Friday, 23 March 2018

Cerpen : ❤ ( BAB 2 )

~ Assalamualaikum , yang ni bab 2 yaa.  Slmat mmbca . 😘  







" Pakcik, Fiq nak bincang sesuatu boleh? " pinta Syafiq kepada ayah mertua nya yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu. Ruangan rumah ini memang cantik dan teratur, segenap ruang rumah ini juga ada perabot kukuh seakan barangan antik. Sebab itu, masuk saja ke dalam bilik Nurina semalam dia tergamam. Ingin bertanya takut isterinya itu terasa hati pula. Cukup lah penderitaan terserlah di kedua mata wanita itu , dia tidak mahu menambah lagi derita yang sama.




" Nurina mana? " soal Tuan Halim tanpa mengalihkan pandangan nya ke arah Syafiq. Menantu tidak dijangka itu. Mujur saja keluarga lelaki yang merosak kan anak perempuan nya itu sanggup bertanggungjawab. Walaupun bukan si pesalah yang menanggung akibatnya. Tapi dia tetap berpuas hati. Sekurang-kurang nya dia tidak perlu menanggung malu lagi. Kalau tidak mungkin hari nikah itu juga Nurina akan merasa akibatnya.




" Dekat bilik pakcik. " jawab Syafiq lalu mula mengambil tempat di hadapan Tuan Halim. Lelaki di hadapan nya ini memang nampak tegas dan bengis dari luaran. Memang terserlah keperibadian seorang pesara tentera darat berpangkat dalam diri Tuan Halim. Walaupun sudah berumur kekacakan pada wajahnya juga memang tidak dapat disangkal. Patutlah Nurina boleh jadi secantik itu. Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi , bukan? Tanpa sedar Syafiq mula memuji.




" Kerja dekat luar belum usai lagi , dia dah berkurung dalam bilik . " surat khabar dilipat dua lalu pandangan terus jatuh ke arah Syafiq yang sedang memandangnya. Entah apa latar belakang keluarga lelaki muda ini, dia sendiri tidak ambil tahu. Lagipula bukan dia yang terhegeh memilih, semua ini kemahuan anaknya sendiri. Jadi baginya semua itu tidak penting lagi.




Syafiq hanya tersenyum tawar lalu mula mencari kata yang sesuai untuk diberikan kepada ayah mertua nya ini. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata. Itu bahaya. Silap-silap wajah tampan nya akan rosak dengan sekali tumbukan saja. Aduhai! Kenapa lah Aqil cari pasal dengan orang tua macam harimau ni?




" Kamu nak bincang pasal apa? " air kopi yang ada di hadapan nya dicapai lalu dihirup perlahan.





" Fiq nak bincang pasal Nurina. Kalau boleh, Fiq nak bawa Nurina pindah rumah Fiq hari ni. Sebab esok lusa dah mula kerja. Kalau nak ulang alik pergi pejabat dari sini, jauh sangat. " cukup tertib alasan diberikan. Jantung pula sudah mula berdegup kencang. Adoi! Senyumlah sikit pakcik.



" Kamu suami dia , pakcik tak kisah kamu nak bawa dia ke mana pun. "




Syafiq mengangguk perlahan . Semudah itu? Dia tak takut ke aku bawa anak perempuan dia ni lari dari sini lepas tu jual dekat negara jiran nanti? Dia bukan kenal aku sangat pun. Akal jahat Syafiq mula berbisik. Tapi semua tu tak penting sekarang ni. Yang penting dia dah boleh bawa Nurina jauh dari sini. Seperti mana Nurina minta semalam.




" Kalau macam tu Fiq masuk dalam dulu. Tolong Nurina kemas apa yang patut. "



Tuan Halim mengangguk perlahan sambil menyentuh dagunya yang sudah mula ditumbuhi janggut.




" Kamu jaga dia elok-elok. Apapun terjadi jangan hantar dia balik sini lagi. " terhenti langkah Syafiq. Senyuman yang terukir tadi mati begitu saja. Pesanan tadi betul-betul mengejutkan hati lelakinya. Apalah perasaan Nurina bila mendengar ayah sendiri berkata sebegitu?




" Pakcik jangan risau, Fiq akan jaga dia macam mana sepatutnya seorang ayah menjaga anak perempuan nya. " penuh perasaan kata itu diluahkan. Air mata yang mengalir di bawah kelopak matanya diseka dengan ibu jari. Entah untuk apa air mata itu. Tapi apa yang pasti dia benar maksudkan kata yang baru diluah nya tadi. Dia benar pasti.



_



" Nurina tengah fikirkan apa tu ? " tegur Syafiq kepada Nurina yang sedang leka membuang pandangan ke arah tingkap kereta. Entah apa lah yang indah sangat di luar tu, sampai suami ada di sebelah pun tak diendahkan . Tahulah aku ni suami tak dijangka.




" Tengah fikirkan Aqil ke? " soal Syafiq sengaja memancing tumpuan Nurina. Terlalu banyak persoalan di minda saat ini yang dia ingin tahu sangat jawapan nya. Mana tahu Nurina ingin bercerita.




" Encik nak bawa saya pergi mana? " perlahan suara itu namun cukup jelas pada pendengaran Syafiq. Tahupun bersuara, ingatkan ada lombong emas dalam mulut tadi . Sampaikan susah sangat nak buka mulut bercakap .





" Balik rumah . Kenapa ? Nurina ada nak singgah kat mana-mana lagi ? " rambut yang jatuh di atas dahi diseka ke atas. Patutnya tempoh hari dia nak potong rambut. Tapi disebabkan sibuk ingin menyelesaikan masalah adik bongsu bertuahnya itu. Dia terpaksa abaikan diri sendiri.





" Tak apa ke saya ikut ke rumah encik? " soal Nurina sambil menoleh ke arah Syafiq. Diperhati wajah itu dari sisi. Memang amat seiras dengan Aqil. Masa pertama kali mereka bertembung mata tempoh hari pun dia menyangka Syafiq dan Aqil adalah kembar seiras. Tapi sangkaannya meleset bila mendapat tahu bahawa Syafiq adalah anak sulung dan Aqil pula adalah si bongsu dari tiga adik beradik.







" Ada apa dekat muka aku ni Nurina? " teguran Syafiq membuat Nurina terus membuang pandangan ke luar semula. Tahu-tahu saja yang Nurina sedang tekun merenung wajahnya.




Senyuman manis terukir di bibir Syafiq lalu kereta di berhentikan di bahu jalan. Perut yang berbunyi meminta diisi dari tadi perlu dilayan. Kalau tidak dia boleh pengsan menahan sakit gastrik nanti.




" Kenapa berhenti? " soalan itu dibiarkan saja. Jari telunjuk menunjuk ke arah gerai yang berada di seberang jalan.




"Kau tak nak ikut aku balik rumah kan. Jadi aku tinggalkan kau kat gerai tu. Nanti senang kau nak minta tolong dekat orang . " jelas Syafiq lalu mula mematikan enjin kereta. Pintu dibuka lalu tubuhnya dibawa keluar dari situ.




" Jom lah. " pelawa Syafiq sambil mengetuk cermin tingkap kereta honda civic berwarna merah miliknya.




Senyuman terukir lagi bila melihat Nurina sudah pun tercegat di hadapan nya. Tangan kecil Nurina dicapai lalu digenggam erat. Saja lah nak mengusik, nak tengok bagaimana reaksi Nurina.




" Saya boleh jalan sendiri lah encik. "




" Memang lah boleh jalan sendiri, kalau kau tak boleh jalan. Aku dah dukung tadi. " bisik Syafiq dekat dengan telinga Nurina. Bila selamat melintas jalan raya , genggaman tangan dileraikan lalu dia terus melangkah ke arah gerai.




Nurina hanya mengekor dari belakang. Kata tadi nak tinggalkan dia kat situ. Yang dia sibuk ikut turun sekali kenapa ?



" Kau nak makan apa? " lapar rupanya.



" Saya tak lapar. " Nurina menjawab bersama gelengan. Dia memang tak kuat makan. Dia dah biasa sehari sekali saja mengalas perut. Kadang sampai dua hari tak jamah apa-apa.



" Kau duduk sini , aku nak order makanan dulu. " Nurina hanya mengangguk kan kepalanya.
Pandangan pula mula diliarkan ke arah sekeliling. Kot ada muka orang yang boleh dipercaya yang boleh tolong dia kat situ. Senang lah dia nanti.



' Seorang isteri ni long , tempatnya di sisi suami. Jadi macam mana pun ayah kamu, ibu tak boleh pergi tinggalkan dia . '



' Tapi ibu dah lebam-lebam macam ni. Sampai bila ibu nak bertahan? '




' Sampai ayah kamu lafazkan talak dan buang ibu dari hidup dia . ' Itulah jawapan arwah ibunya bila arwah abangnya mula tidak tahan melihat ibu mereka dibelasah oleh ayah mereka dahulu. Waktu itu dia hanya berusia sepuluh tahun. Cuma budak kecil yang hanya bisa menangis dan melihat ketidak adilan seorang suami kepada isteri.




Tanpa sedar air mata mula menitis . Rindu kepada kedua insan yang paling dia sayangi itu memang tidak pernah pudar walau seinci . Selama ini pun hidupnya tidak henti dengan bayangan kenangan yang pernah mereka lalui bersama dahulu. Tidak pernah walau sehari dia tidak merindu.



" Kau ni memang suka mengelamun kan? " tegur Syafiq sambil menarik hujung rambut Nurina yang terbang ditiup angin. Berkerut dahi Nurina memandang wajah Syafiq .




" Percuma encik, kalau berbayar saya tak kan mampu . " pedas jawapan itu namun Syafiq hanya lemparkan senyuman kepada Nurina. Cantik, ayu persis gadis melayu zaman dahulu. Tapi sayang, mata itu tiada cahaya gembira, bibir itu pula tidak murah dengan senyuman. Entah apa lah yang pernah dilalui wanita ini sehingga dia jadi sebeku ini.



" Saya nak minta sesuatu lagi boleh encik? "



" Kalau saya mampu . Saya cuba usahakan. " penuh makna Syafiq menjawab. Manakala pandangan tidak henti dari menatap wajah Nurina. Tak kan sakit itu berpindah dengan nya pula?




" Saya nak encik lepaskan saya. Boleh kan? "



" Saya yakin encik cuma nak selamatkan Aqil saja. Sampai sanggup menikahi saya. Dan sebab tu encik jangan risau , saya tak kan dakwa sesiapa. Saya janji . " separuh berbisik suara itu, takut sekiranya orang sebelah terdengar perbualan mereka. Nanti apa kata mereka?



" Sebelum encik tinggalkan saya kat sini. Saya nak encik lafazkan talak. " entah kenapa kata itu boleh meluncur laju dari bibirnya. Wajah Syafiq pula masih tenang mendengar.




Baru saja Syafiq ingin bersuara, pesanan makanan nya sudah sampai.



" Kita akan bincang pasal hal ni. Sekarang ni kita makan dulu. " ujarnya akhirnya.



" Tapi encik. "



" Lagipun aku tak boleh berfikir kalau perut tengah lapar. " sambung Syafiq sambil menghulurkan garfu ke arah Nurina. Char kuey teow kerang di hadapan nya kini lebih menarik perhatian nya. Lapar!




" Kenapa ? Kau tak makan char kuey teow ke? " soal Syafiq bila menyedari yang Nurina tak sentuh secalit pun makanan di hadapan nya. Sedangkan dia pula dah nak habis , malah rasa macam nak order satu set lagi. Memalukan betul.



" Sedaplah, cuba makan sikit . Lagipun kita jalan jauh . Ni baru separuh tahu , ada lima jam lagi baru sampai bandar. Nanti perut kau masuk angin. "



" Bukan encik nak tinggalkan saya kat sini ke? " Suapan terakhir dikunyah perlahan. Lalu air teh tarik di hadapan nya diteguk rakus. Nurina ni, aku gurau je pon.




" Gila ke nak tinggal isteri sendiri dekat tempat yang macam ni? " soal Syafiq dengan wajah yang serius.




" Lagipun, penyebab aku kahwin dengan kau. Tak mengubah tanggungjawab aku sebagai suami. Aku masih waras lagi Nurina. " sambungnya lagi bila melihat wajah Nurina seakan menunggu kata nya yang seterusnya.




" Saya pun tahu seorang isteri tempatnya di sisi suami . Selagi bergelar isteri, dia tak boleh ingkar dan berdosa besar sekiranya dia menderhaka ."




Mendengar Nurina berbicara begitu, tanpa dipinta senyuman manis terukir lagi di bibir Syafiq.



" Tahu pun. " potong Syafiq bersama tawa kecil.




" Arwah ibu saya yang cakap. Bukan saya. " sampuk Nurina dengan wajah yang sudah merah menahan malu. Mulut ni pun, entah sejak bila pula lantang berbicara.




" Sebab tu saya nak encik lepaskan sya. Jadi kita tak perlu risau pasal tangungjawab. " itu pula yang ada dalam fikiran Nurina. Apa yang Nurina tuturkan ada betulnya, tapi kenapa kini dia yang seakan tidak mahu melepaskan pula ?




" Sekarang ni aku nak kau makan dulu. " arah Syafiq yang membuatkan Nurina menghembuskan nafas lelah. Benda senang, kenapa Syafiq susah sangat nak beri kata putus?



" Tapi encik. "



" Selagi bergelar isteri aku, kau tak boleh ingkar. "



" Sebab tu lah saya nak encik , "



" Dan dosa besar sekiranya kau menderhaka. " sengaja ditekan sebutan ' dosa besar ' itu untuk membuat Nurina terasa .




Dia bukan sengaja membuli perasaan Nurina. Dia cuma perlukan ruang untuk berfikir. Kerana ternyata melepaskan seseorang tidak semudah untuk menerima . Apalagi seseorang itu adalah Nurina. Ya! Itulah yang membuat Syafiq makin bingung sendiri saat ini..








2 comments:

  1. Syafiq mcm tk rela je nk lepaskan Nurina ? Ke dh jtuh syg pndng prtma . Hahaha . Cik pnulis mna bab yg seterusnya ?

    ReplyDelete
  2. Las Vegas, NV Casinos - MapyRO
    This map shows κ΄‘μ–‘ 좜μž₯μ•ˆλ§ˆ the Wynn casino, which is located μ—¬μˆ˜ 좜μž₯λ§ˆμ‚¬μ§€ near the 강릉 좜μž₯샡 airport 강릉 좜μž₯샡 at 4000 South Las Vegas Boulevard, κΉ€ν•΄ 좜μž₯λ§ˆμ‚¬μ§€ on the Las Vegas Strip. Find the closest casino to

    ReplyDelete

Cerpen : ❤ ( BAB 3 )

Assalamualaikum . Yg ni bab 3 yaaa .  Trima kasih kepada yg sudi membaca . ❤❤❤ " Kenapa tercegat kat situ? " soal Syafiq lemah. L...