Friday, 23 March 2018

Cerpen : ❤ ( BAB 2 )

~ Assalamualaikum , yang ni bab 2 yaa.  Slmat mmbca . 😘  







" Pakcik, Fiq nak bincang sesuatu boleh? " pinta Syafiq kepada ayah mertua nya yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu. Ruangan rumah ini memang cantik dan teratur, segenap ruang rumah ini juga ada perabot kukuh seakan barangan antik. Sebab itu, masuk saja ke dalam bilik Nurina semalam dia tergamam. Ingin bertanya takut isterinya itu terasa hati pula. Cukup lah penderitaan terserlah di kedua mata wanita itu , dia tidak mahu menambah lagi derita yang sama.




" Nurina mana? " soal Tuan Halim tanpa mengalihkan pandangan nya ke arah Syafiq. Menantu tidak dijangka itu. Mujur saja keluarga lelaki yang merosak kan anak perempuan nya itu sanggup bertanggungjawab. Walaupun bukan si pesalah yang menanggung akibatnya. Tapi dia tetap berpuas hati. Sekurang-kurang nya dia tidak perlu menanggung malu lagi. Kalau tidak mungkin hari nikah itu juga Nurina akan merasa akibatnya.




" Dekat bilik pakcik. " jawab Syafiq lalu mula mengambil tempat di hadapan Tuan Halim. Lelaki di hadapan nya ini memang nampak tegas dan bengis dari luaran. Memang terserlah keperibadian seorang pesara tentera darat berpangkat dalam diri Tuan Halim. Walaupun sudah berumur kekacakan pada wajahnya juga memang tidak dapat disangkal. Patutlah Nurina boleh jadi secantik itu. Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi , bukan? Tanpa sedar Syafiq mula memuji.




" Kerja dekat luar belum usai lagi , dia dah berkurung dalam bilik . " surat khabar dilipat dua lalu pandangan terus jatuh ke arah Syafiq yang sedang memandangnya. Entah apa latar belakang keluarga lelaki muda ini, dia sendiri tidak ambil tahu. Lagipula bukan dia yang terhegeh memilih, semua ini kemahuan anaknya sendiri. Jadi baginya semua itu tidak penting lagi.




Syafiq hanya tersenyum tawar lalu mula mencari kata yang sesuai untuk diberikan kepada ayah mertua nya ini. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata. Itu bahaya. Silap-silap wajah tampan nya akan rosak dengan sekali tumbukan saja. Aduhai! Kenapa lah Aqil cari pasal dengan orang tua macam harimau ni?




" Kamu nak bincang pasal apa? " air kopi yang ada di hadapan nya dicapai lalu dihirup perlahan.





" Fiq nak bincang pasal Nurina. Kalau boleh, Fiq nak bawa Nurina pindah rumah Fiq hari ni. Sebab esok lusa dah mula kerja. Kalau nak ulang alik pergi pejabat dari sini, jauh sangat. " cukup tertib alasan diberikan. Jantung pula sudah mula berdegup kencang. Adoi! Senyumlah sikit pakcik.



" Kamu suami dia , pakcik tak kisah kamu nak bawa dia ke mana pun. "




Syafiq mengangguk perlahan . Semudah itu? Dia tak takut ke aku bawa anak perempuan dia ni lari dari sini lepas tu jual dekat negara jiran nanti? Dia bukan kenal aku sangat pun. Akal jahat Syafiq mula berbisik. Tapi semua tu tak penting sekarang ni. Yang penting dia dah boleh bawa Nurina jauh dari sini. Seperti mana Nurina minta semalam.




" Kalau macam tu Fiq masuk dalam dulu. Tolong Nurina kemas apa yang patut. "



Tuan Halim mengangguk perlahan sambil menyentuh dagunya yang sudah mula ditumbuhi janggut.




" Kamu jaga dia elok-elok. Apapun terjadi jangan hantar dia balik sini lagi. " terhenti langkah Syafiq. Senyuman yang terukir tadi mati begitu saja. Pesanan tadi betul-betul mengejutkan hati lelakinya. Apalah perasaan Nurina bila mendengar ayah sendiri berkata sebegitu?




" Pakcik jangan risau, Fiq akan jaga dia macam mana sepatutnya seorang ayah menjaga anak perempuan nya. " penuh perasaan kata itu diluahkan. Air mata yang mengalir di bawah kelopak matanya diseka dengan ibu jari. Entah untuk apa air mata itu. Tapi apa yang pasti dia benar maksudkan kata yang baru diluah nya tadi. Dia benar pasti.



_



" Nurina tengah fikirkan apa tu ? " tegur Syafiq kepada Nurina yang sedang leka membuang pandangan ke arah tingkap kereta. Entah apa lah yang indah sangat di luar tu, sampai suami ada di sebelah pun tak diendahkan . Tahulah aku ni suami tak dijangka.




" Tengah fikirkan Aqil ke? " soal Syafiq sengaja memancing tumpuan Nurina. Terlalu banyak persoalan di minda saat ini yang dia ingin tahu sangat jawapan nya. Mana tahu Nurina ingin bercerita.




" Encik nak bawa saya pergi mana? " perlahan suara itu namun cukup jelas pada pendengaran Syafiq. Tahupun bersuara, ingatkan ada lombong emas dalam mulut tadi . Sampaikan susah sangat nak buka mulut bercakap .





" Balik rumah . Kenapa ? Nurina ada nak singgah kat mana-mana lagi ? " rambut yang jatuh di atas dahi diseka ke atas. Patutnya tempoh hari dia nak potong rambut. Tapi disebabkan sibuk ingin menyelesaikan masalah adik bongsu bertuahnya itu. Dia terpaksa abaikan diri sendiri.





" Tak apa ke saya ikut ke rumah encik? " soal Nurina sambil menoleh ke arah Syafiq. Diperhati wajah itu dari sisi. Memang amat seiras dengan Aqil. Masa pertama kali mereka bertembung mata tempoh hari pun dia menyangka Syafiq dan Aqil adalah kembar seiras. Tapi sangkaannya meleset bila mendapat tahu bahawa Syafiq adalah anak sulung dan Aqil pula adalah si bongsu dari tiga adik beradik.







" Ada apa dekat muka aku ni Nurina? " teguran Syafiq membuat Nurina terus membuang pandangan ke luar semula. Tahu-tahu saja yang Nurina sedang tekun merenung wajahnya.




Senyuman manis terukir di bibir Syafiq lalu kereta di berhentikan di bahu jalan. Perut yang berbunyi meminta diisi dari tadi perlu dilayan. Kalau tidak dia boleh pengsan menahan sakit gastrik nanti.




" Kenapa berhenti? " soalan itu dibiarkan saja. Jari telunjuk menunjuk ke arah gerai yang berada di seberang jalan.




"Kau tak nak ikut aku balik rumah kan. Jadi aku tinggalkan kau kat gerai tu. Nanti senang kau nak minta tolong dekat orang . " jelas Syafiq lalu mula mematikan enjin kereta. Pintu dibuka lalu tubuhnya dibawa keluar dari situ.




" Jom lah. " pelawa Syafiq sambil mengetuk cermin tingkap kereta honda civic berwarna merah miliknya.




Senyuman terukir lagi bila melihat Nurina sudah pun tercegat di hadapan nya. Tangan kecil Nurina dicapai lalu digenggam erat. Saja lah nak mengusik, nak tengok bagaimana reaksi Nurina.




" Saya boleh jalan sendiri lah encik. "




" Memang lah boleh jalan sendiri, kalau kau tak boleh jalan. Aku dah dukung tadi. " bisik Syafiq dekat dengan telinga Nurina. Bila selamat melintas jalan raya , genggaman tangan dileraikan lalu dia terus melangkah ke arah gerai.




Nurina hanya mengekor dari belakang. Kata tadi nak tinggalkan dia kat situ. Yang dia sibuk ikut turun sekali kenapa ?



" Kau nak makan apa? " lapar rupanya.



" Saya tak lapar. " Nurina menjawab bersama gelengan. Dia memang tak kuat makan. Dia dah biasa sehari sekali saja mengalas perut. Kadang sampai dua hari tak jamah apa-apa.



" Kau duduk sini , aku nak order makanan dulu. " Nurina hanya mengangguk kan kepalanya.
Pandangan pula mula diliarkan ke arah sekeliling. Kot ada muka orang yang boleh dipercaya yang boleh tolong dia kat situ. Senang lah dia nanti.



' Seorang isteri ni long , tempatnya di sisi suami. Jadi macam mana pun ayah kamu, ibu tak boleh pergi tinggalkan dia . '



' Tapi ibu dah lebam-lebam macam ni. Sampai bila ibu nak bertahan? '




' Sampai ayah kamu lafazkan talak dan buang ibu dari hidup dia . ' Itulah jawapan arwah ibunya bila arwah abangnya mula tidak tahan melihat ibu mereka dibelasah oleh ayah mereka dahulu. Waktu itu dia hanya berusia sepuluh tahun. Cuma budak kecil yang hanya bisa menangis dan melihat ketidak adilan seorang suami kepada isteri.




Tanpa sedar air mata mula menitis . Rindu kepada kedua insan yang paling dia sayangi itu memang tidak pernah pudar walau seinci . Selama ini pun hidupnya tidak henti dengan bayangan kenangan yang pernah mereka lalui bersama dahulu. Tidak pernah walau sehari dia tidak merindu.



" Kau ni memang suka mengelamun kan? " tegur Syafiq sambil menarik hujung rambut Nurina yang terbang ditiup angin. Berkerut dahi Nurina memandang wajah Syafiq .




" Percuma encik, kalau berbayar saya tak kan mampu . " pedas jawapan itu namun Syafiq hanya lemparkan senyuman kepada Nurina. Cantik, ayu persis gadis melayu zaman dahulu. Tapi sayang, mata itu tiada cahaya gembira, bibir itu pula tidak murah dengan senyuman. Entah apa lah yang pernah dilalui wanita ini sehingga dia jadi sebeku ini.



" Saya nak minta sesuatu lagi boleh encik? "



" Kalau saya mampu . Saya cuba usahakan. " penuh makna Syafiq menjawab. Manakala pandangan tidak henti dari menatap wajah Nurina. Tak kan sakit itu berpindah dengan nya pula?




" Saya nak encik lepaskan saya. Boleh kan? "



" Saya yakin encik cuma nak selamatkan Aqil saja. Sampai sanggup menikahi saya. Dan sebab tu encik jangan risau , saya tak kan dakwa sesiapa. Saya janji . " separuh berbisik suara itu, takut sekiranya orang sebelah terdengar perbualan mereka. Nanti apa kata mereka?



" Sebelum encik tinggalkan saya kat sini. Saya nak encik lafazkan talak. " entah kenapa kata itu boleh meluncur laju dari bibirnya. Wajah Syafiq pula masih tenang mendengar.




Baru saja Syafiq ingin bersuara, pesanan makanan nya sudah sampai.



" Kita akan bincang pasal hal ni. Sekarang ni kita makan dulu. " ujarnya akhirnya.



" Tapi encik. "



" Lagipun aku tak boleh berfikir kalau perut tengah lapar. " sambung Syafiq sambil menghulurkan garfu ke arah Nurina. Char kuey teow kerang di hadapan nya kini lebih menarik perhatian nya. Lapar!




" Kenapa ? Kau tak makan char kuey teow ke? " soal Syafiq bila menyedari yang Nurina tak sentuh secalit pun makanan di hadapan nya. Sedangkan dia pula dah nak habis , malah rasa macam nak order satu set lagi. Memalukan betul.



" Sedaplah, cuba makan sikit . Lagipun kita jalan jauh . Ni baru separuh tahu , ada lima jam lagi baru sampai bandar. Nanti perut kau masuk angin. "



" Bukan encik nak tinggalkan saya kat sini ke? " Suapan terakhir dikunyah perlahan. Lalu air teh tarik di hadapan nya diteguk rakus. Nurina ni, aku gurau je pon.




" Gila ke nak tinggal isteri sendiri dekat tempat yang macam ni? " soal Syafiq dengan wajah yang serius.




" Lagipun, penyebab aku kahwin dengan kau. Tak mengubah tanggungjawab aku sebagai suami. Aku masih waras lagi Nurina. " sambungnya lagi bila melihat wajah Nurina seakan menunggu kata nya yang seterusnya.




" Saya pun tahu seorang isteri tempatnya di sisi suami . Selagi bergelar isteri, dia tak boleh ingkar dan berdosa besar sekiranya dia menderhaka ."




Mendengar Nurina berbicara begitu, tanpa dipinta senyuman manis terukir lagi di bibir Syafiq.



" Tahu pun. " potong Syafiq bersama tawa kecil.




" Arwah ibu saya yang cakap. Bukan saya. " sampuk Nurina dengan wajah yang sudah merah menahan malu. Mulut ni pun, entah sejak bila pula lantang berbicara.




" Sebab tu saya nak encik lepaskan sya. Jadi kita tak perlu risau pasal tangungjawab. " itu pula yang ada dalam fikiran Nurina. Apa yang Nurina tuturkan ada betulnya, tapi kenapa kini dia yang seakan tidak mahu melepaskan pula ?




" Sekarang ni aku nak kau makan dulu. " arah Syafiq yang membuatkan Nurina menghembuskan nafas lelah. Benda senang, kenapa Syafiq susah sangat nak beri kata putus?



" Tapi encik. "



" Selagi bergelar isteri aku, kau tak boleh ingkar. "



" Sebab tu lah saya nak encik , "



" Dan dosa besar sekiranya kau menderhaka. " sengaja ditekan sebutan ' dosa besar ' itu untuk membuat Nurina terasa .




Dia bukan sengaja membuli perasaan Nurina. Dia cuma perlukan ruang untuk berfikir. Kerana ternyata melepaskan seseorang tidak semudah untuk menerima . Apalagi seseorang itu adalah Nurina. Ya! Itulah yang membuat Syafiq makin bingung sendiri saat ini..








Cerpen : ❤



Prolog I




Dari jauh , Haqiem memerhati susuk tubuh Syafiq yang sedang berbincang dengan pihak keluarga pengantin perempuan. Entah apa penghujung perbualan sehingga Syafiq melangkah ke arahnya dengan wajah yang sukar untuk ditafsirkan. Tapi apa yang pasti keadaan sekarang memang cukup membuat sahabat baiknya ini menanggung malu yang teramat.


" Aku tak tahu mana Aqil dan Wahid menghilang . Haziq pun dah cari area sini , tapi tak jumpa ." jelas Syafiq sambil memandang ke arah saudara mara pengantin perempuan yang sedang beransur pulang . Entah apalah yang merasuk fikiran Aqil, sampai sanggup memalukan keluarga mereka begini.

" Yang kau benarkan budak berdua tu dalam kereta , kenapa ? "

" Aku pergi kedai emas kejap tadi beli cincin. Lepas tu singgah butik Mak long ambil dulang hantaran. "

" Lagipun kau tahu kan semua ni berlaku drastik sangat. Aku tak mampu nak handle semua benda serentak . Kalau arwah umi dan walid ada senanglah. " jelas Syafiq dengan rasa sedih yang ditahan. Kalau kedua arwah masih ada sudah tentu masalah tak akan jadi serumit sekarang.

" Aku ada suruh Haziq ikut sekali , tapi Aqil yang tak nak. Aku pun benarkan aje , sebab Haziq dengan Aqil tu mana satu kepala. "

Haqiem mengangguk tanda faham. Budak berdua tu walaupun sepupu dekat memang tak pernah nak berbaik . Bila bertembung mata ada saja lah topik yang nak dibuat sebab bergaduh. Perangai pun boleh mengalahkan budak-budak, kadang-kadang Haqiem pun boleh pening lalat mendengar pertelingkahan mereka berdua.



" Jadi keluarga perempuan tu macam mana? " soal Haqiem yang sebenarnya lebih ingin tahu apa keputusan pihak perempuan bila pengantin lelaki lari dari pernikahan sendiri begini.



Syafiq memandang wajah Haqiem lalu mengeluh perlahan. Aqil memang tak tahu berfikir sebelum bertindak. Sekarang ni dia sendiri sudah kehilangan akal. Sudahlah pak long nya pula tidak habis-habis menyalahkan nya. Budak Wahid tu pula tak sangka boleh termakan dengan hasutan Aqil.



" Keluarga perempuan tu nekad nak buat report polis kalau kami tak bertanggungjawab.  "

" Masalahnya pengantin lelaki tak ada , macam mana? "

Syafiq tunduk kan pandangan lalu meraup wajahnya.

" Aku terpaksa ganti tempat Aqil " ujar Syafiq setelah beberapa minit mendiamkan diri.

" Kau biar betul? "

" Itu kalau pengantin perempuan setuju. "

" Pak long kau macam mana ? "

" Tu nanti aku minta tolong Haziq . " lagipun Haziq anak kesayangan Pak long nya. Jadi senang sikit mahu memujuk hati tua lelaki itu.

" Tak kan tak ada jalan lain. " Haqiem bersuara lemah. Simpati pula dengan nasib Syafiq. Rasa bersalah pun ada juga, bila dia sikit pun tak tahu apa cara nak ringangkan beban Syafiq.


" Apa lagi jalan yang aku ada? " akhirnya soalan yang menghimpit dirinya dari tadi terluah juga. Dia tidak tahu apa lagi jalan penyelesaian yang ada. Ini pun Syaziq belum tahu apa-apa lagi. Kalau semua yang terjadi ni sampai ke telinga adiknya yang satu itu. Dia pun tidak tahu alasan apa pula yang mahu diberi.





" Sekarang ni aku cuma ikut rentak naluri aku. Selebihnya aku serahkan kepada Allah. Apapun yang akan terjadi lepas ni aku redha . " penuh perasaan kata itu diluah. Perasaan gundah cuba ditepis sekuatnya. Dia yakin semua yang berlaku ada hikmah. Dan dia kena kuat mengharungi segala kemungkinan. Ya! Dia kena kuat.










Prolog II






"  Bahagia nampak?  " penuh sinis kata itu diluah . Leher yang dilitupi selendang itu dicekik perlahan.  Dia waras lagi,  dia cuma mahu memberi amaran.  Kalau perempuan ni mati sebab tangan dia,  silap hari nanti dia diheret ke penjara oleh abang sendiri.  Dia bukan tak tahu betapa abang sulungnya mencintai wanita penipu ini.




"Apa salah saya?  "  air mata sudah mula menitis,  entah kemana pula Syafiq menghilang.  Sudah lah tempat ini pun dia tidak tahu di mana.  Ke mana dia mahu larikan diri?




" Lepas apa yang kau dah fitnah aku.  Kau boleh tanya apa salah kau?  " dengan tawa sinis dia menyoal.  Topeng yang ada di wajah dibuka perlahan.




" Ke kau dah lupa dengan aku Nurina ? "  dah lama dia tunggu saat ni.  Dah lama dia nak tahu apa reaksi Nurina lepas tahu yang dia masih hidup dan bernyawa lagi.  Dan muka Nurina sekrang ni tak ubah macam baru nampak mayat hidup.



Leher Nurina dilepaskan lalu hujung tudung itu disentuh lembut.  Ayu wajahnya,  tapi sayang semua itu aset untuk menipu sjaa.  Dan paling parah dia pernah menjadi mangsa.  Sekarang ni abang dia pula.  Hebat!




" Aqil!  " bergetar bibir Nurina demi menyebut nama itu.  Air mata mengalir semakin deras. Tangan itu cuba dibawa untuk mencapai tubuh Aqil.  Namun di rentap kasar.



" Aku akan hancur kan hidup kau Nurina,  Ingat tu! "


" Aku tak akan duduk diam tengok kau bodoh-bodohkan orang yang aku sayang Nurina.  Aku tak akan duduk diam!  " kaki diundur ke belakang beberapa langkah.


Dari jauh kelibat tubuh Syafiq yang berlari anak ke arah mereka mula kelihatan .  Secepatnya dia terus melarikan diri.  Dia bukan takut untuk membela diri. Dia cuma perlu waktu untuk menunjuk kan diri isteri kesayangan abang sulungnya itu yang sebenar. Dia cuma mnunggu waktu yang sesuai dan dia akan mengatur langkah untuk menyerang.








BAB    1 






Bingung. Itu lah satu kata yang Syafiq dapat rasakan bila melihat suasana rumah keluarga Nurina. Belum pernah seumur hidupnya dia mendengar pengantin yang baru di ijab kabulkan mengemas rumah dan mencuci periuk dan piring di dapur seorang diri lalu adik beradik yang lain pula sibuk masuk ke dalam bilik mengalahkan pengantin. Belum pernah, namun kini sudah berlaku di depan mata dan terjadi pada isteri sendiri.




" Belum siap lagi? " sapa Syafiq dengan baju melayu warna biru langit yang masih kemas tersarung pada tubuhnya. Senyuman tipis cuba diukir dan tubuh Nurina yang masih sibuk mengemas dihampiri.




' Kurus kering nya bakal adik ipar tak jadi aku ni , ' dalam diam Syafiq mengutuk. Dan tanpa sedar tawa kecil terlepas di bibir bila teringat bakal adik ipar tak jadi dia ni dah sah pun jadi isteri dia petang tadi. Kekok juga dengan suasana baru ini, tapi rasa bersalah atas kebodohan adik sendiri membuat dia memaksa diri untuk berbicara dengan Nurina.



" Nak aku tolong? " tanya Syafiq bila Nurina menoleh ke arahnya. Tergamam dan seperti nya terkejut dengan kehadiran nya di situ.



" Ada apa-apa yang aku boleh tolong ke ? " sekali lagi Syafiq menyoal, nmun kali ini diikuti dengan senyuman yang ikhlas. Khas buat si sang isteri yang masih memandang wajahnya penuh teliti. Tahulah hensem tapi jangan lah pandang lama-lama.



" Saya .. saya .. saya "



" Saya? " sakat Syafiq bila wajah itu sudah mula berkerut sana sini .



" Aku tak makan orang lah . Jangan buat muka macam tu. " Syafiq cuba melawak, tetapi hampa bila Nurina hanya memandang wajahnya tak berkelip. Dan yang lebih parah hatinya juga seakan turut terpana melihat pancaran mata itu.




" Ehem. " Syafiq cuba membetulkan kotak suaranya. Lalu terus mengambil penyapu yang ada di tepi peti sejuk. Tanpa melihat reaksi Nurina dia terus melangkah.



" Encik, " panggil Nurina akhirnya dengan suara yang bergetar. Langkah Syafiq terhenti. Perlahan dia memusingkan tubuhnya lalu menoleh ke arah Nurina. Menanti bicara yang seterusnya dari bibir merah itu.



" Kejap lagi kau smbung lah pantau muka aku yang indah ni. Sekarang aku nak tolong kau kemas rumah dulu. Boleh kan? "



" Encik, " panggil Nurina sekali lagi setelah Syafiq membelakanginya. Tersekat semua huruf di celah kerongkong. Satu ayat pun tak terhambur keluar.



" Tak pe " belum habis Syafiq menjawab , penyapu tadi sudah tertanggal dari batangnya.



" Penyapu tu dah patah sebenarnya. " jelas Nurina dengan senyuman tawar. Lalu menghampiri tubuh Syafiq dan mencapai penyapu yang sudah jatuh ke bawah. Dengan debaran yang masih hebat menghentam jiwa dia tetap gagahkan hati untuk menatap wajah suaminya.



" Encik, tak perlu buat apa-apa. Saya dah biasa.  "



" Tu sebelum aku ada . Sekarang ni kau dah ada aku. Jadi biar aku tolong. " laju meluncur perkataan itu dari bibir Syafiq. Ikhlas dan tulus sehingga tanpa sedar bibirnya mengukirkan senyuman manis sekali lagi buat wanita itu. Dan Nurina tergamam tanpa menjawab sepatah perkataan pun. Dan persoalan mula mengisi ruang minda. Mengapa wajah lelaki ini seakan magnet pada pandangan nya?




_






Tiada hiasan seperti bilik pengantin. Malah yang ada hanya lah sebiji bantal dan tikar kecil yang terbentang dalam bilik yang baru dimasukinya ini. Patutlah Nurina berkeras tidak mahu mereka berkongsi bilik.
Patutlah banyak alasan yang diberikan bila dia bertanya arah biliknya di mana. Kalau tidak dia yang berkeras untuk mencari sendiri pasti Nurina tetap akan berkeras untuk menyuruhnya berehat di ruang tamu.



" Nurina. " panggil Syafiq perlahan kepada Nurina yang sedang mencari sesuatu dalam almari. Entah apa lah yang dicarinya dari tadi. Kaki yang sudah kebas berdiri dari tadi direhatkan lalu duduk bersila di satu sudut bilik yang bersaiz besar sederhana ini. Bilik tidak lah sempit mana, cuma isinya saja yang membuat hati Syafiq tertanya-tanya. Apa sebenarnya yang terjadi dalam keluarga Nurina ini?



" Nurina "




" Nurina ! " tiada sahutan dari Nurina sehingga Syafiq mengeluh perlahan. Tak kan Nurina ni pekak pula. Mata sudah pun berat dan akhirnya dia membuat keputusan untuk menarik bantal kecil lalu terus baring di tepi tikar tadi. Badan sudah pun berbau semacam tapi untuk mandi sepertinya itu bukan jalan yang terbaik saat ini. Dia pun tidak terfikir untuk mengambil pakaian dlu sebelum mengambil keputusan untuk ikut pulang ke rumah keluarga isterinya ini. Memang apa yang berlaku sekarang ini semua nya tiada dalam jangkaan.



" Encik, " panggil Nurina perlahan. Baju dalam gengaman nya dipeluk kejap sebelum dihulurkan kepada Syafiq.



" Apa ni ? " soal Syafiq lalu mula duduk bersila.  Tak sempat pejam mata Nurina dah bersuara. Tadi dia duk panggil tak menyahut pula.



" Kalau encik nak bersihkan diri, encik boleh pakai baju tu. " ujar Nurina tanpa memandang wajah Syafiq. Malu dan gementar . Dua rasa itu benar-benar mengongkong pergerakan nya saat ini. Saat akad nikah tadi pun lehernya sudah hampir patah akibat
terlalu menunduk.



Syafiq mengangguk perlahan . Mata pula tidak lepas dari memandang tubuh Nurina yang baru saja membelakanginya. Dari tadi Nurina memang banyak berdiam saja. Tiada kata dari bibir merah itu melainkan mata redup itu saja yang seakan tidak berhenti menatap ruangan wajahnya. Sehingga dia pula yang menjadi tidak tentu arah.



Mungkin Nurina masih marah dan terasa dengan keadaan sekarang ini. Mungkin Nurina rasa diperbodohkan sebab tu lah dari tadi tiada sedikit senyuman pun yang terukir di wajahnya. Tanpa sedar Syafiq sudah mula membuat kesimpulan sendiri.



" Kau kenal acik dah berapa lama ? " soal Syafiq yang sengaja memecahkan kesunyian di antara mereka.



" Maksud aku Aqil. Kau dah lama kenal dia ? " tiada jawapan dari Nurina.


" Kau mungkin marah sebab bukan Aqil yang bertanggungjawab , yang kahwin dengan kau Nurina.  Kalau aku berada dekat tempat kau pun aku mengamuk juga.  "


" Cuma aku pun tak tahu benda ni akan jadi macam ni.  Tapi aku janji aku akan cari Aqil sampai dapat dan minta dia bertangungjawab. Kau jangan risau.  "


" Aku minta maaf Nurina. " pinta Syafiq akhirnya bila Nurina dari tadi hanya mendengar . Keluhan tipis dilepaskan.  Mana budak Aqil ni?



" Boleh saya minta sesuatu dari encik? " soal Nurina dengan suara yang bergetar. Diberanikan diri untuk menghadap tubuh Syafiq lalu mata yang sudah merah menahan tangis itu cuba digagahkan untuk membalas pandangan Syafiq yang jelas kebingungan.




" Apa dia? " soal Syafiq dengan debar di dada. Jangan dia minta aku bunuh adik aku sendiri, sudah. Akal Syafiq mula berbisik.




" Tolong bawa saya keluar dari rumah ni. " separuh merayu Nurina meminta kepada Syafiq.



" Jangan risau, saya tak minta Encik bawa saya tinggal dengan encik. Saya cuma nak pergi jauh dari sini. Itupun kalau encik nak tolong . " jelas Nurina bila Syafiq hanya diamkan diri.



" Kalau encik... "



" Aku akan bawa kau keluar dari rumah ni. Tapi bukan sekarang lah, sekarang ni aku penat . Nak mandi lepastu tidur. Boleh kan? " tiada anggukan dari Nurina tapi dia mula mencari sesuatu lagi dari dalam almari.



Kenapa lah kau misteri sangat ni Nurina?



" Ni selimut tebal ni Encik boleh gunakan alas untuk tidur nanti. Maaflah sebab ..... "



" Tak apa. Aku tak kisah, " potong Syafiq bila melihat wajah itu sudah mula muram. Entah kenapa saat ini hatinya seakan tidak rela melihat wanita ini dalam kesusahan. Dia pun sudah mula pelik dengan diri sendiri.



" Aku pergi mandi dulu. "



" Biar saya sediakan air mandi. " ujar Nurina lalu mula mengatur langkah ke pintu bilik.



" Kalau nak mandi sekali pun tak pa. " usik Syafiq lalu menepuk dahi nya sendiri. Ish! Baru sehari kenal mulut dah gatal cakap yang bukan-bukan. Buat malu saja.



Tapi Nurina hanya diam walaupun hatinya mula berdetak kuat , muka pun sudah merah menahan malu . Lalu langkah terus diatur tanpa menoleh ke belakang lagi.






-  Assalamualaikum  ,  terima kasih kepada yang sudi baca dan yang tinggalkan komen.  Saya sangat hargai semuanya πŸ˜„  Insha Allah saya akn pos bab yang seterusnyaaa.  ❤❤❤

Cerpen : ❤ ( BAB 3 )

Assalamualaikum . Yg ni bab 3 yaaa .  Trima kasih kepada yg sudi membaca . ❤❤❤ " Kenapa tercegat kat situ? " soal Syafiq lemah. L...