Alhamdulillah ,  ia berlangsung dengan meriah.

"Air mandi Esha dah sediakan." Ujar Esha perlahan kepada suaminya yang sedang sibuk menanggalkan butang  baju melayunya.

Esha melangkah ke arah beg  suaminya yang terletak di atas meja soleknya.

"A ..  a , abang ,  " panggil Esha . Esha ni panggil suami dengan panggilan 'abang' pun payah sangat nak sebut .Kata Mak Sue ' Kalau kita dah berkahwin dengan seseorang tu .Kita kena tinggikan martabatnya dalam hidup kita.Salah satunya kita kena lah panggil dia dengan panggilan yang mesra bukan dengan nama.'
Dan sebab tu lah Esha cuba.

"Hmm .. "jawab Ridwan lalu menoleh sekilas ke arah Esha .

"Abang nak pakai baju apa ? " soal Esha perlahan.Tak kan nak teriak pula.Mana boleh biadap dengan suami.

Semua yang terjadi , bagai berlaku dalam sekelip mata ,Siapa sangka lelaki di hadapan nya kini yang menjadi suaminya kan ?

"T-shirt , tapi abang terlupa bawa kain pelikat ."ujar nya perlahan tanpa memandang wajah Esha.

Terharu pula Esha bila suaminya membahasakan diri 'abang' kepadanya.

"Oh , kejap Esha minta dengan Mama dulu ."

"Awak , boleh tolong tanggalkan butang ni dulu ".langkah Esha terhenti lalu menunggu suaminya yang sedang menuju ke arahnya .

"Butang baju ni memang susah sikit nak buka ,sebab lubang dia ni tukang jahit kat butik mama jahit kecil sangat .Esha nak repair tapi tak sempat." Jelas Esha sambil melarikan butang satu persatu .

Dia tahu sebab  mama dia yang terangkan hari tu.Kalau ikutkan hati mamanya tidak mahu Esha mengambil baju sedondon berwarna hijau muda itu .Tapi Esha yang berkeras .Katanya cukuplah calon suami dan tarikh perkahwinan dipilih tanpa persetujuan nya.Baju akad nikah kali ni , dia nak pilih sendiri.

Terasa hembusan nafas Ridwan meniup dahi Esha .Esha dah gelabah semacam .Nasib baik tinggal satu butang lagi .Tangan Esha pun sudah bergegar dek hati yang mula berdegup kencang .

"Okey dah selesai ." Jelas Esha , berpeluh dahinya .Lalu menatap wajah Ridwan .Ridwan cepat-cepat mengalihkan pandangan ke arah lain.Lalu ucapkan terima kasih .

"Esha keluar minta kain pelikat dengan mama dulu ." pinta Esha.Lalu menapak keluar dari bilik mereka.


_

Setelah selesai membersihkan diri , Ridwan melangkah perlahan ke arah kantil Esha ,nampaknya Esha sudah terlena.

Ridwan memakai baju t-shirt serta kain pelikat yang disediakn isterinya tadi.Lalu perlahan merehatkan tubuhnya di sebelah Esha .

Esha dapat merasa selimut yang dipakainya bagaikan ditarik perlahan.

'Ya Allah, apa aku nak buat ni ?  'Desis hati Esha.

 Ridwan membacakan Esha do'a tidur serta diikuti dengan bacaan surah tiga Qul .Lalu mencium dahi isterinya penuh syahdu .

Apalah Esha ni ,suami dia nak bacakan dia doa tidur je pun.
_

Sudah dua minggu Esha bersama dengan Ridwan.Dan Esha akui Ridwan memang seorang lelaki yang baik tapi  suka menyakatnya.Kadang tu merah satu muka Esha gara-gara menahan malu.

Bila Ridwan mengajak Esha untuk pindah ke rumahnya tadi, Esha sedikit berat hati .Tapi isteri kan tempat nya di sisi suami .Jadi Esha terpaksa juga ikut Ridwan.

Masuk saja ke dalam rumah Ridwan ,
Esha mengambil langkah di ruang tamu .Cantik dan teratur susunan perabot rumah Ridwan.Rupanya Ridwan duduk berasingan dengan Ustaz Faritz a.k.a abang ipar Esha , Rayyan pun tinggal dekat rumah Ustaz Faritz juga .Kadang tu kalau Ridwan ada masa dia yang akan ambil Rayyan ke sana untuk bermalam di rumahnya, lepas tu bila dia dah mengajar balik dia akan hantar Rayyan pulang semula ke rumah Ustaz Faritz .

"Yang ni mesti arwah baba dengan arwah umi kan ." soal Esha kepada Ridwan.

Ridwan senyum melihat Esha.

"Iya , gambar tu masa along baru nikah , time tu abang masih belajar .Rayyan pun masih kecil lagi ." terang Ridwan lalu mendekati Esha.

Sebak pula Esha rasa.Tak sangka Rayyan kehilangan ibu dan ayah waktu kecil lagi.

"Saya Adeeva Afsheen Myesha , menantu baru baba dan umi .Esha doakan baba dan umi tenang di sana." ujar Esha yang menimbulkan tawa kepada Ridwan.

"Kalau umi baba masih hidup lagi .Mesti mereka akan bahagia sebab ada menantu yang baik macam awak."ujar Ridwan dengan senyuman ikhlas.


"Papa dan mama pun bahagia sebab ada menantu yang paling baik sekali macam abang ." balas Esha .Semangatnya.Ridwan hanya ketawa.

'Umi , baba .Ridwan bahagia sangat sekarang .Dan Ridwan rindukan baba dan umi sangat-sangat.'air mata Ridwan mengalir.Esha tahu Ridwan rindukan orang tuanya.

Esha hanya mampu memeluk Ridwan,memberi pengertian yang dia tidak keseorangan.


Entah mengapa Esha seolah-olah dapat merasa kerinduan itu.




_

"Kalau nak rehat , Esha naik atas dulu.Sebelah kanan tu bilik kita .Abang nak ambil beg dalam kereta ." Ujar Ridwan dengan senyuman.

"Esha tunggu abang lah"balas Esha , lalu duduk sebentar di atas sofa .

Selesai saja membawa beg semua ke dalam .Ridwan menuju ke arah Esha.
"Abang nak Esha buatkan air ? " soal Esha .

"Tak pe awak .Kita naik atas dulu , rehat sekejap .Lepas tu kita beli barang dapur." Jelas Ridwan .

"Jom ." Pelawa Ridwan lalu mencapai tangan Esha .Dan digenggam erat.Berdebar  hati Esha bukan main lagi.

'Hati ,janganlah buat hal ' desis hati Esha .

"Ni bilik kita , tu almari baju kita .Semua dalam rumah ni milik kita .Semua milik abang adalah milik Esha .Sebab apa ?" Soal Haritz sambil menaik kan keningnya sebelah .

Esha hanya memandang wajah Ridwan.Menanti jawapan.
"Sebab apa ? " soal Esha perlahan .Tapi Ridwan hanya senyum .Lalu menarik Esha dalam pelukan nya .

"Sebab Esha isteri abang.Milik abang ."jelas Ridwan lagi sambil mengeratkan pelukan.Esha hanya diam tidak membalas pelukan itu tapi tidak juga menolak.

"Abang ada nak bagitau something , tapi Esha jangan marah."ujar Ridwan lagi lalu meletak kan dagu nya di atas bahu Esha.

'Tak kan nak cakap sambil berpelukan macam ni .Allah ,' bisik hati Esha lagi.

"Apa dia ? " Esha jadi pendiam sikit bila dengan Ridwan kan ?

"Esha kenal The Little Caliph ? " soal Ridwan sambil meleraikan pelukan . Lalu menggengam kedua tangan Esha sambil merenung wajah Esha yang jelas kebingungan.

"Esha kenal Muhammad Haritz ? " soal Ridwan lagi .Esha jadi tambah bingung .

"Tak kenal sangat , yang Esha tahu The Little Caliph tu , nama sebenar dia Muhammad Haritz .Kenapa ,  Abang kenal dia  ? "Dalam kebingungan Esha memberi penjelasan.Takut pula suaminya salah sangka nanti  .

"

"The Little Caliph tu akaun abang sebenarnya .Muhammad Haritz dan Ridwan adalah orang yang sama." Jelas Ridwan .Esha pula hanya diam .Menunggu penjelasan lanjut dari Ridwan.

"Abang tahu ,yang Zafran dah putuskan pertunangan.Abang rancang nak bagitau along untuk lamar Esha  .Tapi malam tu Esha mesej abang yang papa nak kahwinkan Esha dengan lelaki lain ."jelas Haritz yang tidak lepas dari memandang wajah Esha.

"Abang kecewa sangat malam tu sampai ... " air mata Esha sudah mengalir.Esha tunduk kan pandangan nya ke bawah lantai.

"Sampai abang sekat Esha , " Sambung Esha dengan tangisan.Tanpa mendongak kan wajahnya ke atas.

" Paginya along bagitau ,yang abang akan menikah dengan pilihan dia.Sebab ..." kata-kata Haritz terhenti di situ ..

"Sebab papa dah lamar abang dengan along untuk kahwin dengan Esha ."sambung Esha dengan tawa kecilnya .Air mata Esha tadi Ridwan seka dengan ibu jarinya .

"Masa tu abang sujud syukur.Akhirnya Adeeva Afsheen Myesha akan menjadi milik abang .Abang harap Esha terima abang seadanya."

"Insha Allah abang ," balas Esha dalam tangisan.

"Janganlah nangis.The Little Caliph ada sini kan ." Usik Ridwan ,

"Tak sangka perempuan yang suka cakap kasar tu , jadi isteri abang juga akhirnya ."usik Ridwan lagi .Lalu menarik Esha ke pelukan nya.Nampaknya hobi baru Ridwan sekarang adalah memeluk Esha .

Lega hati Ridwan pabila dia sudah menjelaskan perkara yang sebenarnya.Fikirnya Esha akan marah pabila mengetahui hal yang sebenar , tapi dia bersyukur kerana ternyata Esha dapat menerima semuanya dengan mudah.


"Nasib baik The Little Caliph tu , abang juga .Kalau tak , payah lah abang nak goda isteri abang ni supaya sayangkan abang ." Tak sudah-sudah Ridwan ni mengusik Esha.

"Abang ni ,  " balas Esha lalu mula ingin leraikan pelukan.Ridwan pula malah eratkan pelukan .

"Kenapa ? "Soal Ridwan sambil meletak kan dagunya di atas bahu Esha .Lalu memejamkan mata.

"Abang, Kalau nak tidur kat kantil abang , bukan kat sini ." ujar Esha sambil menyapu kepala Ridwan lembut .

"Ok , 1 minute " pinta Ridwan lagi dengan senyuman.

Esha hanya menggelengkan kepalanya.Suami siapalah ni ?

'Hadirnya tanpa dipinta,
Lalu mengubah diri Esha hanya dengan kata ...

 Namun segalanya tidak akan jadi nyata tanpa usaha serta izinnya Allah,

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas segala , Hamba yang lemah hanya mampu berserah.. '


_


Tiga bulan kemudian ...



" Abang , boleh balik sekejap? " ujar Rayyan di hujung talian .

"Kenapa  ? abang ada kelas lagi ni Rayyan." soal Ridwan pula .

"Kak Esha ,  demam lah abang ." terang Rayyan.

"Dua jam lagi abang balik yea." Ridwan sudah mula menyusun failnya yang tengah berselerak .Dia perlu pulang segera tapi dia kena carikan pensyarah yang boleh ganti tempat dia dulu .


_

"Assalamualaikum Esha , Rayyan .." Ridwan memberi salam .Tapi suara Esha dan Rayyan seperti tidak kedengaran.

"Wa'alaikumusalam abang , Kak Esha ada kat atas tu." Terang Rayyan yang sedang mengambil air minum.

Rayyan,  semenjak Esha serumah dengan Ridwan dia memang dah selalu tidur kat situ.Katanya dia rindukan Esha.

"Kalau abang nak ke atas , abang tolong bawa air ni sekali untuk Kak Esha " pandai budak kecik ni .

"Jom ikut abang naik sekali.Mandi dulu .Lepas tu kita solat asar sama-sama." Ridwan mengambil air minum yang dihulurkann Rayyan lalu mereka sama-sama naik ke atas.



_

"Sayang , " Ridwan mendekati Esha yang sudah terbaring di atas katil.Esha bangun lalu mengambil air minum yang dihulurkan Ridwan kepadanya .

"Sayang demam ni ."ujar Ridwan sambil menyentuh dahi Esha lalu duduk di sisi kantil.

 Selesai minum Esha letak kan gelas tadi ke atas meja di sisi katil mereka lalu baring semula.

"Jom pergi klinik dulu .Sayang larat tak ? " soal Ridwan .

Esha hanya gelengkan kepalanya perlahan .Lalu lelapkan mata.Terasa kepalanya sangat sakit .Tekak nya pun dari tadi pagi lagi rasa mual-mual.

"Kalau macam tu , biar abang suruh Kak Zaurah  yang datang sini lah ,  sayang kena check up ni .Manatau sayang kena demam denggi ke ? " duga Ridwan .

Kali ini Esha mengangguk pula tanda setuju .

"Dah masuk waktu asar ni , sayang larat lagi ke nak solat ? "

Esha mengangguk lagi .Memang dah tak larat nak bersuara .

"Jom , " Ridwan mengangkat Esha hingga ke bilik air lalu membantu Esha untuk mengambil air wudhu.

Ridwan dan Esha menunggu Rayyan siap , setelah Rayyan siap , mereka solat asar berjemaah .



_

"Kenapa dengan  isteri saya Kak Zaurah? " soal Ridwan  sejurus Doktor Zaurah memeriksa isterinya tadi . Zaurah ni kakak sepupu Ridwan .Adik beradik susuan Ridwan juga.

"Tahniah untuk kalian berdua, Esha mengandung .Usia kandungan baru dua minggu."terang doktor Zaurah dengan senyuman.

"Alhamdulillah ."ucap Ridwan dan Esha serentak.Ridwan mengenggam tangan Esha erat .Tidak sangka yang Allah akan memberikan zuriat kepada mereka seawal ini.

 "Jadi akak nasihatkan Esha jangan buat kerja yang berat-berat yea sayang."Pesan doktor Zaurah dengan senyuman.

"Insha Allah , Terima kasih kak ." Balas Esha .

"Esha kena banyak kan makanan sunnah .Dan kena rajin baca Al-quran supaya bayi membesar dalam rahim Esha dengan mendengar surat cinta dari Allah ." Pesan Doktor Zaurah lagi.

"Terima kasih kak , " ujar Esha dengan senyuman bahagia.


"Akak minta diri dulu yea , jaga diri baik-baik ."Esha menyalam tangan Zaurah.Lalu  Zaurah pula memeluk Esha dengan erat sekali.


"Adik , jaga isteri molek-molek "
Pesan Zaurah ,

"Insha Allah , terima kasih kak .Kirim salam dengan abang Nafiz ." Balas Ridwan.

"Insha Allah , Akak pergi dulu yea ,Assalamualaikum " Ujar Zaurah lalu masuk ke dalam perut keretanya .

"Wa'alaikumusalam kak , hati-hati  ."jawab Ridwan dengan senyuman.

 Setelah kereta Zaurah hilang dari pandangan , Ridwan terus masuk ke dalam rumah.




_



"Nanti-nantilah sayang sambung study , sayang kan tengah mengandung lagi ni." Ujar Ridwan , risau pula tengok keadaan isteri dia .

Esha masa mengandung ni alahan memang teruk sangat .Selalu demam , lepas tu badan dah tambah kurus sebab selera makan dah berkurangan. Ridwan pun kadang terpaksa tak hadir kelas yang dia uruskan sebab terlalu risaukan keadaan Esha.

"Kalau Esha berhenti sia-sia lah Esha dah belajar sampai habis sem pertama tu abang ." Ujar Esha perlahan yang tengah duduk di atas sofa di sebelah Ridwan.

Ridwan menyandarkan kepala Esha di atas bahunya.Lalu menggengam tangan kecil Esha.

Esha dan Ridwan dah boleh pegang-pegang .Sebab hubungan dah halal ,tak dapat dosa malah dapat pahala .Korang jangan cemburu pula .Haha


"Sayang , dengar lah apa abang cakap .Nanti bila baby kita dah lahir .Sayang dah habis pantang , dah sihat , sayang sambung study masa tu pun abang akan izinkan ." Pujuk Ridwan perlahan .

Esha ni sekarang tambah kuat merajuk tau.Lepas tu sikit-sikit nangis .Kadang Ridwan pun risau juga , tapi bila dapat nasihat dari Doktor Zaurah ,akhirnya Ridwan faham juga .Lagipun sekarang Ridwan dah  rajin  research dalam google tentang ibu mengandung ni. Sayangnya Ridwan dengan isteri dia kan ?


Tetiba Esha rasa nak makan sesuatu , tapi dia takut permintaan dia menyusahkan Ridwan.Air mata mengalir pula. Sensitif betul ibu mengandung ni.Rasa bersalah pun nangis jadi pilihan.

"Allahu , sayang." ujar Ridwan sambill memusingkan badan Esha ke arahnya .Lalu membawa Esha ke dalam pelukan nya .

"Kenapa ni , Abang ada buat salah ke ? "Soal Ridwan .Memang susah nak faham perasaan  ibu mengandung ni .

Esha hanya gelengkan kepala perlahan, lalu membalas pelukan Ridwan.Ya Allah , manjanya.

"Esha lapar ." Ujar Esha perlahan .

"AllahuAkbar , Ingatkan sayang kecil hati sebab abang tak bagi sambung study  ." Ujar Ridwan dengan tawa kecilnya .Nanti kalau ketawa lebih-lebih Esha merajuk karang susah nak pujuk .Haha

Esha gelengkan kepala.

"Esha minta maaf sebab menyusahkan abang ." pinta Esha dengan tangisan.

"Sayang , mana ada menyusahkan .Insha Allah , untuk sayang abang sanggup buat apa saja." ayat manis Ridwan tu , boleh kencing manis Esha nanti.

"Sayang nak makan apa ? Abang belikan  ."soal Ridwan lalu meleraikan pelukan.

"Esha nak makan nasi lemak .Nak minum air kelapa juga ." Pinta Esha.
Lalu menyandarkan kepalanya di atas bahu Ridwan.

"Tapi air kelapa tu , Esha nak abang beli kat Pakcik yang  menjual depan rumah along tu ." Pinta Esha lagi .

"Yea , abang pergi beli dulu .Sayang tinggal sini eh ," Ridwan perasan yang Esha nangis lagi .Esha ,Esha .

"Sayang janganlah nangis , abang pergi kejap je."pujuk Ridwan lagi .Sambil garu kepala yang rasa tiba-tiba je gatal .Haha

Esha memegang lengan Ridwan erat .Hish , kadang Esha pun tak faham kenapa dia sensitif sangat , sama ada  disebabkan pembawaan bayi ataupun dia sendiri yang mengada-ngada.

"Tapi nasi lemak tu Esha nak abang yang masak untuk Esha." Ridwan menunduk kan sedikit kepalanya untuk memandang wajah Esha yang tunduk memandang lantai , lalu menyeka air mata yang  mengalir di wajah Esha.

'Aduhai , apasal lah isteri saya comel sangat ni ' bisik hati Ridwan lalu senyuman menghiasi bibirnya.


"Habis tu kenapa sayang nangis ? " usik Ridwan .Kalau isteri merajuk tak nak makan baru kau tahu Ridwan.


"Kalau abang tak nak masak ,  tak pe lah .Esha nak rehat .Esha penat ." Ujar Esha lalu melepaskan pautan nya pada lengan Ridwan.

Esha baru nak berdiri tapi Ridwan menarik lembut lengannya  hingga dia terduduk di atas ribaan Ridwan.

"Sayang nak pergi mana ni ? " Esha diam ,tapi air mata pula tak berhenti mengalir.Ridwan ni pun satu , suka sangat mengusik .

'Air mata tolonglah jangan mengalir lagi, ' gumam hati Esha sambil menyeka air matanya.

Terasa lengan Ridwan mengeratkan pelukan pada pinggangnya

" Abang lepaslah."pinta Esha.

"Abang gurau je lah sayang , abang pergi pasar beli bahan-bahan masakan dulu , beli air kelapa sekali untuk sayang .Sementara tu sayang makan lah dulu bubur ayam yang abang masak tadi .Nanti sayang sakit kalau tahan lapar ."

"Tak pe lah , menyusahkan abang je nanti .Abang lepaslah , Esha nak tidur."balas Esha pula .

Ridwan terpaksa lepaskan pelukan. Esha terus berdiri lalu naik ke atas tanpa menoleh ke arah Ridwan.

Menyesal pula Ridwan mengusik Esha tadi.Ridwan mengambil langkah ke
dapur lalu memanaskan bubur ayam yang dimasaknya tadi.Selepas itu Ridwan membancuh segelas air susu kambing untuk Esha.


_

"Sayang , bangunlah.Abang dah panaskan bubur ayam kegemaran sayang ni." Esha hanya diam .Lalu membelakangi Ridwan.

"Abang minta maaf, abang gurau je lah tadi.Sayang makan eh ,abang suap ." Pujuk Ridwan lagi lalu menarik bahu Esha perlahan agar menghadap ke arahnya.

"Tak pe ,menyusahkan abang je , "

"Sayang , abang tak suka sayang cakap macam tu .Sayang sikit pun tak menyusahkan abang .Abang minta maaf okey , " Ridwan menyeka air mata Esha .Memang banyak sangat Esha mengalirkan air mata hari ni.Rasa bersalah mula mencengkam diri Ridwan.

"Makan lah sikit , abang suap ." Ridwan membaca do'a makan lalu perlahan menyuap Esha .Senyuman terukir di bibir Ridwan bila Esha mula membuka mulutnya sedikit .


"Alhamdulillah.Lepas ni abang masak kan sayang nasi lemak yang paling sedap untuk sayang ." Esha hanya diam .Tak tahu nak cakap apa.


_

Tiga sudu saja Esha dapat makan, katanya dia sudah kenyang .Ridwan dah paksa untuk makan lagi , tapi Esha yang dah betul-betul menolak .Akhirnya Ridwan mengalah juga.

Ridwan menghulurkan tiga biji ubat dan segelas air susu kambing tadi kepada Esha.Esha menyambut huluran Ridwan lalu  memakan ubat itu dan meneguk air susu tadi sehingga habis.

"Alhamdulillah , sayang rehat dulu okey , abang nak ke pasar sekejap ." Ujar Ridwan dengan senyuman .

"Abang , " Ridwan menoleh kembali ke arah Esha lalu duduk bersila di hadapan Esha semula.

"Kenapa ,  Sayang ada nak makan apa-apa lagi ? " soal Ridwan lembut sambil menatap wajah Esha.

Esha gelengkan kepalanya .

"Esha minta maaf , Esha tak tahu kenapa Esha sekarang ... "

Belum lagi Esha sempat menghabiskan ayatnya  ,Ridwan sudah menarik perlahan tubuh Esha ke dalam pelukan nya.

"Tak pe abang faham , abang yang sepatutnya minta maaf." Ridwan meleraikan pelukan lalu mengusap wajah Esha lembut.

"Esha sayang abang, "ucap Esha dalam tangisan.

Ridwan rasa lapang hati pula bila Esha sudah tidak merajuk.

"Abang lagi sayangkan Esha . "Balas Ridwan lalu mencium dahi Esha dengan penuh kasih sayang.

'Ya Allah Engkau lindungilah isteri ku serta bakal zuriat kami ini dengan kasih sayangMu , ' bisik hati Ridwan.


"Sayang rehat okey , abang bersiap dulu ." ujar Ridwan.Sambil berdiri ,

"Biar sayang sediakan baju untuk abang ya , " Ujar Esha lalu bangun dari kantil dan menuju ke almari.

Ridwan nak menolak sebab dia nak Esha rehat saja tapi takut isteri dia terasa hati lagi .Jadi seeloknya dia ikutkan saja.


"Terima kasih sayang ," ucap Ridwan lalu mengambil pakaian yang dihulurkan Esha.

"Sama-sama abang , " balas Esha dengan senyuman.


Setelah selesai bersiap Ridwan meminta izin isterinya ,

"Abang pergi dulu , sayang jaga diri dan baby kita baik-baik ." Esha hanya mengangguk lalu senyum .

"Jaga baby Rayyan kita juga ." Ujar Ridwan yang meletuskan tawa Esha.

"Insha Allah abang , abang ni macam nak pergi lama pula , sekejap je kan ." Balas Esha lalu menyalam tangan suaminya. Ridwan mencium dahi Esha.

Selepas memeluk isterinya kejap dia mencapai dulang makanan isterinya tadi lalu mula melangkah ke bawah ,


Dengan lafaz basmalah Ridwan mula memandu keretanya keluar dari perkarangan rumah mereka.

_



Esha menutup matanya , menikmati sang angin yang meniup wajahnya .Perut yang membulat Esha usap penuh kasih sayang .Sungguh dia amat bahagia .Lalu nikmat Allah yang mana lagi kah yang dia dustakan ?


Terasa bayinya aktif bergerak di dalam kandungan nya .Esha mengukirkan senyuman .Ini lah keistimewaan seorang ibu.


Telepon bimbit suaminya berdering di dalam bilik .Esha masuk ke dalam untuk menyambut panggilan .

'Mungkin abang belum habis mandi lagi ni .' desis hati Esha .


"Haritz , sayang awak dah janji nak jumpa saya kan ? " suara seorang perempuan kedengaran manja di hujung talian .

"Assalamualaikum , siapa ni ? " soal Esha perlahan .Esha memegang dadanya .Rasa cemburu mula membuak .Entah perempuan mana yang suaminya ingin jumpa.

"Haritz mana ? " soal perempuan itu seperti marah .Tanpa menjawab salam Esha.

"Awak siapa nak cari suami saya ? " suara Esha sudah sedikit meninggi .

Namun pertanyaan Esha tiada jawapan , beberapa saat kemudian perempuan itu matikan talian.

Sebelum ini Esha tak pernah melihat mesej Ridwan .Tapi kali ini perasaan nya sangat ingin tahu siapa perempuan yang memanggil suaminya dengan panggilan 'sayang ' tadi .



_

Selesai mandi Ridwan mencari bayang Esha di bilik tapi tidak kelihatan .Dia memakai pakaian .Lalu turun ke bawah .Mungkin Esha ada di bawah.


Esha melihat Ridwan sudah menghampirinya .
"Sayang buat apa ni ? "soal Ridwan lalu duduk di atas kerusi yang berada di dapur mereka .

Esha hanya diam , rasa sakit hatinya tadi masi tersisa .Dia tahu Ridwan satu pun tiada membalas mesej perempuan itu , tapi hatinya tetap sakit .Dia cuba ukirkan senyuman ,lalu cuba untuk bersangka baik .

"Kenapa ni , sayang tak sihat ? " soal Ridwan sambil berdiri lalu menuju ke arah Esha yang sedang sibuk mengupas kulit pisang .

Esha hanya menggeleng kan kepalanya perlahan .

"Kenapa ni ? " soal Ridwan lembut sambil berdiri di sisi Esha .

"Tak de , Esha nak masak pisang cheese , abang kata tadi abang nak makan kan ? " soal Esha .

Dia tidak mahu membuat andaian sebelum mengetahui hal sebenar. Lagipun dia tahu suami dia tidak akan berlaku curang dengan nya.

" Ha'ah , "teragak-agak Ridwan menjawab soalan Esha .

"Tapi abang nak keluar sekejap ,boleh ? "soalan itu tambah membuat hati Esha berdebar.

Dia takut yang Ridwan memang sudah berpaling darinya.

"Abang nak ke mana ? " soal Esha perlahan.Lalu mengambil tepung di dalam kabinet .

"Abang , " perkataan Ridwan tersekat di situ .

Esha mendongak kan wajah nya .Melihat kejujuran di mata Ridwan.

"Abang nak ambil Rayyan , " jelas Ridwan lalu mengalihkan pandangan ke arah lain .

Esha diam , dia tahu suami dia ada menyembunyikan sesuatu .

_

"Assalamualaikum kak Esha , " Kedengaran suara Rayyan memberi salam .Esha bergegas ke luar.

"Wa'alaikumusalam sayang .Eh , Kak Long pun ada sekali .Jemput masuk kak ."

"Assalamualaikum sayang , " ujar Athiyyah lalu memeluk Esha erat , ni isteri Ustaz Faritz lupa nak bagitahu nama dia hari tu.

"Wa'alaikumusalam akak , eh abang Ridwan tak ada singgah kat rumah along ke ? " soal Esha cuba menahan rasa sedih yang berkunjung.

Rayyan pula terus naik ke atas , katanya belum solat maghrib lagi.

" Tak de pula Sha,  " terang Athiyyah dengan senyuman lalu duduk di atas sofa.


" Rayyan nak tidur sini , katanya dia rindukan Esha tu yang Abang Faritz suruh hantar dia ke sini.Lagipun sekolah cuti dua minggu." ujar Athiyyah lagi.

"Oh , macam tu .Kejap ye kak , Esha nak ambil minuman  dulu." pinta Esha.

"Tak paya bawa sini, kita minum sama-sama dekat dapur je lah ." ujar Athiyyah lalu mengikut langkah Esha dari belakang.

_


Ridwan menghampiri tubuh Esha yang sudah lena di atas kantil .Selalunya jam begini Esha masih berjaga lagi .Tapi kali ni awal pula Esha tidur.

Ridwan mula membacakan doa tidur dan surah tiga Qul untuk Esha lalu mencium dahi Esha , yang mana selalu dilakukannya setiap malam bila Esha sudah ingin tidur.


Selepas itu Ridwan mengambil tuala yang disangkut di dalam almari ,lalu masuk ke bilik air.

Esha mengintai langkah Ridwan yang sudah selamat masuk ke dalam bilik air.

'Sampai hati abang tipu Esha ' bisik hati Esha .Esha cuba lelapkan mata ,akhirnya dalam tangisan dia terlena.



_

Solat subuh tadi .. bila Esha kata dia ingin kejutkan Rayyan ,  Ridwan memang terkejut habis .Esha fikir selepas itu Ridwan akan menjelaskan segalanya.Tapi malangnya Ridwan hanya bersahaja seolah-olah tiada apa.


"Kenapa kau ni Ash , ada masalah ke ?"soal Maira kepada Esha yang dari tadi asyik mengelamun je .Ni memang kes frust lagi ni.


Maira asal cuti memang tak sah kalau tak jumpa Esha.Ni sebab belum kahwin lagi , kalau dah kahwin mungkin ingat Esha pun tak dah.Ish,cubalah bersangka baik.Korang ni.Haha


"Kak ,ana pergi bina istana pasir dulu .Boleh ? " soal Rayyan yang menghentikan perbincangn Maira dan Esha seketika.

" Boleh , tapi jangan main jauh-jauh ." mendengar jawapan dari Esha  , Rayyan terus melangkah pergi ke tepi pantai.Semangat pula Rayyan ni.


"Tak de apa Mai , dunia di memang penuh dengan muslihat ,  " ujar Esha lemah,  kepalanya yang terasa berat dia sandarkan di atas bahu Maira.

"Kenapa ni , cuba kau cerita kat aku ." pujuk Maira .Risau pula dia dengan bff dia ni .

"Kenapa dia harus tipu aku ?   ." luah Esha , kali ni air mata sudah mengalir.

"Aku tak faham lah Ash , " bingung pula Maira.

"Siapa yang menipu ni , cuba cakap .Aku memang dah lama tak tumbuk orang ni ." apalah Maira ni tak berubah langsung .

"Kau ni kan Mai .Tak pe , lupakan je." Esha pejamkan mata.Dia memang nak meluah tapi fikirnya tidak baik jika dia menceritakan masalah rumah tangganya kepada orang lain.Dia tahu Maira boleh dipercaya , tapi  mungkin bukan ini masanya.

"Kau ni buat suspen orang je lah .Dah lah tu.Tak elok ibu mengandung nangis-nangis ni ." usik Maira.

Maira menyeka air mata Esha , lalu memeluk bahu sahabatnya itu.

"Aku tak tahu apa yang ganggu fikiran kau sekarang , Tapi aku tahu kau kuat ." ujar Maira , hatinya memang risau .Bila Esha banyak berdiam ni , ertinya Esha terluka sangat .Dia kenal Esha .

Maira memang ingin bertanya apa yang menggangu fikiran Esha tapi dia cuba bagi masa untuk Esha berfikir sulu .Dia tahu bila Esha dah bersedia Esha pasti akan cerita .


_


"Puan Esha ,datang juga awak rupanya.Kata , percaya dengan suami ." kalau ikutkan hati Esha , nak saja dia terus bagi penyepak.Tapi memandangkan tahap kesabaran dia masih ada , jadi mulut perempuan tak ada insuran  ni kira beruntung lah juga.

"Saya Nurina , " dia cuba perkenal kan diri , tapi Esha memang dah tak boleh tahan duk lama depan dia dah .

" Saya tak nak awak berputar belit .Terus terang apa yang awak nak sebenarnya ? "

"Saya dan Haritz dah rancang nak kahwin.Dan mungkin tak lama lagi Haritz akan tinggalkan awak.Sebelum dia tinggalkan awak macam sampah lebih baik awak undur diri ." ujar perempuan itu dengan senyuman sinis.

"Itu je yang awak nak cakap ? " soal Esha sinis.Buang masa Esha je layan perempuan kurang waras ni.

"Kalau awak tak nak menyerah ,saya tetap nak kahwin juga dengan Haritz .Saya cintakan Haritz dan saya rela bermadu ." terang perempuan itu sambil menatap wajah Esha dengan tajam.

Esha hanya diam , masih ada rupanya wanita dalam dunia ni yang sanggup menyakiti hati wanita lain .

Nurina hulurkan beberapa keping gambar , Esha hanya gelengkan kepala .Dia memandang wajah Nurina .Wanita ini memang tidak punya perasaan.


"Saya tak kan tertipu dengan gambar ni semua .Saya percaya suami saya macam mana.Saya isteri dia ,  saya tak kan menyerah ." Esha ukirkan senyuman lalu dengan qudrat yang ada dia mula berdiri.Dia tidak mahu kelihatan lemah di mata wanita itu .Dia harus kuat.

"Dan saya rasa awak yang patut undur diri.Jangan sampai terperangkap dalam penipuan yang direka sendiri.Sebab mungkin masa tu awak akan jatuh hingga tak mampu nak bangkit kembali."perli Esha lalu terus meninggalkan perempuan itu .

Mendengar pengakuan wanita itu hati Esha hancur .Melihat gambar itu hati Esha sakit .Ya! dia sakit .Tapi dia harus berjuang demi Allah , demi anak mereka yang akan lahir.


_

Ridwan perasan kebelakanga ni yang Esha memang banyak berdiam .Dia tidak tahu apa yang mengganggu fikiran Esha.Bila dia bertanya kenapa .Esha hanya diam.


"Sayang , dah minum ubat ? " soal Ridwan lalu baring di sisi Esha .

Ridwan melihat kaki Esha .Tak pakai stoking lagi .Memang degil lah Esha ni lepas tu mengadu sakit lah kaki  kejang lah.

Ridwan melangkah ke almari mencari sepasang stokin .Lalu mencapai minyak sapu ibu mengandung yang Esha letak kan di atas meja soleknya.

" Sayang ," Esha hanya diam lalu membelakangi Ridwan.

Dia nak lupakan apa yang dia nampak tadi , dia nak lupakan apa yang dia dengar tadi.Tapi bila melihat wajah Ridwan kesakitan itu bagai menusuk-nusuk hatinya .

"Sayang kenapa ni , abang ada buat salah ke? Cuba sayang  bincang dengan abang." Ridwan menarik bahu Esha agar menghadapnya.

Air mata Esha cuba tahan sekuatnya.Dia tidak mahu menangis lagi.Dia sudah penat .Dia sudah lelah.

"Esha nak rehat abang ,Esha penat ." Ridwan memandang wajah isterinya yang sedang memejamkan mata.

Perlahan dia menyarungkan stokin di kaki Esha.
"Jangan nak tanggal stokin ni , nanti kaki kejang lagi ." pesan Ridwan ,sebab dia tahu dalam beberapa jam lagi hilang lah stokin tu  Esha lepaskan.

" Abang sapukan ubat untuk sayang ya , " ujar Ridwan lagi lalu menyelak baju Esha ke atas hingga menampak kan perut Esha yang sudah semakin membulat .Esha hanya biarkan Ridwan mengurut perutnya.

Dalam mata yang terpejam air mata Esha mengalir , hatinya tersentuh bila Ridwan membelainya tapi dalam masa yang sama dia terluka.

Bermacam-macam soalan yang bertakhta di fikiran nya tapi ,dia tidak mampu untuk bertanya.Dia takut jawapan Ridwan akan tambah menyakitkan hatinya.Kerana demi Allah , dia sangat sayangkan Ridwan , dan dia takut kehilangan.





_

Ridwan tersenyum melihat senyuman Esha , memang payah juga nak ajak jalan sekali dengan dia hari ni .Tapi Alhamdulillah , akhirnya Esha setuju juga.


'Comelnye , ' gumam hati Esha , baju berwarna merah jambu di hadapan Esha memang menarik perhatiannya.


"Sayang , abang ada nampak baju baby yang comel .Jom , " ajak Ridwan.Esha hanya mengikut langkah Ridwan.

Terlihat di wajah Ridwan memang agak kecewa bila Esha menarik tangan nya perlahan dari genggaman.Dia tidak tahu mengapa Esha tiba-tiba berubah.Fikir Ridwan mungkin juga kerana pembawaan bayi .Dan kerana itu dia hanya mampu bersabar.

"Hey , Haritz awak seorang je ? " sapa seorang perempuan mengejutkan Esha .Dengan pantas Esha alihkan pandangan.Hati dia jadi sebal.Bila melihat senyuman sinis perempuan itu

"Tak , dengan wife saya ." jawab Ridwan dengan senyuman.

"Eh , kenalkan wife saya Esha , " ujar Ridwan lagi.

"Sayang kenalkan ni Nurina , kawan universiti abang dulu ." Nurina hulurkan tangan untuk bersalam lalu Esha sambut dengan teragak-agak .Apa semua ni ? Esha jadi buntuh.

" Sayang tunggu sini kejap , abang ada nak discuss sikit dengan Nurina ." Esha hanya mengangguk.Lalu Ridwan
pergi dengan Nurina.Entah pergi mana Esha memang tak nak ambil tahu.

_

Esha dah lama menunggu , akhirnya dia buat keputusan untuk tunggu dalam kereta saja.Dia dah penat berdiri.Dan sekarang ni dia sangat-sangat lapar tapi disebabkan menunggu Ridwan yang tak sampai-sampai akhirnya selera dia dah hilang.


"Mana abang ni ? Kata nak bincang sekejap je ." Desis hati Esha. Esha hidupkan audio zikir dalam kereta.Lalu memicit-micit kakinya yang terasa kejang. Lebih baik tenangkan rohani sekarang daripada bersangka buruk yang akhirnya hanya menyakitkan diri sendiri.


Tiga puluh minit kemudian, baru batang hidung Ridwan kelihatan.


 "Sayang ada kat sini rupanya , puas abang cari ." Ujar Ridwan lalu menutup pintu kereta.

"Kata sekejap je ,penat Esha tunggu .Kenapa abang tak call Esha je ? " ujar Esha .Esha kesal dengan Ridwan , sanggup Ridwan lupakan dia di situ , kalau Esha tak terfikir nak tunggu dalam kereta, mungkin dah patah kaki kot .Terlebih pula kan. Huhu

"Nurina tiba-tiba sakit kepala , jadi abang gelabah sangat ."

"Sampai lupa isteri sendiri.Abang tahu Esha belum makan lagi kan .Esha dari tadi tahan lapar sebab tunggu abang ." Hidung Esha dah merah kerana menahan tangis.

"Sayang ,abang minta maaf. Jom makan dulu ." pujuk Ridwan yang memang sudah hilang kata.

"Abang memang dah tak sayangkan Esha dah ." Ujar Esha ,air mata yang ditahan pun akhirnya mengalir juga.Kesian ibu mengandung ni asyik makan hati saja.

"Sayang , kenapa cakap macam ni .Abang sayangkan sayang lebih dari abang sayangkan diri sendiri tahu , "Ridwan cuba mencapai tangan kecil Esha.

"Esha nak rehat , " ujar Esha ringkas.Lalu menarik perlahan tangannya dari genggaman Ridwan.

"Maafkan abang sayang , "ujar Ridwan penuh kesal dia  memang betul-betul menyesal.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah , Esha hanya mampu menangis dalam diam .Fikirnya Nurina lagi penting berbanding dia isteri Ridwan sendiri.Dia tahu dia tidak boleh pentingkan diri sendiri , tapi semakin fikiran itu dia tolak ke tepi ,  semakin dia rasa sakit.


_


Sampai saja di rumah ,Esha terus ke dapur .Dia tak ada selera , tapi dia kena makan juga .Kesian baby dalam kandungan nya yang tak bersalah apa-apa.

Ridwan memeluk Esha dari belakang.Esha hanya diam.

"Abang minta maaf ,abang nak call sayang tadi tapi phone abang low battery , abang nak terus pergi saja .Tapi Nurina kata tunggu abang sepupu dia datang dulu .Sebab takut dia pengsan nanti kat situ  " panjang lebar Ridwan memberi penjelasan. Esha cuba bergerak tapi  tersekat bila Ridwan tiba-tiba eratkan pelukan.

Akhirnya Esha lemah , air mata mengalir lagi.

"Saya dah lapar , baby pun dah lapar.So , please let me go." Pinta Esha dalam tangisan.


Akhirnya Ridwan leraikan pelukan.Dia tahu semua memang salah dia.Dia tak patut tinggalkan Esha begitu saja.Tapi semua sudah terlambat.Perkara dah jadi dan untuk putar masa kembali itu adalah perkara yang memang mustahil.Sangat-sangat mustahil .

_

"Kalau abang nak ikut ,abang pergi mandi dulu .Esha nak sediakan sarapan." bengang pula Esha dengan kedegilan Ridwan.Esha dah  kata dia boleh pergi klinik sendiri .Tapi Ridwan yang degil ingin ikut sekali .Kalau dulu dia memang suka kalau Ridwan selalu ada, tapi sekarang dia masih marah lagi okey .Haha

"Terima kasih sayang , " Ucap Ridwan lalu tersenyum manis.

Itulah Esha , walaupun hati dia terluka. Tetapi makan minum pakai Ridwan tak pernah terabai.Walaupun jiwa merana tetapi tanggungjawab seorang isteri Esha tidak pernah leka.


_

Turun dari kereta , Ridwan terus mencapai tangan Esha.Hujung minggu macam ni memang selalu ramai orang .Dalam keadaan Esha yang sedang mengandung itu yang merisaukan Ridwan.

Tapi Esha cuba menepis ,
"Sayang , hujung minggu ni ramai orang.Nanti kalau kena langgar macam mana ?  " soal Ridwan ,

"Esha boleh jaga diri sendiri , "jawab Esha lalu terus melangkah pergi.

Ridwan mengejar Esha lalu terus mengenggam tangan Esha dengan erat.

"Abang apa ni ? "soal Esha geram sambil mencuba untuk menarik tangan nya dari genggaman Ridwan.Tapi Ridwan malah tambah kuatkan genggaman.Esha hentikan langkah.Lalu menghadap ke arah Ridwan.

"Abang tahu sayang marahkan abang .Tapi tolong jangan degil sayang.Just let me protect you ." Esha jadi kelu ,tatapan Ridwan membuat hatinya tersentuh .Akhirnya Esha mengalah  dan hanya senyapkan diri hingga sampai ke klinik Doktor Zaurah.



_

"Ridwan mari ikut akak , i have to tell you something ." ujar Doktor Zaurah .

"Esha ?" soal Ridwan ,bingung .

"Dia masih dalam pemeriksaan lagi .Sementara tu mari ikut akak dulu."
terang Zaurah.

"Tak pe ke tinggalkan Esha kat sini ? " soal Ridwan lagi.

" Ya Allah Ridwan , jururawat tengah buat pemeriksaan.Tak pe lah .Esha tak kan hilang punya ." usik Zaurah dengan tawa kecilnya.

"Oh , baiklah ." ujar Ridwan juga turut ketawa kecil.Ter over caring lah pula kan . Haha

Ridwan berdiri dari tempat duduknya.Lalu mengikut langkah Zaurah.



_

"Kebelakangan ni ,ada apa-apa yang menganggu fikiran Esha ke ? " soal Zaurah serius.

"Saya tak tahu kak , tapi kebelakangan ni dia banyak berdiam." terang Ridwan.

"Ridwan kena jaga hati Esha baik-baik.Ibu mengandung ni hati dia cepat tersentuh , cepat terasa.Akak dah pesan hari tu kan."Ridwan mengangguk.

"Blood pressure Esha tak stabil.Mungkin sebab stress.Usia kandungan Esha sudah lima bulan .Akak takut ,dia tak boleh nak deliver secara normal nanti.So i want you to take care of her."pesan doktor Zaurah lagi.Ridwan mengangguk kan kepalanya tanda faham.

"Jaga pemakanan dia juga, akak tak nak bagitau semua ni dengan dia.Sebab takut dia tambah stress nanti."Terang Zaurah lagi.


"InshaAllah kak ,terima kasih ."

"Sama-sama.Ridwan pun sama juga, kena jaga kesihatan."Ridwan senyum lalu mengangguk.

Setelah selesai berbincang dengan Zaurah , Ridwan menjenguk Esha.
Kelihatan Esha sedang tidur.Wajah lemah Esha disentuh penuh kasih sayang.


_


"Abang , " panggil Esha ,lalu duduk di atas sofa.Di sebelah Ridwan.

"Esha nak tidur rumah papa dan mama malam ni , boleh ? " soal Esha .Rindu pula Esha nak pulang sana.

"Boleh , nanti kita sama-sama pergi sana." jawab Ridwan.


"Sayang ,abang betul-betul minta maaf pasal hari tu .Abang dengan Nurina... "Ridwan menarik nafas panjang untuk meneruskan kata .


"Abang ada perkara yang abang sembunyikan dari Esha kan ? " soal Esha.Kali ni perasaan ingin tahu seperti membuak-buak dalam diri Esha.

"Siapa Nurina tu sebenarnya ? " mendengar soalan Esha,Ridwan terus terdiam.

"Kenapa abang diam ? "soal Esha dengan nada suara yang sedikit serak.

"Nurina , kawan abang .Sayang tahu kan ? " jawab Ridwan .

Esha ketawa kecil mendengar jawapan Ridwan.

"Esha tak nak cakap buruk pasal dia  , tapi kalau abang sayangkan Esha .Esha tak nak abang jumpa dia lagi."terang Esha lalu ingin melangkah naik ke atas.

"Sayang ,abang dan Nurina tak ada hubungan apa-apa."ujar Ridwan sambil menghalang Esha dari terus melangkah.

"Tapi Esha tetap tak suka abang jumpa dia ."bantah Esha.

"Okey sayang , But why ? " soal Ridwan sambil merenung ke anak mata Esha.

Esha diam lagi.Tak guna dia bercakap dengan Ridwan yang seperti bermain tarik tali dengan nya.

"Sayang , please trust me ." Ridwan sudah memeluk Esha dari belakang.

"Abang .Let me go." pinta Esha.

Ridwan lepaskan Esha.Lalu memusingkan badan Esha menghadapnya.Esha hanya tunduk kan pandangan.

"Okey , Abang tak kan jumpa Nurina dah."ujar Ridwan .Lalu menyeka air mata Esha.Ridwan tidak tahu apa sebab Esha tidak mahu dia menemui Nurina lagi.Tapi demi Esha dan bayi mereka Ridwan terpaksa akur.Dia tidak mahu Esha sedih lagi.Apatah lagi disebabkan Nurina.


_

"Nurina ,apa maksud mesej dan gambar semua ni ? " soal Ridwan.Ridwan dah faham sekarang.Rupa-rupanya Nurina pura-pura saja selama ni.Ingatkan dah berubah ,rupanya dalam diam dia meracun fikiran Esha.Tak hairanlah kenapa akhir-akhir ni Esha sudah berubah.

"Apa ni ? Haritz saya tak faham."Nurina cuba berdolak dalih.

"Saya rasa saya tak perlu jelaskan apa-apa.Semua ni kerja awak kan ? " soal Ridwan dengan tenang.

Wajah Nurina terus tiba-tiba berubah.Dia terus duduk menghampiri Ridwan.

"Nurina , dont touch me !"

Esha yang dari tadi mengekori Ridwan .Memang sudah ingin berganjak tapi bila mendengar suara Ridwan sudah sedikit meninggi .Dia terus mendekat lagi ke arah meja Ridwan.Dia ingin tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku.

"Astaghfirullahalazim , " Ridwan mengurut dahinya.Dia memang betul rasa sakit kepala dengan sikap Nurina.Nurina menjauh kembali.Rasa takut mula bertandang.

'Kenapalah Haritz boleh tahu ni.Tak guna betul.' desis hati Nurina.

"Saya nak awak minta maaf dengan Esha atas semua ni.Dia langsung tak bersalah."ujar Ridwan yang kembali dengan nada suara yang serius.

"Sayang , saya buat semua ni.Sebab saya sayangkan awak .I love you Haritz."

"Nurina , saya dah ada isteri.Dan saya cintakan isteri saya sangat-sangat.Tolong , jangan ganggu hidup kami."Ridwan cuba menahan amarah.Nanti tak pasal-pasal roboh iman yang dibina selama ini.

"Saya akan buat apa saja untuk dapatkan awak." berani mati Nurina ni.Ridwan memandang wajahnya.

"Awak cuba buat , saya tak kan teragak-agak untuk laporkan perbuatan awak kepada mahkamah syariah."ugut Ridwan pula.Nurina memandang Ridwan terkejut.Dia ingat orang baik macam Ridwan ni tak sanggup nak dakwah dia kot .

"Perbuatan fitnah ni dosa besar , menghancurkan rumah tangga orang adalah perbuatan terkutuk.Awak kembalilah ke jalan Allah ."ujar Ridwan lagi.Dia tahu perbuatan Nurina sudah melampau.Dan kesabaran dia pun sudah hampir tergugat tapi , apa erti kesabaran kalau sedikit ujian jasad sudah meroyan.

"Tapi saya cintakan awak ." bantah Nurina lagi.


"Awak , cinta awak ni cinta yang penuh noda.Ni bukan cinta tapi nafsu."ujar Ridwan lagi.Dia melihat Nurina sudah alirkan air mata.

"Saya tak boleh hukum awak , walaupun perbuatan awak ni dah menyebabkan hati wanita yang saya sayang terluka sangat-sangat."Terang Ridwan lagi.

Nurina jadi cemburu dengan Esha.Memang Esha seorang wanita yang beruntung kerana ada Ridwan sebagai suaminya .

"Allah adalah sebaik-baik Penghukum.Dan saya harap awak sedar dengan apa yang awak dah buat ni." pesan Ridwan lagi lalu terus berlalu pergi.

Ada perkara lebih penting yang dia harus selesaikan.Dia tak nak Esha terus memendam rasa.Sudah cukup bagi Ridwan Esha merasa tertipu dengan nya.Kali ini dia ingin Esha yang dulu kembali , kembali ke pangkuan nya.Sesungguhnya dia merindui Esha .Segala-galanya tentang Esha.Dasyat nya rasa rindu Ridwan untuk Esha kan?



_


Esha duduk lemah di tepi katil.Kepalanya terasa seperti berdenyut , tiba-tiba pandangan matanya kabur dan selepas itu dia sudah tidak tahu apa yang terjadi.


Ridwan yang baru pulang terkejut melihat Esha yang sudah pucat terbaring di atas katil.Ridwan mencapai telepon bimbitnya lalu terus menghubungi Zaurah.
Beberapa minit kemudian Zaurah sudah tiba.

Sebelum Zaurah minta izin balik selepas merawat Esha tadi , memang habis telinga Ridwan kena cuci. Macam-macam pesanan yang Zaurah tinggalkan.Ridwan hanya mampu mengangguk kan kepalanya tanpa suara.



"Sayang ,maafkan abang ." ujar Ridwan separuh  berbisik.Dia rasa bersalah sangat-sangat.Tak sangka Esha memendam luka yang dalam di hatinya .Ridwan memandang wajah Esha yang sedang tidur.Lalu mengucup dahi Esha .


Esha sedar Ridwan membelainya dengan kasih sayang.Dia menyesal kerana melayan Ridwan dengan dingin selama ini.Dia ingin meminta maaf , tapi mungkin bukan saat ini.Biarlah dia merasai kehangatan pelukan dan belaian Ridwan.Biarlah dia terlena dalam hati yang tenang
malam ini .Sesungguhnya dia rindu.


'Ya Allah , aku bersyukur kerana Engkau berikan petunjuk di saat semuanya masih ada waktu .Untuk aku meminta ampun atas segala dosa-dosa ku kepada suamiku.Ya Allah , Sesungguhnya Engkau Maha Memberi Ketenangan.Izinkan aku berbahagia di dalam rahmatMu '

Ridwan ukirkan senyuman , terasa Esha membalas pelukan nya.Dia tahu walaupun Esha terluka, tapi Esha tidaklah sekeras mana.Buktinya walau kata percaya hampir musnah tapi dia  terus setia tanpa dipinta.


"Assalamualaikum sayang .. " ujar Ridwan.Kali ini dia ingin jelaskan segalanya.Sedikit debaran menyerbu jiwanya.Tapi dia harus kuat.

"Wa'alaikumusalam abang , selamat pagi."Ucap Esha yang tengah menggosok baju Ridwan .Tapi si Ridwan pula sibuk memeluk dari belakang .

"Abang ,macam mana Esha nak gerak ni ? " soal Esha lembut.Pagi ni mood bagus tahu. So , Encik Muhammad Haritz Ar-Ridwan mohon jangan buat hal dulu.

"Kejap lah , "

"1 minute ? " perli Esha lalu ketawa kecil.

Esha letak kan iron baju ke tepi.Lalu pusingkan badan memeluk Ridwan .Ridwan pun terkejut.Bukan masih marah ke ? huahuahua  ..

"Abang , "panggil Esha perlahan.

'Wanginya Encik Suami ,'desis hati Esha .Sempat lagi kan ?

"Hmm ,kenapa ni ? " soal Ridwan lalu mengemaskan pelukan.Tadi dia terlalu rapatkan pelukan.Nanti baby tersepit.Haha.Kesian baby kan.

"Esha , rindukan abang ."luah Esha .Ridwan senyum.Terharu lah tu.Boleh ke tunda esok je misi berterus terang ni.Haha

"Abang lagi rindukan sayang .Sangat-sangat ." balas Ridwan sambil senyum kalau boleh dah nak sampai telinga dah.

"Esha nak minta ampun dengan abang.Sebab selama ni Esha layan abang dengan teruk." ujar Esha .

"Sayang mana ada salah .Sayang layan abang dengan teruk buat abang lagi tambah sayang." mula dah sesi mengusik si Ridwan.

"Abang yang patut minta maaf .Abang ..." belum habis Ridwan mengatur kata.Esha sudah memotong.

"Esha dah tahu semuanya.Esha ekori abang masa abang jumpa Nurina hari tu.Esha minta ampun abang .. "pinta Esha lagi dalam tangisan.Ridwan jadi kelu ,tak sangka yang Esha ada masa dia jumpa Nurina.

"Kenapa sayang tak bagitahu abang ,yang Nurina ada mesej sayang and bagi sayang gambar semua tu ? "soal Ridwan  lalu meleraikan pelukan.Sambil menatap wajah Esha .

"Esha tak nak cakap ,Esha takut bila Esha cakap .Bila Esha tanya , Esha akan tambah rasa sakit.Esha tak nak kehilangan abang ." luah Esha. Terharu tak  bertempatlah si Ridwan nanti.Ish ish ish.

"Esha minta maaf abang ."

"Sayang nak tahu siapa Nurina sebenarnya ? "

Esha memandang anak mata Ridwan.Dengan perlahan dia mengangguk kan kepala.Keresahan yang menerpa di dada cuba ditepis sekuatnya.

"Nurina tu bekas tunang abang ." jelas Ridwan.

"Gambar yang Nurina bagi dengan sayang tu  sebenarnya gambar masa majlis tunang abang dengan Nurina.Tapi tak lama sebab dia  putuskan pertunangan ." akhirnya Ridwan dah mulakan misi.Minta-mintalah berjaya ya.

"Kenapa ? " soal Esha .

"Sebab katanya , dia sudah ada pilihan hati.Abang malas nak ambil tahu .Lagipun dia pilihan abang long juga.Masa tu abang memang tak cintakan Nurina."

"Jadi sekarang abang cinta lah ? " salah sangka pula si Esha .

"Sayang ,Mana ada .Abang cintakan sayang  .Isteri abang , Demi Allah , Kerana Allah ." terang Ridwan ikhlas.

"Lepas Nurina putuskan pertunangan ,  apa yang jadi ? " kena selidik betul-betul ni. Haha .

"Lepas tu kita orang dah tak jumpa.Then, dia muncul balik masa abang dah kahwin dengan sayang.And masa tu dia ada merayu supaya abang kahwin dengan dia.Tapi abang tak nak ."Ridwan jeda sekejap.

"Nanti kalau abang setuju , ada orang yang nangis tak henti-henti dah."usik Ridwan .Lalu ketawa besar .

" Abang , " ujar Esha sambil mencubit pinggang Ridwan.Ha! padan muka kau Ridwan .

"Ok , im sorry . Bagi abang cinta sayang dah cukup dah.Tak nak lah orang lain lagi.Lagipun abang cintakan sayang .Sangat -sangat." ujar Ridwan sambil memandang wajah Esha.

"Abang tak nak kahwin dengan dia , tapi masa kita terjumpa dengan dia hari tu .Abang macam suka je ." ujar Esha lagi .Air mata sudah menitis.

"Sebab semenjak dia merayu dengan abang.Abang dah tak nak jumpa dia .Even dia call pun abang tak angkat .Jadi dia datang jumpa abang  kat Kolej minta maaf .Dia cakap dia menyesal dan dia akan berubah dan tak kan ganggu rumah tangga kita lagi."terang Ridwan panjang lebar.

"So , abang percaya ? " soal Esha.
Ridwan mengangguk.

"Abang ingatkan dia dah betul berubah.Tak sangka dia ada muslihat dah racun fikiran sayang.Kalau abang tak jumpa gambar tu dalam laci ,abang tak kan tahu sampai sekarang ." ujar Ridwan.


"Esha minta maaf , " pinta Esha lagi lalu menunduk kan pandangan.

"Sayang , semua dah berlalu.Dan abang nak kita lupakan semuanya.Boleh ?"Ujar Ridwan bersulamkan soalan sambil menyentuh dagu Esha agar memandang wajahnya.

"Janganlah nangis.Kesian sayang abang ni ." pujuk Ridwan lalu menyeka air mata Esha.

"Maafkan Esha abang ."dah berapa kali nak minta maaf Esha ni.

Esha nak tahu Ridwan pergi mana masa dia kata nak ambil Rayyan hari tu.Tapi bagi Esha , biarlah semuanya ditelan arus masa.Yang penting sekarang dia tahu Ridwan tidak bersalah apa-apa.

"Esha cintakan abang ." luah Esha dalam tangisan.

Ridwan mencium dahi Esha.Lalu menarik Esha ke pelukan nya .

"Abang tahu , tapi abang lagi cintakan Esha."ayat tak nak mengalah tu . Haha

Esha menyandarkan kepalanya di dada Ridwan , kedengaran jelas jantung Ridwan berdegup tenang dan ia nya sangat menenangkan hati Esha.


Teruskan lah beromantikus yea , baju tu biarkan saja.Kalau baju tu boleh bercakap mesti dia kata macam ni.
'Kalau ye pun nak bercinta  , habiskan lah dulu gosok aku.'Hahaha .Tapi tak mungkinlah kan.

_


"Abang  ,mari sini Esha tolong pasangkan neck tie  ." ujar Esha sambil berdiri di hadapan Ridwan yang tengah duduk di atas sofa.

 Ridwan sekarang dah ganti tempat papa Esha dekat syarikat.Mulanya Ridwan menolak tapi setelah Tuan Shah memujuk Ridwan memang tidak sampai hati nak menolak.


 Ridwan menarik perlahan tubuh Esha lalu menduduk kan Esha di atas ribaan nya.Boleh tahan juga berat Esha sekarang ni.
Sebab kandungan dah cecah lapan bulan.Mereka berdua pun  memang sudah tidak sabar menanti kehadiran si kecil.

"Abang macam berat hati lah nak tinggalkan sayang  kat sini." Ujar Ridwan sambil mengelus perut Esha.

"Abang ni , Mak ,  mama dengan papa kan ada jaga Esha ." Balas Esha sambil senyum.Semenjak kandungan Esha sudah mencecah lapan bulan.Mereka buat keputusan untuk  tinggal di rumah mama dan papa mereka dulu .Lagipun kalau tinggal rumah Ridwan dan Esha tiada yang akan boleh tolong jaga Esha bila Ridwan sudah turun kerja nanti.

"Tapi abang nak risau juga, " apa punya ayat lah.Hahaha

"Abang janganlah risau, kalau ada apa-apa nanti Esha terus call abang.Okey ? " Esha cuba menenangkan hati Sang Suami.

"Sayang selalu cakap macam ni , tapi hari tu sayang demam .Tak call abang juga." Luah Ridwan .Lalu meletak kan dagunya di atas bahu Esha .

"Kali ni , Esha janji .Insha Allah .Lagipun, Mama papa dan Mak kan ada juga  ."balas Esha .Ridwan dah diam-diam dah.Nak buang tabiat lah tu.

"Dah lah Esha nak berdiri ni .Nanti Mak , mama papa nampak malu tahu ."ujar Esha , Ridwan ni pun dah tahu Esha ni dah sukar untuk bergerak dia pergi peluk erat sangat macamlah ada nak ambil isteri dia .Haha

"Kejaplah ,abang nak pejam mata kejap ." tenang hati Ridwan bila memeluk Esha macam ni.

Esha menyentuh muka Ridwan yang sedang pejam kan mata di atas bahunya.Bertuah punya suami.Nak turun ke pejabat pun sempat lagi nak pejam pejam mata .Haha.

Esha tersenyum bahagia ,terasa jelas nafas halus Ridwan menyentuh lehernya.Ini bukan pejam mata kejap dah ni .Haha

Esha biarkan Ridwan begitu .

'Tak kan dah tidur kot , " desis hati Esha.

"Abang , " panggil Esha perlahan.

Penat betul Ridwan ni , rasa bersalah pula Esha.Semalam Ridwan tak dapat tidur sebab Esha yang tak selesa. Kaki Esha  yang makin membengkak tu terasa sangat sakit.Ridwan tak henti urutkan kaki Esha, lepas tu perut Esha rasa kebas lagi , Ridwan memang tak dapat tidur sebab terlalu risaukan keadaan Esha.Lepas solat subuh tadi baru dapat tidur.Tu pun selepas Esha dah puas memujuk yang dia dah okey .Haha .Ridwan ,Ridwan .


"Abang , bangunlah ." ujar Esha sambil menyentuh tangan Ridwan yang masih memaut Esha.

"Sayang , kejap 1 minute ." ujar Ridwan .Esha ketawa kecil .

"Ok , dah lebih one minute ni abang ." Usik Esha.Ridwan leraikan pelukan lalu Esha pula terus berdiri.

"Sayang jangan lewat makan tahu .Lepas tu jangan lupa  makan ubat ,then makan kurma sekali ." Pesan Ridwan perlahan sambil memandang wajah Esha yang sedang betulkan tali lehernya.

"Insha Allah abang ,Dah abang pakai kot ni."

Setelah selesai bersiap .Esha menyalam tangan Ridwan.Setelah itu Ridwan memeluk tubuh Esha kejap lalu mencium dahi Esha.

"Assalamualaikum sayang , " ucap Ridwan sebelum masuk ke dalam perut kereta nya .

"Wa'alaikumusalam abang , jaga diri , jaga iman."balas Esha.Ridwan memandang wajah Esha dengan senyuman.

"Insha Allah sayang  ."balas Ridwan.


Setelah kereta Ridwan lepas dari pandangan ,dengan senyuman Esha mula melangkah masuk ke dalam.


Apa yang Esha rasa sekarang adalah dia sangat bahagia ,

Walaupun dia tahu bahagia yang ada sekarang ,bukan lah untuk selamanya.Tapi dia tetap bersyukur kerana Allah masih izinkan dia merasa kebahagiaan yang tak terperih .Di saat ini ....

_

Alhamdulillah empat bulan yang lalu ,   Esha dah selamat melahirkan anak kembar perempuan  yang comel dan memang serupa sangat dengan Ridwan. Mak Sue pun cakap yang anak kecil tu memang sebijik  macam Ridwan yang membezakan si kecil adalah perempuan abi mereka pula lelaki.

Nama si kembar tu Esha yang berikan masa baby twin baru saja berusia seminggu.Yang kakak Esha beri nama Nur Elisyah Hafeeza Adryana ,yang adik Nur Elisyah Hazeera Adryani. Panjang kan ?  Esha yang pilih sebab dia memang suka sangat nama yang panjang-panjang ni .Sampai Ridwan pun terbelit lidah nak sebut.Katanya kesian dengan menantu lelaki bila akad nikah nanti .Huahaha .Ridwan kadang memang suka merepek.


Tiada siapa yang sangka baby yang akan lahir kembar sebenarnya sebab Esha memang sengaja tak buat ultrasound.Sebab katanya , biarlah surprise sikit.Jadi di hari kelahiran si dua kecil tu terpaksa lah tok pa dan tok ma dia membeli belah lagi.


"Sayang , fikir apa ni  ? " soal Ridwan yang baru balik dari pejabat.Dasyat tahap mengelamun Esha ni sampai Ridwan masuk dalam bilik pun Esha tak sedar.

"Eh abang , " sapa Esha lalu menyalam tangan Ridwan.

"Babies abi dah tidur ? " soal Ridwan kepada si kecil yang sedang tidur lena .Rindu tahap petala ke sepuluh dah Ridwan ni dengan babies dia.

"Dah , abang pergilah mandi dulu ." ujar Esha ,tak sabar-sabar nak main dengan anak-anak dia lah tu.

"Sabar ehy , umi tengah jeles tu.Abi nak mandi dulu." ujar Ridwan sambil senyum.Ada-ada je kan.

"Abang ada beli cat untuk cat bilik our twin nanti" ujar Ridwan .

"Abang our twin kan baru empat bulan , Esha tak sanggup lah pisah bilik." ujar Esha .

"Abang cuma sediakan bilik je.Bukan nya suruh sayang pisah dengan anak-anak ."ujar Ridwan lalu mendekati Esha yang sedang menyapu losyen di lengan nya.

"Abang ada nak cakap ni , " Ridwan memusingkan badan Esha yang  sedang duduk menghadap cermin ke arahnya .

"Apa dia  ? " soal Esha lalu menghadap wajah Ridwan.

"Hmm . Tak pe lah abang mandi dulu." Esha mencebik kan bibirnya.Ingatkan betul-betul dah.

"Abang mandi dulu , then kita bincang.Okey ? " ujar Ridwan lagi.

"Abang ni. Hmm ,yelah ." balas Esha  .

Ridwan senyum lalu terus melangkah ke bilik air.


_

" Sayang dah nak tidur ? "soal Ridwan kepada Esha yang sudah baring di katil.

"Belum lagi .Esha tunggu abang.Kata nak bincang tadi kan ." jelas Esha , tak kan nak tidur dulu baru bincang .Haha

"Ha'ah , kejap abang bacakan surah dengan do'a tidur untuk puteri-puteri abang ni dulu." bibir Esha mengukirkan  senyuman. .Mencintai Ridwan bukan perkara yang sukar sebenarnya ,dan Esha akui Ridwan memang seorang suami dan abi yang baik bagi anak-anak mereka.


Setelah selesai membacakan do'a tidur dan surah , Ridwan mencium dahi kedua puterinya itu dengan penuh kasih sayang dengan harapan agar puteri-puterinya sentiasa di dalam jagaan dan rahmat Allah.


"Terima kasih abang , " ujar Esha kepada Ridwan yang sedang menuju ke arahnya.

"Untuk ? "soal Ridwan lalu mengambil tempat di sisi Esha.

"Untuk segalanya ." ujar Esha lalu menarik lengan Ridwan untuk dijadikan bantal.

"Sama-sama sayang."balas Ridwan dengan senyuman.

"Abang pun nak berterima kasih dengan sayang ."ucap Ridwan lalu memeluk Esha .

"Untuk ? " suami isteri sama saja soalan .Muehehe

"Untuk segalanya , specially lahirkan zuriat untuk abang ." ucap Ridwan .

"Sama-sama abang , Esha sangat bahagia dapat lahirkan Hafee dan Hazee untuk abang .Sangat-sangat ."ujar Esha lalu membalas pelukan Ridwan.

"Alhamdulillah , Abang pun bahagia juga .Sangat-sangat.Semoga di sebalik kebahagiaan ini terselit redha Allah ." Ujar Ridwan sambil menatap wajah Esha.

"Insha Allah abang ,"terharu lagi Puan Esha kita ni.

"Abang sebenarnya nak bincang pasal apa ? " sengaja lah Esha nak cover tangisan dia.

"Nak bincang pasal ,rumah ."ujar Ridwan .

"Abang ada beli rumah untuk kita sekeluarga." ujar Ridwan lagi
 dengan senyuman .

Esha lepaskan pelukan lalu memandang wajah Ridwan.
"Rumah ? rumah kita sekarang ni kan dah besar abang .Kenapa nak beli rumah lagi  ? " soal Esha , terkejut juga sebenarnya .Tapi terharu . Haha

"Rumah tu abang dah beli lama sebenarnya ,  ." jelas Ridwan lagi.

"Habis tu , rumah yang ni ? "soal Esha .Bingung.

"Rumah ni ada kawan abang Pensyarah UiTM nak sewa.Abang nak kita pindah bila puteri-puteri kita tu dah setahun nanti." jelas Ridwan lagi .

"Esha setuju je .Tapi bila lagi abang beli rumah tu ? " soal Esha dengan senyuman.

"Dah lama , since sayang mengandung lagi."

"Kenapa abang tak bagitahu Esha ? " soalan Esha ni banyak betul.Teruja lah tu.

"Ingat lagi tak yang masa abang baru balik dari kursus kat Johor tu ? " soal Ridwan pula .Esha mengangguk kan kepalanya.

"Ha  , abang ada cakap yang abang nak jalan sekejap nak ambil Rayyan .Ingat lagi ? " kali ni Ridwan lah pula yang banyak tanya.

"Ha , ingat-ingat " yang tu memang jelas di ingatan Esha , sampai sekarang pun masih tertanya-tanya.

"Masa tu sebenarnya , abang jumpa kawan abang yang nak jual rumah tu.Tapi memang abang nak ambil Rayyan juga .Tapii..."Ridwan jeda sekejap.

"Tapii .. ?" soal Esha  .Musykil.

"Tapi ,abang terlupa .Abang ingat je masa sayang kata sayang nak kejutkan Rayyan solat subuh.Abang memang terkejut."ujar Ridwan yang menimbulkan tawa kecil pada Esha.

"Abang nak explain juga masa tu , tapi abang nak bagi kejutan pasal rumah tu.Then abang biar jelah .Lebih baik diam daripada beri penjelasan yang tak betul .Kan ? "
soal Ridwan sambil mengangkat kening nya sebelah.

"Surprise tak ? " soal Ridwan kali ni dia pula yang teruja.

"Surprised sangat , terima kasih abang "

"Sama-sama.Abang minta maaf sebab lambat bagitau sayang tentang hal ni."

Esha hanya mengangguk kan kepalanya.Dia mahu beritahu Ridwan pasal yang dia salah sangka hari tu .Tapi bila Esha fikir-fikir baik tak payah lah kot .Nanti Ridwan ketawakan dia pula.Cemburu tak bertempat.

Lega hati Esha sebenarnya .Sebab dah tahu Ridwan pergi mana petang tu.Sekian lama tertanya-tanya akhirnya terungkai juga .Haha



_


Lima tahun kemudian ...


"Along jangan lah kacau adik."ujar Ridwan .Hafee ni  bukan muka je yang sama dengan abi dia perangai pun sama tahu ,kuat mengusik.Kesian dengan Hazee yang perangainya sebijik macam Esha yang kuat merajuk.Haha

Tapi Hafee kalau adik dia dah nangis dia pun ikut sedih juga .Kadang terharu Esha dengan coleteh anak kembarnya itu.

"Kenapa sayang umi ni ? " soal Esha pula .Dari jauh lagi muka dah masam gila.Esha dah tahu ni mesti kerja Hafee ni.


Hazee mendekati tubuh Esha lalu menarik hujung baju uminya.Esha melutut lalu menghadap Hazee.

"Abang kenapa ni ? " soal Esha kepada Ridwan yang sedang sibuk dengan laptop.Cuti-cuti macam ini pun sempat lagi fikir hal pejabat.

"Tanya along . " Hafee dah senyum-senyum dah .Kesian dengan Hazee asyik kena buli dengan kakak kembar dia.

Hazee memeluk Esha ,terasa erat pautan si kecil di leher Esha.
"Kenapa ni , Along buat apa dengan adik ? " Hafee diam lalu menghampiri Ridwan.Minta cover dengan abi dia lah tu .Haha

"Along main-main je pun.Along dah minta maaf tapi adik tak nak."jelas anak kecil  itu yang sudah berada di atas riba Ridwan.

"Along buat apa ? " soal Esha dengan senyuman.Aduhai ada-ada jelah kembar ni.

"Along kata , yang Tok Ma ada belikan Along tudung .Along tak bagi adik pinjam." jelas anak kecil itu lagi.

Ridwan ukirkan senyuman mendengar penjelasan si kecil.

"Sayang , Along main-main je lah.Mana boleh macam ni .Along kan dah minta maaf ." pujuk Esha sambil menyapu belakang Hazee perlhan.

Esha ingin meleraikan pelukan tapi Hazee malah eratkan pautan di leher Esha.
"Kenapa ni ? tak boleh bernafas lah umi." usik Esha.

"One minit umi." Esha ketawa kecil .Haha.Macam abi deorang betul.

Ridwan pun ketawa sama , mendengar permintaan si kecil.

Hafee datang menghampiri Esha dan Hazee.
"Adik janganlah merajuk .Along minta maaf .Along gurau je tadi."Esha hanya senyum melihat gelagat si kembar.

Hazee melepaskan pelukan.Lalu melihat wajah Hafee.
"Lagipun Tok ma kan ada belikan adik tudung juga ? kan along dah kata kita kongsi semua yang kita ada." mulut kecil ni aduhai comel betul lah.

"Lagipun abi kan selalu pesan" perkataan Hafee terhenti di situ.Lupa kot .

"yang Allah tak suka orang kedekut." sambung Hazee dengan tangisan.Hahaha.Lucu lah kembar ni.

Hazee memang begitu , bila dia merajuk Hafee akan pujuk .Bila hati dia dah sejuk mula lah nak menangis.Macam Esha betul .Haha

Ridwan dan Esha ketawa melihat anak kembar mereka yang sudah berpelukan.Macam-macam je lah. .Hafee lah tu suka sangat mengusik.

"Dah , anak abi ni .Jom mandi lepas tu ,,kita solat asar sama-sama." Ujar Ridwan lalu mendukung puterinya.

"Tapi Abi kata ,nak pergi rumah Tok Pa ." ujar Hazee pula.

"Kita solat dulu , baru pergi rumah Tok Pa." terang Ridwan dengan senyuman.

"Sayang , kami naik atas dulu." ujar Ridwan kepada Esha .

Esha hanya mengangguk kan kepalanya.

Senyuman menghiasi bibir Esha melihat suami dan si kembar yang sedang menaiki anak tangga.

_



"Kenapa umi tak ikut solat tadi ? " soal Hazee dalam kereta.Hafee pula dah tidur.Hafee ni memang kuat tidur sikit .Padahal rumah Tok pa mereka bukan nya jauh sangat dari rumah mereka .Tapi sempat lagi tidur kan.

" Allah bagi cuti sayang , " terang Esha.Hazee hanya mengangguk kan kepalanya.Dia faham ke tu ? haha .

Ridwan pun dah sakit perut ketawa , banyak tanya betul Hazee ni.Dah tu semua pertanyaan dia memang pelik-pelik .Sampai Ridwan dan Esha pun dah tak tahu nak jawab apa.Tu baru Hazee kalau Hafee ada sekali .Memang tak tahulah apa jadi.Hahaha


_


Bila sampai rumah semua dah ada berkumpul ,tapi Mak Sue saja yang tiada sebab pergi umrah.Dah seminggu kat tanah suci Alhamdulillah..

Nak tahu khabar keluarga besar Esha ? hehe keluarga besar lah sangat.


 Ustaz Haritz dan Athiyyah Alhamdulillah dah ada cahaya mata , bayi lelaki Muhammad Adib Ar-Qayyum namanya usia baru sebulan.

 Rayyan pula dah besar sekarang. Makin hensem memang serupa dengan Ridwan.Hazee dan Hafee memang rapat sangat dengan Rayyan.Ada satu hari tu Hafee tanya Ridwan dan Esha 'Kenapa uncle yayan serupa dengan along dan adik ,dia pun kembar along dan adik juga ke ? ' hahaha. Esha dan Ridwan pun ketawa mendengar soalan Hafee.Comel betul .

 Maira pula dah kahwin dengan orang Sabah, Alhamdulillah .Muhammad Naim namanya.Loghat dia memang Sabahan sangat .Baru je tiga bulan kahwin tapi Alhamdulillah ,  rezeki murah Maira tengah mengandung anak pertama.

Tuan Shah dan Puan Di pula , sibuk jaga cucu bila Ridwan dan Esha ke pejabat .Mereka memang bahagia sangat.


Tidak lupa dengan Zafran , sekarang dia ada kat Mesir .Katanya sambung belajar.Muda-mudahan dipermudahkan la ya...


Alhamdulillah suasana kenduri kesyukuran hari ni memang sangat meriah.Esha dan Ridwan tidak henti-henti melafazkan syukur kepada Sang Ilahi atas kurnia Nya yang sangat besar.

'Muda-mudahan  ,kami tidak menjadi hamba yang lupa diri lantas tidak bersyukur ke atas nikmat Mu ya Allah , Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar .Engkau jagalah hati ini daripada kemurkaan Mu ya Allah .' Do'a Ustaz Faritz ketika solat maghrib  tadi memang menyentuh hati semua.Terutama Esha.


_


"Along dan adik nak tidur dengan umi dan abi ." pinta Hazee dan Hafee di sebalik pintu.

Ridwan berdiri dari kantil lalu menuju ke arah dua puterinya.

"Boleh , tapi bagitau abi dulu apa sebabnya ." usik Ridwan.Dua kembar ni kalau macam ni mesti Rayyan ada cerita yang bukan-bukan lagi ni.

Esha menghampiri mereka.

"Uncle Yayan kata ,hantu suka budak perempuan."jelas Hazee.Kan ? Ridwan dah agak dah.Rayyan ni macam tak ada benda lain nak cerita.

"Allahu , kesian anak umi dengan abi  ni ." usik Esha pula lalu mencium pipi kedua puteri mereka.

"Boleh tak ? " soal Hafee perlahan.

"Insha Allah ,boleh sayang.Jom tidur , dah lewat ni."ujar Esha ,Ridwan pula terus mengangkat keduanya lalu menuju ke katil.

Beberapa minit kemudian ,
 Ridwan dan Esha sudah terlena , sambil memeluk kedua puteri mereka.Hafee  yang kuat tidur tu memang dah tidur dah.Hazee yang selalu susah sangat nak tidur tu pun akhirnya sudah terlena.Mungkin penat kot main dengan Rayyan .

 _


"Umi , babah .Cucu-cucu umi dan babah dah besar." luah Esha kepada gambar yang tidak bernyawa itu.

"Umi , Babah . Esha bahagia sangat sekarang." air mata mula membasahi muka Esha.

"Ridwan pun bahagia juga . " ujar Ridwan yang memeluk Esha dari belakang.

"Lain kali , Kalau nak sedih ajak lah abang sekali." usik Ridwan.

"Hafee dengan Hazee mana ? " soal Esha sambil menyeka air matanya.

"Ada kat atas  , kejap lagi turun lah tu." terang Ridwan lalu meleraikan pelukan.

Esha menghadap ke arahnya ,
"Esha sayangkan abang ." ucap Esha.

"Abang lagi sayangkan sayang.Demi Allah kerana Allah." ucap Ridwan.Ridwan ni memang selalu tak mahu mengalah.


"Along dengan adik pun sayang umi juga ."kan ?baru saja Ridwan kata kejap lagi turun  lah dua puteri mereka ni .

"Habis tu abi macam mana ? " soal Ridwan .

"Adik pun sayangkan abi juga."ujar Hazee.

"Along ? " soal Ridwan pula .Haha

"Along sayang abi lagi besar dari adik sayangkan abi."ujar Hafee selamba.Aduhai ,mula lagi Hafee ni nak mengusik.

Hazee dah masam muka dah .
"Adik , along gurau je pun ." pujuk Hafee.Budak kecil ni.

Ridwan,Esha dah Hafee menghampiri Hazee yang sudah menuju ke sofa.
'Allahu , puteri-puteri saya ni.'bisik hati Ridwan.

"Adik ni .Along minta maaf." pohon Hafee.Tu lah asyik mengusik je kan.

"Umi ,abi tolonglah along pujuk adik." Ridwan dan Esha pula hanya senyum mendengar rayuan Hafee.

"Adik ,Along dah minta maaf kan ." ujar Ridwan sambil menarik tubuh kecil itu ke atas ribaan nya.

Hafee menuju ke arah Esha yang duduk di sebelah Ridwan lalu duduk di atas riba Esha.

"Along minta maaf , pleasee" rayu Hafee lagi sambil memeluk Hazee yang ada di sebelahnya di atas riba Ridwan .Hazee diam saja.Tapi tak lama kemudian air mata sudah mengalir.

Hazee membalas pelukan Hafee.
"Kita sayang abi sama besar kan? "soal Hazee .Haha

Hafee mengangguk kan kepalanya.Lalu menatap wajah Ridwan.Ridwan hanya senyum.Esha pun.Kalau layan karena puteri-puteri mereka berdua ni memang senyuman akan cecah ke telinga.Macam-macam karenah.

"Abi dan umi pun sayang Along dan adik juga .Tapi kasih sayang kita semua , tak boleh lawan kasih sayang Allah.Allah lagi sayang kita ." ujar Ridwan .Berdua kembar itu leraikan pelukan lalu menghadap ke arah Ridwan.

"Allah tu baik kan Abi ? " soal Hazee .

"Allah Maha Baik ." balas Esha.

"Jadi along dan adik kena sayang Allah lagi besar dari sayang umi dan abi. Boleh? "ujar Ridwan.

Kedua anak kecil itu mengangguk kan kepala lalu senyum menatap wajah umi dan abi mereka.

Ridwan membawa kedua puteri dan permaisuri hatinya ke dalam pelukan nya.

"Walau apapun yang terjadi .Kita tidak boleh lupa Allah.Kerana Allah tidak pernah lupakan kita .Walau apapun yang kita lakukan , kita kena letak Allah menjadi yang pertama dalam hidup kita."terang Ridwan. Hafee dan Hazee menangis lah pula .Esha pun sama.


Untuk sepanjang hidup,  terpaksalah Ridwan menjaga Permaisuri dan Puteri-puteri nya yang kuat menangis ni .Sabar ja lah duhai Ridwan.

Dia bahagia saat ini ,

Dengan perlahan Ridwan eratkan pelukan.Lalu ukirkan senyuman.




'Ya Allah , izinkan jiwa dan jasad ini menjaga keluarga ku dengan kasih sayangMu.

Izinkan kami menjadi ahli SyurgaMu dengan RahmatMu.

Sesungguhnya kami hamba Mu yang  lemah , dan sering jatuh dalam perjuangan ke arah yang Diredhai dan diberkahiMu.

Engkau pimpinlah kami ke arah yang benar agar kami dapat merasa betapa indahnya berbahagia di dalam dakapanMu '

    'Muhammad Haritz Ar-Rayyan'
 



'Cinta manusia membuatku buta dari segala kebenaran ..

Dugaan yang menerpa menutup hati untuk merasa kasih sayangMu yang tiada tandingan ..

Namun Engkau tidak pernah meninggalkanku saat aku mula jauh dari Mu ya Tuhan  ...

Dengan cahayaMu ,aku tabah meneruskan langkah ..

Dengan sentuhan ujianMu , aku mula mengerti erti cinta yang sesungguhnya..

Dengan kasih sayangMu, aku bahagia  ,

Ya Allah , ku ucapkan rasa syukur yang tak terhingga atas segala nikmat yang Engkau kurnia .... '


        -Adeeva Afsheen Myesha -



Mungkin bahagia adalah kata yang paling indah di dalam hidup seorang hamba

Dan derita adalah kata yang paling perit dialami di dalam hidup seorang manusia

Tetapi kadang melalui kata derita
Allah ingin memberi seribu satu hikmah agar kita tahu erti sebenar bahagia yang tiada penghujungnya ..

       


               TAMAT

Cerpen : ❤ ( BAB 3 )

Assalamualaikum . Yg ni bab 3 yaaa .  Trima kasih kepada yg sudi membaca . ❤❤❤ " Kenapa tercegat kat situ? " soal Syafiq lemah. L...